Pas Gesa Kerajaan Pahang Cari Solusi Jangka Panjang Untuk Tangani Isu Jalan Berlubang Di Negeri Ini




KUANTAN: Tular setiap kali musim tengkujuh, isu jalan raya berlubang umpama periuk api yang memerangkap rakyat di Pahang.
Justeru, Kerajaan Pahang diminta untuk memikirkan solusi jangka panjang kerana ia melibatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara akibat keadaan jalan raya di Pahang yang sangat teruk kondisinya khususnya di musim tengkujuh.
Menurutnya, akibatnya ramai rakyat yang terkesan dengan keadaan jalan raya ini seperti tayar bocor, kemalangan, rim tayar bengkok dan beberapa lagi musibah yang menjerut kewangan rakyat.
"Kita dapat melihat musibah jalan runtuh di Jalan Kuantan-Muadzam Shah yang saban tahun akan terputus setiap kali musim tengkujuh.
"Terdapat beberapa jalan lagi yang kerap mengalami kerosakan antaranya di Jalan Perindustrian Gebeng di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Beserah, Jalan Maran-Temerloh (dua) dan saya kira banyak lagi jalan raya di DUN lain turut menerima nasib yang sama," katanya pada Khamis.
Beliau menjelaskan permasalahan ini kerap kali diketengahkan pemimpin daripada Pas termasuk Perikatan Nasional (PN).


"Sebagai contoh baru-baru ini YB (Yang Berhormat) Andansura Rabu (iaitu) ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Beserah turut mempersoalkan tentang permasalahan yang sama di DUN dan YB DUN yang lain turut mengangkat status jalan raya rosak di kawasan mereka yang boleh diibaratkan periuk api buat penduduk.
"Di sini, saya tegaskan satu solusi jangka panjang yang tuntas wajib dilaksanakan bagi memastikan rakyat boleh menggunakan perkhidmatan jalan raya di Pahang ini dengan selamat," katanya yang tidak menafikan ada usaha telah dilakukan kerajaan Pahang dan agensi berkaitan menangani permasalahan itu.
Sementara itu, ADUN Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri berkata, banyak aduan jalan rosak yang diterima telah diajukan kepada JKR supaya dibaiki segera.
Menurutnya, jalan utama ke pekan Sungai Lembing yang menghubungkan bandar Kuantan oleh warga Felda Bukit Kuantan, Bukit Sagu dan Bukit Goh adalah disifatkan sangat teruk serta uzur.
"Jalan-jalan ini bukan saja sempit dan merekah, bahkan banyak yang telah berlubang dan sering kali perlu ditampal setiap kali berlaku musim tengkujuh.
Jalan ini telah beberapa kali saya bangkitkan kepada kerajaan di dalam sidang DUN untuk dinaik taraf dengan diganti jalan yang baharu, bahkan pada masa yang sama jalan ini perlu dilebarkan bagi memberi keselesaan kepada pengguna apabila berselisih dengan kenderaan berat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pahang mengambil serius isu masalah jalan berlubang ini kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa selain merosakkan harta benda pengguna.
Jelasnya, keberadaan kerajaan Pahang yang selari dengan kerajaan Pusat, sepatutnya lebih memudahkan kerajaan negeri untuk memohon peruntukkan sekali gus dapat menyelesaikan masalah jalan-jalan ini.
Mohamad Ayub berkata, kerajaan Pahang melalui agensi di bawahnya perlu memantau dengan rapi proses pembaikan jalan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.
"Kita tidak mahu mereka melakukan kerja ‘umpama melepaskan batuk di tangga’. Ada jalan yang sudah ditampal tapi tidak sampai beberapa hari telah berlubang semula.
"Hal ini bukan saja tidak memberikan manfaat kepada rakyat malah merugikan duit rakyat. Kontraktor yang untung duit rakyat yang binasa. Janganlah wang rakyat dibazirkan dengan mengulang kerja yang sama dengan kualiti yang tidak sepatutnya," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2024/01/pas-gesa-kerajaan-pahang-cari-solusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarif Air Naik Kerajaan Pahang Sedang Pertimbang Cadangan Beri Subsidi Bantu B40 Di Negeri Ini

Tarif Air Naik Kerajaan Pahang Sedang Pertimbang Cadangan Beri Subsidi Bantu B40 Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadanagn bagi melaksanakan subsidi air kepada rakyat bergolongan B40 di negeri itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Pen...
Mb Pahang Nafi Kerajaan Negeri Berikan Sogokan Untuk Meraih Sokongan Rakyat

Mb Pahang Nafi Kerajaan Negeri Berikan Sogokan Untuk Meraih Sokongan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 122 hits
TEMERLOH Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan kerajaan negeri memberi sogokan melalui pemberian bantuan dan pelbagai manfaat kepada rakyat Menurutnya ia dibangkitkan oleh pihak pembangkang di negeri itu yang mendak...
Kerajaan Pahang Belum Putuskan Lantikan Jpkk Jkkr Bagi Kawasan Felda Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Belum Putuskan Lantikan Jpkk Jkkr Bagi Kawasan Felda Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 242 hits
JERANTUT Kerajaan Pahang belum memutuskan sama ada mahu melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung bagi kawasan Felda di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan R...
Rumah Ahli Pas Seumur Hidup Pun Diroboh Kerajaan Kelantan

Rumah Ahli Pas Seumur Hidup Pun Diroboh Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 249 hits
SITI NUR ZAWANISalah sebuah rumah di Jalan Atas Paloh Kota Bharu yang dimiliki oleh seorang ahli Pas seumur hidup turut dirobohkan kerajaan Kelantan Menerusi perkongsian aktivis AMANAH Kelantan Mohd Hisyamuddin Ghazali beliau sempat menemui...
Kerajaan Pahang Sasar Lipis Di Masyurkan Sebagai Unesco Global Geopark Kebangsaan Menjelang 2026

Kerajaan Pahang Sasar Lipis Di Masyurkan Sebagai Unesco Global Geopark Kebangsaan Menjelang 2026

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 208 hits
KUALA LIPIS Kerajaan Pahang menyasarkan Lipis yang dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan hari ini mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Global Geopark menjelang 2026 Ment
Pas Pahang Kecewa Mb Gunakan Permohonan Peruntukan Sebagai Senjata Raih Sokongan Politik

Pas Pahang Kecewa Mb Gunakan Permohonan Peruntukan Sebagai Senjata Raih Sokongan Politik

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 187 hits
KUANTAN PAS Pahang mengecam kenyataan Menteri Besar Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang menggunakan permohonan peruntukan sebagai senjata untuk mendapatkan sokongan politik dalam satu acara di Jerantut semalam Bendahari PAS Pahang Ustaz S...
Pas Pahang Kesal Dengan Penganjuran Sebuah Konsert Di Kuantan Menjelang Ramadan Bulan Depan

Pas Pahang Kesal Dengan Penganjuran Sebuah Konsert Di Kuantan Menjelang Ramadan Bulan Depan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 105 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang kesal dengan penganjuran sebuah konsert yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan berbaki 15 hari sebelum ibadah puasa Ramadan Ketua Pemuda negeri Mohd Zarimi Abu Zih berkata penganjuran itu jelas menunjukkan t...
Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian

Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang setuju menaikkan kadar tarif air domestik berkuat kuasa 1 Februari ini selepas 40 tahun tidak berbuat demikian Menteri Besar Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata kadar baharu yang ditetapkan ialah 78 sen untuk 2...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini