Pas Ini Parti Free Size Kata Mokhtar Senik

ADA orang kata PAS ini parti tak tetap pendirian.  Hipokrit dan macam-macam tuduhan dilemparkan, hanya kerana pendirian PAS  dilihat sering berubah-ubah. Terutamanya dalam memilih rakan sekutu  politik.
Saya nak beritahu mereka bahawa PAS ini bukan tidak ada pendirian. Tapi PAS ini parti free size. Size apa pun PAS boleh pakai. Dari sebesar-besar size sampailah sekecil-kecil size. Syaratnya satu sahaja demi Islam. Kalau payah faham saya buat satu contoh.
Kepada orang yang tak faham Islam mereka akan kata orang Islam ini  tak tetap pendirian. Sebab mereka lihat adakalanya orang Islam itu  dibolehkan makan lembu. Tapi ada masa diharamkan makan lembu. Adakala  haram makan babi tapi tiba-tiba di masa lain pula dibenarkan makan babi.
Kamu tahu tak?… Waktu dibenarkan makan lembu itu kerana ianya  disembelih oleh orang Islam. Waktu diharamkan makan lembu itu pula  kerana ia disembelih oleh tok sami. Jadi di sini bukan lembu itu subjek  hukumnya tapi subjek hukumnya ialah siapa yang menyembelihnya. Manakala  babi pula diharamkan memakannya walaupun disembelih oleh tok imam. Tapi  bila keadaan kelaparan sudah dharurah yang mengancam nyawa maka  dibolehkan memakannya. Jadi di sini bukan soal penyembelihnya atau  bukan soal babi itu. Tapi soal keadaan si pemakan itu sendiri.
  Kembali kepada PAS. PAS boleh bersama siapa sahaja asalkan mereka  menerima Islam atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi Islam. Walaupun  mereka bukan-Islam. PAS tidak bersedia bersama orang yang anti Islam  atau merugikan Islam walaupun mereka itu orang Islam. Jadi bila PAS  bersama dengan mana-mana pihak bukan soal pihak itu tapi ialah soal  sikap mereka terhadap Islam.
Ini berbeza dengan PAN. Ketika DAP lunak dengan Islam dalam PR dahulu  mereka terima DAP. Tapi bila PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana  perubahan sikap DAP yang anti Islam, mereka tetap follow DAP.
Begitu juga ada penyokong Anwar yang follow Anwar ketika  Anwar memimpin ABIM dan menentang Umno dia ikut sama maki Umno. Bila  Anwar masuk Umno dia masuk Umno. Bila Anwar dikeluarkan dari Umno dan  menubuhkan PKR dia ikut Anwar. Bila Anwar puji PAS ketika dalam PR dia  ikut puji PAS. Bila Anwar mengambil sikap bersama dengan DAP dan maki  PAS, dia turut maki PAS. Jadi size mereka ialah size Anwar. Mereka tak boleh dah pakai sizelain. Sebab itu kalau Anwar baca Quran mereka tepuk tangan dan kalau Anwar menari pun mereka akan tepuk tangan.
Atas sikap mementingkan Islam makanya  PAS melupakan perseteruan dengan Umno dalam tempoh 60 tahun lebih.  Kerana demi mengukuhkan Islam dan umat serta menyekat penguasaan politik  DAP serta parti-parti mesra DAP ke atas negara ini. Atas asas yang sama  PAS boleh menerima BERSATU yang keluar dari PH, kumpulan mesra DAP.
PAS bukan tak tetap pendirian… tapi PAS free size. Asalkan size itu ialah Islam.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
MR :  Free size kadang kala tak sesuai dengan tubuh kecil  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/pas-ini-parti-free-size-kata-mokhtar.html