Pas Mampu Tawan Negeri Sebagai Pak Nujum Kata Mb Negeri Sembilan


BernamaJuly 23, 2019 7:00 am

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan Pas negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan Umno mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sebagai ‘pak nujum’.

“Ahli politik biasa meramal dan menjadi ‘pak nujum’ sejak dari dahulu lagi… sama juga masa kita jadi pembangkang, kita meramal… Jadi tiada masalah untuk sesiapa meramalkan.

“Kita dalam politik ramai ‘pak nujum’ untuk memberi data-data dan angka untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di sini, hari ini .

Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas negeri Rafiei Mustapha pada Sabtu lepas yang dipetik sebagai berkata beliau percaya kerjasama parti itu dengan Umno mampu memenangi 20 daripada 36 kerusi Dun, sekali gus membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafiei berkata jangkaan tersebut adalah berdasarkan data dan jumlah pengundi kedua-dua parti di kawasan-kawasan Dun berkenaan dalam PRU14 dan daripada 20 kerusi yang disasarkan, satu daripadanya adalah DUN Sikamat yang kini disandang Aminuddin.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata adalah terlalu awal untuk membuat telahan sedemikian.

“Kita bekerja dan lawan dalam demokrasi tiada masalah… biar rakyat yang menentukan dan yang penting bagi kita dalam tempoh tiga tahun lebih sedikit ini untuk kita bekerja keras kepada rakyat dan selepas itu kita serah kepada rakyat menentukan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Aminuddin dalam ucapannya mengingatkan hadirin bahawa anugerah atau nilai ganjaran yang diperoleh bukanlah perkara yang perlu dipentingkan sebaliknya ilmu yang diperoleh yang seharusnya dimanfaatkan sebaiknya kepada masyarakat.

Sambil menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian kesemua siswazah itu, beliau turut mengajak kesemua penerima anugerah itu untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan Negeri Sembilan.

Pada majlis tersebut seramai 155 siswazah kelahiran Negeri Sembilan yang mendapat ijazah kelas pertama dalam pengajian mereka tahun lepas, menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama daripada kerajaan negeri.

Setiap mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sumbangan Yayasan Negeri Sembilan, yang disampaikan oleh Aminuddin

– BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pas-mampu-tawan-negeri-sebagai-pak-nujum-kata-mb-negeri-sembilan/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/pas-mampu-tawan-negeri-sebagai-pak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aminuddin Sifatkan Pas Seperti Pak Nujum

Aminuddin Sifatkan Pas Seperti Pak Nujum

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 174 hits
SEREMBAN 22 Julai Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kenyataan PAS negeri yang meramalkan kerjasama parti itu dan UMNO mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang seba...
Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 346 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 281 hits
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad Parti Amanah Negara meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata mata bertuj...
Pendakian Gunung Angsi Negeri Sembilan

Pendakian Gunung Angsi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 755 hits
Assalamualaikum This is my first mountain climbing Hehe excited siket sebab selalunya hiking bukit bukit je D Gunung Angsi ni terletak di Negeri Sembilan alaa yang dekat dengan Ulu Bendul tempat mandi mandi tu Ketinggian ialah 824m Rasanya ...
Pru15 Undi Pas Umno Mampu Raih 138 Kerusi

Pru15 Undi Pas Umno Mampu Raih 138 Kerusi

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 227 hits
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 14 JULY 2019KUALA NERUS Kajian yang dilakukan jika berlaku gabung undi yang diperolehi oleh PAS dan Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu keputusannya gabungan itu akan memperolehi 138 kerusi parlimen Malaysia Ahli Pa...
Pemimpin Ulama Pas Garang Tak Bertempat Kata Hanipa

Pemimpin Ulama Pas Garang Tak Bertempat Kata Hanipa

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 228 hits
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan pemimpin ulama Pas garang tidak bertempat apabila mempersoalkan Pakatan Harapan terutama AMANAH tidak membuat laporan polis berhubung hantaran menghina Islam di Facebook Membidas sikap ulama Pa...
Tular Nenek Kebayan Berjalan Di Hospital Jkn Negeri Sembilan Beri Penjelasan Sebenar

Tular Nenek Kebayan Berjalan Di Hospital Jkn Negeri Sembilan Beri Penjelasan Sebenar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 438 hits
Tular Nenek Kebayan Berjalan Di Hospital JKN Negeri Sembilan Beri Penjelasan Sebenar Semalam tular di laman twitter mengenai kemunculan misteri seorang wanita warga emas di sebuah hospital Berikutan itu muncul pelbagai spekulasi mengenai ke...
Kerajaan Negeri Pahang Umum 30 31 Julai Sebagai Cuti Umum

Kerajaan Negeri Pahang Umum 30 31 Julai Sebagai Cuti Umum

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 465 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang hari ini mengumumkan 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negeri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cuti itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Al Sultan Abdull...
Premier Negeri Sembilan Tewaskan Pdrm 3 2

Premier Negeri Sembilan Tewaskan Pdrm 3 2

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 456 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba