Pas Hipokrit Besar Takutkan Pendeposit Seolah Olah Th Sedang Tergadai




 
Pas hipokrit besar, takutkan pendeposit seolah-olah TH sedang tergadaiHarapandailyAugust 21, 2025Oleh AMIR ZUHAIR




Seminggu ini, kecoh isu Tabung Haji (TH) yang dibangkitkan oleh Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), kemudian disambung pula lidahnya oleh Nurul Islam Yusoff, seolah-olah TH sudah dikuasai Cina.
Kononnya, kerana projek penjenamaan semula TH diberikan kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera dengan kontrak bernilai RM20 juta.




Apabila Menteri Agama, Dr. Na’im jawab bahawa nilainya hanya RM5.9 juta bukan RM20 juta seperti fitnah Ahmad Marzuk, beliau terus alihkan tiang gol pula, kononnya isunya sebab kontrak jatuh kepada bukan Bumiputera.
Katanya dia bukan rasis. Tapi tuduhan demi tuduhan yang dilontar jelas sarat dengan naratif rasis yang amat dalam.
Pertama sekali, apa tujuan beliau keluarkan kenyataan yang menimbulkan rasa takut dalam kalangan pendeposit TH?
Seolah-olah ada elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan duit pendeposit berlaku.
Kenapa beliau berani lempar tuduhan RM20 juta tanpa semakan awal yang lebih teliti?
Melainkan memang ada niat jahat hendak cemarkan imej TH.
Bukan keputusan menteriHakikatnya, Menteri Agama sudah jelaskan, nilai kontrak RM5.9 juta, tempoh 3 tahun dan diberikan kepada 4 konsortium campuran Bumiputera serta bukan Bumiputera. Bukan satu pun dikuasai penuh oleh bukan Islam.










Malah, ia bukan keputusan Menteri, tetapi keputusan Lembaga Pengarah TH yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rashid Hussin, bekas pengasas Bank RHB seorang yang punya pengalaman luas dalam penjenamaan semula korporat.
Keputusan dibuat kerana ada tender yang tak penuhi kriteria, jadi kontrak diberikan secara rundingan terus.
Kalau nak main isu cemas-cemaskan pendeposit, zaman beliau sendiri dulu lebih teruk.
Tahun 2021–2022, semasa Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad pegang kementerian, 23 kontrak diberikan kepada bukan Bumiputera. Malah ada juga kepada syarikat asing.
Lebih parah lagi, zaman beliau jugalah kontrak bernilai lebih RM4 juta diberi kepada syarikat asing MSCI Limited untuk analisis data pendeposit TH.
Data peribadi pendeposit diserahkan kepada syarikat luar negara. Itu tak bahaya? Itu tak mendukacitakan?
Kalau betul nak pertahan Islam dan Melayu, kenapa dulu beliau serah data pendeposit kepada syarikat asing, bukan Bumiputera Islam?
Kenapa semasa itu PH tidak bising? Kerana PH tidak sebodoh Ahmad Marzuk untuk meniup api rasisme murahan. PH faham ia keperluan teknikal, bukan semua syarikat ada kepakaran.
Cukuplah Ahmad Marzuk dan Nurul Islam. Tindakan anda jelas menunjukkan kedangkalan politik.
Anda meniupkan api rasisme, menakut-nakutkan pendeposit seolah-olah TH sedang tergadai.
Saya sendiri baca komen di media sosial daripada penyokong Pas yang sudah tertanya-tanya, “Adakah saya perlu keluarkan duit saya dari TH sekarang?” Lihatlah bagaimana naratif rasis anda berjaya menimbulkan panik.




Apa faedah Ahmad Marzuk yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) buat semua ini?
Tak lain tak bukan, hanya untuk suntik kebencian, racun rasisme dan cemarkan imej TH serta kerajaan.
Cukuplah! Jangan sampai satu hari nanti apabila anda kembali jadi kerajaan, pembangkang pula mainkan isu ini ke atas anda seperti mana anda lakukan sekarang.
Sepatutnya, anda sama-sama bina keyakinan pendeposit, bukan runtuhkannya. Anda sendiri kata TH lambang kebanggaan umat Islam.
Jadi, jangan sampai tangan anda sendiri yang menjatuhkannya, hanya kerana politik sempit dan angan-angan rasis.
Sebagai penutup, saya sertakan senarai syarikat asing dan bukan Bumiputera yang menguasai kontrak TH pada zaman Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad (2021–2022).
Senarai ini sendiri diminta oleh Ustaz Idris dalam Parlimen.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/pas-hipokrit-besar-takutkan-pendeposit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Yang Hipokrit

Pas Yang Hipokrit

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 338 hits
Jamzuri ArdaniJika ditakdirkan RUU URA ini dibentangkan di zaman PAS jadi kerajaan saya percaya RUU URA yang sama yang mereka bantah ini juga yang mereka akan bentang di parlimen Sebab apa Sebab ia akan dibuat berdasarkan kajian yang sama l...
Kanada Menghadapi Masalah Besar

Kanada Menghadapi Masalah Besar

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2584 hits
Inflasi di Kanada menurun pada bulan Julai tetapi terdapat kebimbangan yang berasas bahawa ia boleh mula meningkat semula Indeks harga produk industri bukannya penurunan yang dijangka menunjukkan peningkatan begitu juga dengan indeks harga ...
Rakyat Semakin Hilang Kepercayaan Kepada Pas

Rakyat Semakin Hilang Kepercayaan Kepada Pas

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 220 hits
Dulu Pas sering dianggap pejuang agama tapi sekarang ramai yang rasa parti ni semakin jauh dari realiti Sikap Pas yang terlalu keras asyik tolak kerjasama dan suka main isu sensitif buat rakyat mula bosan Alih alih nak bawa perubahan mereka...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch