Pas Henti Serang Bn Sebab Bukan Lagi K Jaan


Diterbitkan 11 Nov 2018, 9:22 malam

PAS tidak menyerang Barisan Nasional (BN) kerana mereka bukan lagi sebuah kerajaan, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata tiada guna menyerang pihak yang telah tumbang kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.

"Buat apa kita menyerang yang sudah tiada. Semua orang akui BN memang banyak isu rasuah dan kita memang mengkritik (ketika BN masih berkuasa), jadi bila dah jatuh takkan kita nak serang lagi orang yang sudah jatuh.

"Daim (Zainuddin) sendiri dah sebut jangan bangkit kesalahan-kesalahan kerajaan yang lalu, fokus kepada kerja, dan kalau betul pimpinan-pimpinan lama ada isu rasuah, ambil tindakanlah kerana mereka (Pakatan Harapan) kini sudah berkuasa dan bawalah ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Singgahsana Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad yang ke-49 di Istana Balai Besar di Kota Bharu, hari ini.

Istiadat yang disempurnakan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra itu turut dihadiri Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Isu LGBT perlu perhatian kerajaan

Sempena istiadat berkenaan, seramai 205 menerima Darjah Kebesaran termasuk lima dilantik sebagai Jaksa Pendamai manakala 397 penerima Bintang, Pingat dan Surat Kepujian akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri pada 4 Mac tahun depan.

Mohd Amar mengulas mengenai dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu semalam, yang mempersoal sikap segelintir ahli politik berstatus ‘lebai’ yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh melawan isu rasuah dan penyelewengan dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu dan hanya ghairah mahu membangkitkan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semata-mata.

Mohd Amar berkata tindakan wakil rakyat PAS membangkitkan isu LGBT memandangkan ia merupakan isu semasa yang sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan.

"Sekarang ini isunya berkaitan rakyat, berkaitan Islam, dan janji-janji yang tidak ditunaikan. Itu yang kita jadikan fokus dalam parlimen," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/pas-henti-serang-bn-sebab-bukan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tak Serang Bn Kerana Mereka Bukan Kerajaan Kata Naib Presiden

Pas Tak Serang Bn Kerana Mereka Bukan Kerajaan Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 342 hits
PAS tak serang BN kerana mereka bukan kerajaan kata naib presiden Dikemas kini 16 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11
Pas Minta Masukkan Ruu355 Dalam Senarai Akta Dipinda

Pas Minta Masukkan Ruu355 Dalam Senarai Akta Dipinda

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 206 hits
Papar akta baharu dua minggu sebelum dibentang bacaan kali pertamaBANGI PAS menggesa kerajaan Pakatan Harapan membuat pertimbangan sewajarnya supaya Akta Mahkamah Syariah 1965 atau RUU355 termasuk dalam senarai akta yang akan dipinda dalam ...
Kerjasama Umno Pas Ph Tunggu Menangguk Di Air Keruh

Kerjasama Umno Pas Ph Tunggu Menangguk Di Air Keruh

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 417 hits
Bagi memanjangkan hayat UMNO BN Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan pemegang jawatan serta ahli biasa parti berharap kerjasama BN PAS bukan seperti biasa biasa malah ketahap bertanding diatas tiket sama pada pilihan raya umum ke 15 Berdasa...
Exco Pas Tempelak Mujahid Mat Sabu Di Dun Kelantan

Exco Pas Tempelak Mujahid Mat Sabu Di Dun Kelantan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 464 hits
N Faizal Ghazali DUN KELANTAN Kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu diungkit semula oleh anggota dewan undangan negeri PAS di Persidangan ...
Kecoh Satu Dewan Bertelagah Bila Mp Pas Bangkit Isu Tun Dr Mahathir Pengkhianat Melayu

Kecoh Satu Dewan Bertelagah Bila Mp Pas Bangkit Isu Tun Dr Mahathir Pengkhianat Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 405 hits
Kecoh Satu Dewan Bertelagah Bila Mp Pas Bangkit Isu Tun Dr Mahathir Pengkhianat Melayu
Pakatan Umno Pas Mca Ancam Putus Hubungan Dengan Umno

Pakatan Umno Pas Mca Ancam Putus Hubungan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 307 hits
Wee berkata kerjasama antara 2 parti itu tidak akan bermakna apa apa sekiranya masing masing mempunyai prinsip berbeza PETALING JAYA MCA mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Umno sekiranya ia mengikat kerjasama dengan PAS tanpa terleb...
Lebih 50 Pendatang China Serang Anggota Polis

Lebih 50 Pendatang China Serang Anggota Polis

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 485 hits
KUALA LUMPUR 12 Nov Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee dekat sini sebentar ta...
Sejak Malam Tadi Gaza Meruncing Ini Al Qassam Serang Balas

Sejak Malam Tadi Gaza Meruncing Ini Al Qassam Serang Balas

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 637 hits
Briged Al Qassam letupkan bas Israel dari jauh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin menyiarkan satu rakaman video memaparkan serangan peluru berpandu Briged Izz al Din al Qassam ke atas sebuah bas yang dipercayai membawa tentera pengganas I...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban