Pas Mesti Jadi Pemain Utama Tentukan Hala Tuju Negara


harakahdaily.com22/10/2023

Sasar kuasai pula Perak atau Pahang atau keduanya

SHAH ALAM: PAS kini bergerak ke arah menguasai medan politik baharu seterusnya menjadi pemain politik utama yang menentukan hala tuju negara, demikian kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor

PAS katanya, telah berada di arus perdana politik Malaysia pada ketika ini dan telah menjadi ‘king maker’ di mana diambil kira dalam semua keputusan politik dan cabaran yang ada, selain mentadbir empat negeri.

Untuk itu katanya, langkah-langkah politik diambil perlu sentiasa diberi pertimbangan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika ini agar ia tidak membosankan sebaliknya PAS kekal sebagai parti politik yang organik.

“Yang boleh menawan, menakluki, memasuki market pengundi muda yang tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik, tetapi memiliki kuasa undi yang sama banyak dengan ahli-ahli politik yang telah menyertai parti-parti politik.

“Inilah market yang perlu dikuasai oleh PAS dalam perjalanan politik kita pada masa depan kerana hampir seratus-peratus market tradisi PAS di masjid, di surau, di sekolah agama, di tempat-tempat dilahirkan para asatizah telah habis kesemuanya dibolot oleh PAS.

“Pasaran yang berikutnya ialah PAS perlu melangkah ke pagar sebelah, pagar depan dan pagar belakang, pagar kiri dan pagar kanan untuk kuasai medan baru politik PAS. Oleh yang demikian PAS mesti mempelbagaikan langkah-langkah politik.

“Tidak lagi terkurung dalam strategi tradisi PAS,” ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah pada sesi ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, menerusi empat negeri ditadbir, PAS mesti merangka di bergerak maju ke satu tahap lagi iaitulah sekurang-kurangnya menguasai satu lagi negeri iaitu sama ada Perak atau Pahang ataupun kedua-duanya sekali gus.

“Untuk meningkatkan lagi jumlah kerusi PAS di Parlimen dan di DUN pesanan untuk wakil-wakil rakyat yang telah diberi amanah memenangi supaya tidak membelakangkan parti, tidak meninggalkan keputusan-keputusan parti di peringkat kawasan.

“Kerana sering yang terjadi dalam pengalaman saya yang tidaklah panjang sangat tapi tidaklah pendek; berlaku pertelingkahan, perselisihan antara pusat khidmat wakil rakyat dengan PAS kawasan dan dewan-dewan.

“Yang ni perlu diselesaikan dan perlu dibuat penyelarasan supaya tidak bertembung kerana kedua-dua entiti ataupun institusi dalam PAS ini adalah bekerja untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang,” nasihatnya.

ADUN Jeneri itu turut mengingatkan PAS Kawasan dan PAS Negeri supaya jangan meninggalkan wakil rakyat bersendirian atau berseorangan mengatur langkah, sebaliknya kedua-dua pihak saling menjadi satu institusi.

Katanya, penyelarasan kerja-kerja lapangan, memperkasakan pusat khidmat dan sebagainya mesti dilakukan secara bersama termasuk dalam menanggung kewangan bagi keperluan gerak kerja.

Beliau berkongsi pengalamannya terpaksa menjual barangan runcit bagi menampung keperluan bergerak dalam keadaan jumlah gaji yang tidak besar, berbeza dengan kadar diperolehi wakil-wakil rakyat ketika ini.

“PAS menjadi pemain utama hala tuju politik negara. Tak dak dah parti lain yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia selain daripada PAS untuk mencaturkan, untuk menyusun perjalanan politik negara ini.

“Seluruh harapan rakyat Malaysia terletak di bahu PAS. Mari kita sama-sama pastikan penglibatan semua pihak dalam parti untuk menjayakan visi dan misi pilihan raya untuk PRU16 semua ini terletak di bahu kita.

“Yang paling penting adalah sudah sampai tempoh untuk dibuat persempadanan kawasan pilihan raya setiap sepuluh tahun. Jika mereka ada dua pertiga di parlimen, ini masa untuk mereka mengadakan percaturan itu.

“Dan inilah yang perlu diambil berat oleh semua pihak di dalam PAS supaya persempadanan kawasan pilihan raya yang akan datang tidak memberi kelebihan kepada parti lawan.

