Pas Masih Menjunjung Perjanjian Kerjasama Tertubuhnya Kerajaan Pn
PAS hari ini menzahirkan kesetiaan terhadap kepimpinan perdana  menteri Muhyiddin Yassin, sekali gus mempertahankan sokongan kesemua 18  anggota parlimennya bersama kerajaan Perikatan Nasional.
Setiausaha  Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Perikatan Nasional  merupakan kerajaan yang prihatin dan telah memastikan keselamatan,  kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.
"PAS  menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas  kebersamaan baginda dengan Kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan  menangani penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat  jelata.
"Pada  masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan  Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB  Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama di  atas keruntuhan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan yang  disiarkan di Facebook.
Selain itu, Takiyuddin berkata PAS juga  menyeru seluruh rakyat Malaysia berdoa supaya dihapuskan wabak Covid-19  dengan segera dan negara ini kembali selamat, aman dan bersatu-padu.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengusulkan cadangan agar darurat dilaksanakan bagi memerangi wabak Covid-19. 
Langkah  itu disifatkan pembangkang sebagai usaha Muhyiddin menyelamatkan  kedudukannya sebagai perdana menteri menjelang pembentangan Belanjawan  2020 di parlimen, yang memerlukan sokongan majoriti anggota parlimen.
Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan terhadap cadangan tersebut dengan menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.
Baginda  juga mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera politiking yang  boleh mengganggu kestabilan pentadbiran kerajaan.
Malam  tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mencapai keputusan untuk kekal  menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa kerjasama  ditambah baik berdasarkan nilai hormat menghormati dan konsensus  politik.
MR :  Bila kita kukuhkan perjanjian kita kena terus sehingga perjanjian itu dikhianat atau habis tempoh (PRU-15) 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/pas-masih-menjunjung-perjanjian.html