Pas Nak Selamatkan Negara Cuma Dongeng Kit Siang




BERITA

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan PAS bahawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga habis penggal bertujuan untuk "menyelamatkan negara."

MP Iskandar Puteri menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu sebagai "cerita dongeng."

"Hadi fikir rakyat Malaysia bodoh untuk mempercayai kisah dongeng mutakhir daripada PAS bahawa usul undi percaya parti itu di parlimen bulan depan bertujuan untuk menyelamatkan negara.

"Ini walaupun sebenarnya bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Harapan dan mengajukan pilihan Hadi kepada rakyat Malaysia memilih (untuk diperintah oleh) antara penggembala lembu atau penggembala babi.

"[...] Pihak yang menggalakkan politik sebegini sedang memperjudikan masa depan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Lim merujuk ucapan Abdul Hadi pada bulan lalu yang mengingatkan orang Melayu dan umat Islam sama ada mahu menjadi "penggembala lembu" di bawah pemerintahan orang Melayu Islam ataupun "penggembala babi" di bawah pentadbiran pihak lain.

Dengan mengambil contoh kejatuhan kuasa Islam di Sepanyol pada masa lampau, Hadi berkata penting buat umat Islam untuk memahami sistem politik.

Jelas MP Marang lagi, meskipun berada di bawah pemerintahan orang Melayu Islam yang zalim, namun rakyat hanya sekadar "menjadi penggembala lembu" berbanding di bawah pentadbiran pihak lain.

Hadi bagaimanapun tidak menjelaskan "pihak lain" yang dimaksudkannya.

Menurut Lim pada hari ini, langkah PAS hanya menunjukkan parti tersebut tidak mempunyai iltizam terhadap prinsip demokrasi berparlimen.
Semalam, Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata usul undi percaya menyokong Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri sehingga PRU 15 pada sesi Dewan Rakyat akan datang demi memelihara "kemaslahatan negara dan rakyat."

Menurut Kamaruzaman pendirian PAS itu dibuat kerana "sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, peletakan dan pemilihan perdana menteri haruslah mendapat sokongan semua anggota parlimen terutamanya dari pihak kerajaan."

Menjelaskan lanjut langkah usul percaya PM yang akan dibawa PAS itu, beliau mendakwa berlaku krisis kesepakatan dalam gabungan PH yang mencerminkan ketidakstabilan dalam pemerintahan susulan janji peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.

Lim berkata gabungan PH kekal kukuh selepas pertemuan Dr Mahathir dan Anwar.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam sekali lagi menegaskan beliau akan berundur selepas November tahun ini.

“Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 22 tahun lagi.

"Saya sudah 94 tahun.

“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan.

"Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya.

"Saya tidak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/pas-nak-selamatkan-negara-cuma-dongeng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Selamatkan Bangsa Negara Atau Nak Selamatkan

Nak Selamatkan Bangsa Negara Atau Nak Selamatkan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 422 hits
Nak Selamatkan Bangsa Negara atau Nak Selamatkan 1 Tidak nampak berakhir dengan baik jika berpakat dengan Dr Mahathir bukanlah satu nujum 2 Bukan pemimpin UMNO dan mana mana pemimpin parti politik menentukan kerajaan negara ini kerana menub...
Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 471 hits
Hadi bagaimanapun berkata terdapat penakut ketika berdepan usul percaya pada kepimpinan Mahathir
Mh370 Bersuaralah Desak Kit Siang Pada Pemimpin Bn

Mh370 Bersuaralah Desak Kit Siang Pada Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 352 hits
Ahli politik veteran itu desak bekas pemimpin kerajaan BN beri kenyataan ekoran dakwaan dari Australia bahawa kemalangan pesawat MAS itu berpunca daripada tindakan membunuh diri
Wajib Selamatkan Negara Dari Hagemoni Dap

Wajib Selamatkan Negara Dari Hagemoni Dap

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 357 hits
KENYATAAN MEDIADewan Ulamak PAS Pusat23 JUMADIL AKHIRAH 1441H l 17 FEBRUARI 2020WAJIB SELAMATKAN NEGARA DARI HAGEMONI DAP1 Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada semua umat Islam dan warganegara Malaysia untuk bangkit melakukan sesuatu tinda...
Former Macc Boss To Testify In Apandi S Suit Against Kit Siang

Former Macc Boss To Testify In Apandi S Suit Against Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 393 hits
Mohamed Apandi Ali and Lim Kit Siang PETALING JAYA Former chief commissioner of the Malaysian Anti Corruption Commission Abu Kassim Mohamed and retired solicitor general Zauyah T Loth Khan are among 11 witnesses who will testify for former ...
Kit Siang Mula Gelabah Dan Cemas

Kit Siang Mula Gelabah Dan Cemas

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 216 hits
Orang nombor satu DAP Lim Kit Siang telah mula mencucuh api perkauman dan agama ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAH Ramai sedang memperkatakan dari hal pembentukan kerajaan baru Kerajaan PBBM PAS BN dan lain lain yang bakal membawa sinar peng...
Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

Nasib Umat Islam Nak Kenal Agama Di Negara Sendiri Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 340 hits
Cikgu tolong ajar saya mengaji CIKGU tolong ajar saya mengaji Saya nak bawa ibu pergi umrah dan haji satu hari nanti kata Khairul Yap pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur Dia yang baru kematian ...
Bila Isteri Kata Penat Maksudnya Bukan Tak Larat Tapi Dia Cuma Nak Minta Tolong Kita

Bila Isteri Kata Penat Maksudnya Bukan Tak Larat Tapi Dia Cuma Nak Minta Tolong Kita

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 702 hits
Hidup suami isteri haruslah saling bantu membantu dan banyak bertolak ansur dalam segala hal Lebih lebih lagi hal melibatkan urusan rumah tangga dan anak anak Adakalanya isteri kita penat seharian uruskan anak anak tetapi suami buat tak fah...
Undi Percaya Bukti Pas Utamakan Agenda Negara

Undi Percaya Bukti Pas Utamakan Agenda Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 226 hits
Kenyataan MediaParti Islam Se Malaysia Undi Percaya Bukti PAS Utamakan Agenda NegaraParti Islam Se Malaysia secara terbuka menyatakan pendirian untuk menyokong YAB Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga Pilihan Ra...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game