“Dan bagaimana untuk kita menentukan juga perkara ini berlaku dalam kawalan kita. Mahu tidak mahu kerajaan ini mesti ditumbangkan,” ujarnya penuh semangat.
 – HARAKAHDAILY 22/10/2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/pas-mesti-jadi-pemain-utama-tentukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sudah Tentukan Tanda Tanda Kiamat Sebab Tak Jadi Kerajaan

Pas Sudah Tentukan Tanda Tanda Kiamat Sebab Tak Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 123 hits
SELEPAS menentukan siapa boleh masuk syurga siapa yang akan masuk neraka kini PAS terus menjadi tuhan dengan mentukan tanda tanda kiamat kerana PAS menang banyak kerusi tapi jadi pembangkang Tak habis lagi fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh ...
Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin

Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 170 hits
Mengapa Kita Mesti Pertahankan Palestin Mari kita ambil tahu mengapa mesti Palestine Mengapa baitul Maqdis Siapa yang tak tahu atau belum tahu sama sama ambil tahu dan cakna Baca dan renungkan dalam dalam mengapa kita mesti pertahankan Pale...
Mesti Kaki Judi Gamoknya Marah Benar Dia

Mesti Kaki Judi Gamoknya Marah Benar Dia

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 100 hits
Che Ibrahim Ambo ada la 2 3x gi ke Genting Highlands tapi pah ke sudah ambo tak tahu apa tujuan gi ke Getting Molek la kerajaan ambil tol pun orang pitis banyak jah gi ke Genting ni
Hutang Mesti Dibayar Belanjawan 2024 Diskaun Hingga 15 Peratus Bayaran Balik Ptptn Bermula Hari Ini

Hutang Mesti Dibayar Belanjawan 2024 Diskaun Hingga 15 Peratus Bayaran Balik Ptptn Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 201 hits
Hutang mesti dibayar Begitu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju terus memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Tambah beliau lagi ketika membentangka...
Semua Pejuang Hamas Mesti Mati Kata Pm Israel

Semua Pejuang Hamas Mesti Mati Kata Pm Israel

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 198 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang semakin tertekan susulan kejayaan Hamas menembusi sistem pertahanan mereka berikrar akan memusnahkan sepenuhnya kumpulan militan itu Setiap ahli Hamas adalah orang mati katanya kepa...
Bah 3 Kepada Pemuda Umno Dan Tuan Tuan Orang Melayu Mesti Baca Dan Sebarkan Kepada Orang Lain

Bah 3 Kepada Pemuda Umno Dan Tuan Tuan Orang Melayu Mesti Baca Dan Sebarkan Kepada Orang Lain

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 89 hits
Saya terima video berikut dalam WhatsApp Rupanya kumpulan pemungut hutang atau debt collector sudah mula menggunakan cara baru untuk mengutip duit hutang MY COMMENTS Yang berikut ini berita lain tetapi ada kaitan dengan isu licensed money l...
Kerjasama Pn Dan Pas Akan Berkubur

Kerjasama Pn Dan Pas Akan Berkubur

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 83 hits
Masa aku tulis tentang kemenangan BN di PRK Pelangai aku tunggu juga orang komen tentang majoriti yang menurun berbanding PRU15 Tapi tak ada Cuma ada yang bertanya bukan kecam Aku ingat kalau ada yang kecam aku nak jawab dengan posting Tapi...
Imigresen Tumpas Sindiket Palsu Pas Kerja Dokumen Perjalanan

Imigresen Tumpas Sindiket Palsu Pas Kerja Dokumen Perjalanan

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 107 hits
Imigresen Johor menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen dalam serbuan di sebuah premis di Gelang Patah pada Khamis lalu ISKANDAR PUTERI Jabatan Imigresen Johor menumpaskan sindiket pema...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield

Bibit Perpecahan Jika Pas Ambil Nenggiri Pn Diberi Amaran

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Permohonan Kursus Ai Utm Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Lays Squid Got Chili

Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Typhoid Breaks Out In Kota Bharu School Five Cases Confirmed

Is Papaya Good For You

Bila Perempuan Nak Lelaki Tanggung Semua Benda

Asm Dividend 2024 Payout Date Amanah Saham Malaysia History