Pas Main Banyak Kolam Ingat Macam Mana Anwar Ditolak Ku Li Dicalon Jadi Pm Syed Ibrahim


 







POSTED BY AMIR WRLR


Pasca Perhimpunan Agung Umno sekutu rapat dalam Muafakat Nasional (MN), Pas, diberi kata dua sama ada bersama Umno atau Perikatan Nasional (PN) selepas Bersatu tidak lagi dianggap rakan kongsi

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, Umno tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan daripada pilihan itu. Katanya, lebih mudah sekiranya Umno mengkaji sejarah hubungan pahit KEADILAN dan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu.
Menurut Syed Ibrahim, ketika PR mahu menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri (PM) dalam Pilihan Raya Umum 2013 - yang telah dipersetujui DAP - tiba-tiba Pas tanpa berbincang menamakan Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) yang berada di dalam Umno sebagai calon PM.
"Kita ada pengalaman dengan Pas. Masa dalam Barisan Alternatif dan PR. Kalau saya ingat sebelum PRU 13, PR setuju untuk calonkan Anwar sebagai PM. Namun sebulan sebelum Parlimen bubar, Ku Li pula yang dicalonkan.
"Alasannya Ku Li dapat sokongan Sabah Sarawak, dapat sokongan Majlis Raja-raja, dapat sokongan bukan Melayu dan orang muda. Anwar tak dapat. Tetapi perkara ini tidak dibincangkan dalam PR. Pas berunding terus dengan Ku Li. Ini keputusan siapa? Adakah Dewan Harian, Jawatankuasa Pas Pusat atau Muktamar? Bukan keputusan daripada jawatakuasa tersebut, tetapi keputusan presiden.
"Di sinilah saya percaya mesti ada kewaspadaan. Saya rasa Umno pun tahu. Mereka ada pengalaman dengan Pas. Umno pun pernah dalam kerajaan Perikatan bersama Pas tahun 1974.
"Itu dulu, sekarang lain. Namun Umno dan Bersatu kena waspada dengan Pas. Semua yang datang daripada mesyuarat (Pas) tidak semestinya keputusan bersama. Kita telah melaluinya, keputusan yang berlaku adalah keputusan presiden," katanya dalam siaran langsung Facebook StudioKini AsamPedas bertajuk, "Pas Menyokong PN, bukti MN berpecah", malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, Pas mempunyai sejarah panjang dalam hubungan dengan banyak parti politik di Malaysia dan sebahagian daripadanya berakhir dengan kegagalan
Katanya, tindakan Pas yang oportunis menyebabkan parti itu kurang dipercayai oleh sekutunya.
"Apakah tindakan Pas itu play safe atau 'main banyak kolam'? Saya setuju. Bukan sahaja tindakan play safe tetapi ini tindakan oportunis, parti oportunis. Strategi untuk utamakan kepentingan diri sendiri. Kalau ada orang tanya bukankah parti politik oportunis? Saya kata sebagai parti politik kita juga mencari kesempatan, peluang.
"Tetapi mesti ada sandaran prinsip dan dasar. Kalau tengok Pas ini mereka nak kukuhkan hubungan dengan Umno (MN) kerana parti Melayu terbesar. Kemudian dia pertahan hubungan dengan PN kerana kuasa dalam kerajaan.
"Bagi saya, kita nak kata play safe, oportunis, dua kolam, itu adalah penjenamaan. Soal kedua yang lebih penting apakah prinsip atau dasar Pas?
"Kalau kita tanya orang Pas mereka kata ini sejajar dengan prinsip penyatuan umah. Duduk bersama semua pihak menyatukan Islam, itulah asas dan prinsip, ada piagam MN dengan Umno.
"Namun bagaimana mereka menghayati atau menghormati piagam ini? Ini soalan besar. Dia kata dasar Islam, penyatuan umah. Apakah apabila rakyat hilang kerja, atau kena banjir tiba-tiba peruntukan untuk beli kenderaan mewah diluluskan. Ini berlaku di satu negeri di Malaysia. Bagi saya ini bukan nilai Islam. Kalau dasar dia berpegang kepada Islam dia tak akan lakukan perkara itu," katanya.
Syed Ibrahim juga membidas dasar Pas konon menyatukan umah atau menjadi 'orang tengah' untuk Umno dan Bersatu berbaik-baik.
Hakikatnya, menurut beliau, Pas hanya mahukan kuasa dan membenarkan perlakuan songsang kerajaan PN menguatkuasakan darurat serta menggunakan alasan Covid untuk kekal memerintah tanpa majoriti.
Malah, katanya, hubungan bersama Umno juga semakin tidak penting bagi parti itu
"Apakah Pas akan pertahan hak Umno dalam PN? Sekarang ini mereka bergaduh, sorang kata dia sebenarnya menjalankan tanggungjawab sebagai orang tengah, semua berbaik-baik. Hakikatnya dalam politik tak ada musuh kekal, soalan besar ialah bagaimana kejujuran politik?
"Bila kita nak uji macam mana ia boleh dilaksanakan dengan betul maka kita kena tanya kejujuran politik. Apakah selari dengan dasar dan kejujuran apabila Pas berselindung di sebalik Covid 19 dan darurat untuk halang Parlimen bersidang?
"Di sini bagi saya timbul masalah mengenai kejujuran Pas. Bagi saya Pas sedar mereka memperolehi kedudukan terbaik selagi bersama Umno dalam MN dan mereka peroleh kedudukan terbaik dalam kerajaan selagi bersama PN.
"Di pihak lain, Umno dan Bersatu bersaing, berebut kuasa termasuk Ketua Kampung, seperti di Johor. Ketua Kampung hampir semua dipenuhi oleh Umno. Orang Bersatu marah. Bagi saya ini satu perkara yang diambil kesempatan oleh Pas," katanya.
Menurut Syed Ibrahim lagi, hubungan Umno dengan Pas dalam MN tidak akan pergi lebih jauh. Malah sudah sampai ke tahap curiga mencurigai antara satu sama lain. Hanya menunggu masa salah satu parti akan pecah dan masing-masing akan mencari kawan baharu dalam PRU 15.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/pas-main-banyak-kolam-ingat-macam-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Macam Mana Pas Sailang Anwar Angkat Ku Li Calon Pm

Ingat Macam Mana Pas Sailang Anwar Angkat Ku Li Calon Pm

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 255 hits
Pasca Perhimpunan Agung Umno sekutu rapat dalam Muafakat Nasional Pas diberi kata dua sama ada bersama Umno atau Perikatan Nasional selepas Bersatu tidak lagi dianggap rakan kongsi Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed I...
Pas Main Dua Kolam Di Pahang Umno Pula Terpinggir

Pas Main Dua Kolam Di Pahang Umno Pula Terpinggir

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 213 hits
Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional di Kuala Rompin Pahang semalam jelas menunjukkan Pas bersama Bersatu dan PN Dalam masa yang sama baru baru ini MB Pahang nyatakan di Pahang kukuhnya Muafakat Nasional antara Umno dan Pas Seperti biasa P...
Anwar Ibrahim Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 224 hits
ENG HUAT KOHBerikut Diperturunkan Salah Satu Contoh Isu Berbangkit Yang Masih Relevan Utk Tatapan Dan Penghayatan kita Isu Berhubung Moratorium dan EPF1 Siapakah Pemimpin Pertama Membangkitkan Isu Berkepentingan Rakyat Ini2 Adakah DSNTR ata...
Anwar Ibrahim Komen Abang Besar Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi

Anwar Ibrahim Komen Abang Besar Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 336 hits
KENYATAAN MEDIA 4 April 2021 Kerajaan Perikatan Nasional tampaknya telah tersalah langkah dalam banyak hal penting negara dan kadarnya terus memuncak naik Tanpa pengimbangan dari institusi Parlimen dan sikap kebertanggungjawaban pada badan ...
Azmin Tidak Perlu Kaitan Anwar Dengan Pengkhianatan Syed Badli

Azmin Tidak Perlu Kaitan Anwar Dengan Pengkhianatan Syed Badli

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 200 hits
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman menempelak Menteri Kanan Azmin Ali kerana mengaitkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kisah pengkhianatan Kata Syed Badli nama Anwar begitu harum untuk d...
Perutusan Ramadhan 1442h Anwar Ibrahim

Perutusan Ramadhan 1442h Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 178 hits
Alhamdulillah dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bulan penuh keberkatan dan kemuliaan yakni bulan Ramadhan pada tahun ini Sudah semestinya Ra...
Hadi Pas Won T Work With Umno Under Alignments Hinted In Zahid Anwar Clip

Hadi Pas Won T Work With Umno Under Alignments Hinted In Zahid Anwar Clip

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 202 hits
PAS said it will reject cooperation with Umno if the party partakes in political re alignments hinted in the audio clip allegedly of Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PKR president Anwar Ibrahim PAS president Abdul Hadi Awang also that ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian