Pas Jatuhkan Ph Kedah Usah Bersandiwara Lagi Jadikan Covid 19 Perisai



Oleh AHMAD LUTFI OTHMANMay 12, 2020 5:04 pm
Menjelang 10 akhir Ramadan — masa yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam untuk tulus beribadah — sempurnalah komplot menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Harapan di Kedah.Parti Islam Pas jadi penggerak utamanya dan bakal jadi menteri besar serta mendominasi pentadbiran kerajaan (Pas ada 15 Adun daripada 36 kerusi). Tahniah Pas. Sudah ada tiga negeri di bawah Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hebat… hebat.Ada orang tanya saya, bagaimana sebuah parti Islam boleh terlibat secara proaktif untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat. Bukankah tindakan Pas itu khianati amanah rakyat dan langsung tidak berakhlak? Bagi saya, itu semua tidak pelik.Pas sebuah parti politik yang mengejar kuasa, macam parti-parti lain juga. Apabila ada peluang dan kesempatan, pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja, mesti direbut. Soal pertimbangan moral atau mandat rakyat, tidak penting. Bukankah ia dibenarkan oleh peruntukan undang-undang?Lagipun, bukankah Pas juga merupakan salah satu aktor penting yang menjatuhkan kerajaan Persekutuan PH akhir Februari lalu? Lulus jarum lulus kelindan.Pas menyumbang 18 kerusi Parlimen yang penting. Tanpa kerjasama dan sokongan Pas, kerajaan PH boleh ditubuhkan semula.Jadi, apa nak dihairankan. Pas macam parti-parti lain juga, yang sentiasa mengintai dan menghidu peluang untuk berkuasa. Boleh melenturkan prinsip perjuangan untuk diserasikan dengan kepentingan kuasa.Jadi, tidak usahlah jika terkena kepada “bukan parti kita”, maka rujukan moral dan kepentingan rakyat dijadikan dalih. Apabila melibatkan parti sendiri, maka segalanya diharuskan. Bukankah pelbagai argumen dan alasan boleh dicari, termasuk hujah agama?Berkumpul rapat-rapat di kompleks Pas itu boleh pula, walaupun musim Covid-19. Ya, mungkin mereka bukan mengatur langkah politik yang Muhyiddin kata “rakyat sudah muak” itu; bagi Pas ini mungkin adalah soal survival umat dan demi menyelamatkan Islam yang sedang terancam di bawah PH.Pas adalah penyelamat buat rakyat Kedah! Pas Kedah pun sudah banyak pengalaman mentadbir negeri Jelapang Padi itu (2008-2013) dan mempunyai calon MB yang hebat.Justeru, mari kita buka gelanggang yang adil dan sama rata, termasuk pada sidang Parlimen nanti. Banyak urusan negara yang perlu diperhalusi. Usah bersandiwara menjadikan wabak maut ini sebagai perisai lagi.Silakan saja berpencak silat untuk menang dan menewaskan musuh politik. Jangan hipokrit dan bersikap munafik lagi. Jadilah anak jantan.Mungkin insiden Kedah ini memberi kelebihan besar buat Muhyiddin di Parlimen nanti. Usaha PH untuk merebut balik Putrajaya seakan bertambah sukar.Seolah-olah kehilangan sokongan moral? Bermakna, langkah Pas itu boleh menyelamatkan PM dan kerajaan Perikatan Nasional?Sesungguhnya impian Pas selama ini untuk jadi king maker sudah tercapai. Impian untuk melaksanakan Islam sudah boleh direalisasikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/pas-jatuhkan-ph-kedah-usah-bersandiwara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kedah Umno Berhimpun Di Tengah Ancaman Covid 19

Pas Kedah Umno Berhimpun Di Tengah Ancaman Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 361 hits
Pas Kedah Umno berhimpun di tengah ancaman Covid 19Walaupun negara masih diancam pandemik Covid 19 pemimpin kanan Pas Kedah dan Umno dikatakan menghadiri pertemuan tertutup di Alor Setar hari ini Pertemuan tersebut difahamkan dihadiri Setia...
Pas Derhaka Kepada Sultan Kedah

Pas Derhaka Kepada Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 540 hits
ALI HASHIM Pas dinasihatkan supaya tidak derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Demikian dinasihatkan oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Ustaz Ridhwan Abu Bakar Jelasnya kuasa untuk melantik amil zakat bagi negeri K...
Pas Dan Umno Adakan Pertemuan Tertutup Di Kedah Apa Tandanya

Pas Dan Umno Adakan Pertemuan Tertutup Di Kedah Apa Tandanya

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 487 hits
Laporan PAS Kedah Umno hadiri perhimpunan tertutup di Alor Setar Kedudukan kerajaan Bersatu dan Pakatan Harapan di Kedah menjadi perhatian apabila media melaporkan satu pertemuan tertutup dalam kalangan pemimpin kanan PAS berlangsung di Alo...
Calon Mb Kedah Pas Serah Kepada Sultan Untuk Putuskan

Calon Mb Kedah Pas Serah Kepada Sultan Untuk Putuskan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 448 hits
Pas menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk membuat keputusan berhubung jawatan menteri besar di negeri itu kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Ahmad Samsuri menjelas...
Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 404 hits
Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid 19 Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepa...
Kedah Negeri Ketiga Tiada Kes Aktif Covid 19

Kedah Negeri Ketiga Tiada Kes Aktif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 376 hits
Kedah menjadi negeri terkini yang tidak mempunyai kes aktif Covid 19 seperti Kelantan dan Perlis MR Tahniah Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcip...
Wasekjen Pkb Akui Menaikkan Iuran Bpjs Kurang Pas Saat Pandemi Covid 19

Wasekjen Pkb Akui Menaikkan Iuran Bpjs Kurang Pas Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 244 hits
Menurut dia BPJS harus mengevaluasi adanya kenaikan iuran tersebut Namun di sisi lain Faisol memahami keuangan negara sedang sulit
Pas Jeneri Rep Likely To Be Kedah Mb

Pas Jeneri Rep Likely To Be Kedah Mb

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 391 hits
Kedah is expected to have a new mentri besar with PAS Jeneri assemblyman Muhammad Sanusi Md Nor and Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail being touted as possible candidates However PAS appears to be the frontrunne...
Pas Tegas Mahu Jawatan Speaker Dun Kedah

Pas Tegas Mahu Jawatan Speaker Dun Kedah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 378 hits
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi DATUK Takiyuddin Hassan ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut turut kelihatan Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025