Pas Kata Prn Masa Sesuai Ph Dap Putuskan Terus Nyawa Umno


agendaily.com31/03/2023Dalam keadaan UMNO yang telah lemah sekarang, maka PRN adalah masa di mana Pakatan Harapan, khususnya DAP, memutuskan terus nyawa salah satu parti Melayu.
Mustahil DAP mahu membantu UMNO yang kini sesak nafas, sedang parti ‘keramat’ Melayu itulah yang sejak Malaysia merdeka menjadi musuh utama mereka dalam dunia politik, kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Malah, Roslan berpendapat dalam keadaan UMNO yang telah lemah sekarang, maka inilah masa Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, memutuskan terus nyawa parti Melayu itu.

Beliau memberi contoh kelemahan UMNO sekarang ini dapat dilihat hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu di negeri majoriti Melayu – Kelantan, Terengganu dan Kedah – di mana undi yang diperoleh calon Perikatan Nasional (PN), termasuk PAS, mengatasi undi calon Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Katanya rata-rata undi yang diperoleh PAS dan PN mengatasi undi BN dan PH jika kedua-duanya dicampur di semua Parlimen kecuali di dua kerusi iaitu Kulim Bandar Baru di mana PN memperoleh 34,469 undi; PKR (21,408); dan BN (13,872), serta Gua Musang (PN 21,862; BN 21,663; dan PH 4,517).

“Demikian juga di Selangor, BN dan UMNO seakan dilayan bagai penumpang kelas dua oleh PH. Kerana PH menganggap mereka cukup kuat tanpa BN yang mereka tahu telah teruk ditolak rakyat Selangor dalam PRU-15 baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan sambil mengingatkan UMNO bahawa PN menang enam kerusi Parlimen di Selangor.

Roslan berkata UMNO pula kalah kerusi disandang mereka di Sabak Bernam dan Tanjong Karang, manakala PKR tewas di Hulu Selangor, Kapar serta Kuala Langat, sementara PN menerusi Bersatu pula berjaya pertahankan kerusi Sungai Besar.

Sehubungan itu, beliau bertanya mampukah UMNO bertahan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik mereka sedangkan empat daripadanya iaitu Sungai Air Tawar; Sungai Panjang; Hulu Bernam; dan Sungai Burong terletak di empat kerusi Parlimen yang dikuasai PN baru-baru ini.

Selain itu, Roslan juga berkata dalam Konvensyen DAP Selangor baru-baru ini, parti itu menegaskan yang mereka mahu tanding lebih daripada 16 kerusi di Selangor.

“DAP menang 16 kerusi DUN dalam PRU-14 lalu dan kini mereka mahu meluaskan kuasa dengan bertanding di kerusi baharu. Jika ini berlaku, bagaimana nasib BN di Selangor?

“Semua kerusi DUN majoriti bukan Melayu di Selangor dikuasai sama ada PKR ataupun DAP. Mustahil mereka mahu korbankan kerusi mereka buat MCA dan MIC? Ini bermakna MCA dan MIC pasti tiada masa depan di Selangor, cukup menjadi tukang sorak.

“Dan UMNO juga dijangka akan dianaktirikan di Selangor lantaran rekod mereka yang ditolak rakyat. Zahid mungkin berpura-pura tidak bimbang namun PH khasnya DAP sedar akan kekuatan gelombang rakyat dalam PRU-15 baru-baru ini,” katanya.

Sebab itu, katanya ramai yang senyum sinis apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan PN hanya bermimpi di siang hari untuk menawan Pulau Pinang pada PRN akan datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/pas-kata-prn-masa-sesuai-ph-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

Umno Guna Lambang Dacing Pada Prn 6 Negeri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti Timbalan perdana menteri itu berkata parti parti lain dalam kerajaan perpaduan pula akan menggu...
Warisan Tidak Akan Bersendirian Hadapi Prn Sabah Kata Shafie Apdal

Warisan Tidak Akan Bersendirian Hadapi Prn Sabah Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 231 hits
PARTI Warisan tidak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang secara bersendirian dan kini sedang menilai parti yang sesuai bagi membentuk kerjasama yang kukuh kata Presidennya Mohd Shafie Apdal Ahli Parlimen Semporna i
Tajuddin Tolak Pas Dan Bersatu Masih Harap Umno Terima Rayuan Penggantungan

Tajuddin Tolak Pas Dan Bersatu Masih Harap Umno Terima Rayuan Penggantungan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 240 hits
freemalaysiatoday com 21 Mar 2023Bekas ahli MKT itu berkata dalam rayuannya beliau telah memohon maaf di atas kelantangan mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau masih berharap agar penggantungan kea...
Ramai Kata Umno Malap Tapi

Ramai Kata Umno Malap Tapi

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 307 hits
bharian com my Mac 18 2023 2 25pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini NSTP MUHAMAD LOKMAN KHAIRI BAGAN DATUK Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berharap k...
Mat Maslan Kata Ahli Umno Dipecat Tak Usah Masuk Campur Lagi

Mat Maslan Kata Ahli Umno Dipecat Tak Usah Masuk Campur Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 275 hits
agendaily com17 03 2023Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyuruh bekas pemimpin UMNO yang dipecat supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyuruh bekas pemimpin UMNO yang ...
Kelantan Terengganu Mahu Royalti Bukan Wang Ehsan Kata Pemimpin Pas

Kelantan Terengganu Mahu Royalti Bukan Wang Ehsan Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 212 hits
Ahmad Fadhli Shaari bergambar dengan mahasiswa selepas melancarkan Tabung Makanan Mahasiswa Nasional di ibu negara hari ini KUALA LUMPUR Seorang wakil rakyat PAS menuntut Putrajaya membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan dan Ter...
Tiada Surat Batal Rais Kekal Ketua Umno Tangga Batu Kata Zahid

Tiada Surat Batal Rais Kekal Ketua Umno Tangga Batu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 1200 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dimaklumkan bahawa kemenangan Adun Paya Rumput Rais Yasin Rais sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu sah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Adun Paya Rumput Rais Yasi...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture