Pas Dengan Pujuk Rayu Pikat


 

Dalam ucapan dasar pada perasmian Muktamar PAS ke-69, semalam, Hadi Awang mengarah anggota parti menarik undi bukan Islam. Ertinya beliau tahu perkara yang sudah lama diketahui orang lain bahawa tanpa sokongan masyarakat bukan Melayu (untuk dicampur dengan sokongan Melayu) tiada parti politik boleh memerintah negara tercinta ini yang rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Bagaimanapun saya yakin Hadi dan juga partinya sudah lama tahu akan realiti itu tetapi dengan mengeluarkan arahan yang disebut tadi di depan khalayak pada hemat saya ialah pengakuan terbuka PAS betapa pentingnya masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam dalam konteks Malaysia .
Hadi mengakui bedah siasat PAS mendapati partinya lemah dalam menarik sokongan bukan Melayu. Maaf cakap tetapi adakah ini bermaksud Hadi dan partinya memerlukan suatu bedah siasat untuk mengetahui itu? Pada hal umum tahu PAS sememangnya tidak disokong majoriti orang bukan Melayu. Tidak perlu siasatan forensik untuk tahu itu .
Namun saya imbau kembali PRU2008 apabila PAS menikmati undi bukan Melayu. Contoh satu kawasan ditandingi calon PAS menentang calon Barisan Nasional (BN) dari MCA. Kata kawan keturunan Cina ibunya ahli MCA ditugaskan sebagai wakil calon waktu pengiraan undi dijalankan.
Kata kawan saya ibunya hampir terjatuh daripada kerusi apabila melihat semua peti undi dari stesen undi kawasan majoriti Cina mengandungi kertas undi yang dipangkah untuk PAS bukan MCA.
Tetapi perlu dinyatakan ini semasa PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Meskipun gabungan itu tidak dapat menumbangkan BN di peringkat pusat ia berjaya menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang BN merdeka.
Itu cerita lama tetapi perlu juga ditegaskan pembubaran Pakatan Rakyat pada 2015 rata-rata dianggap akibat tingkah laku PAS. Sejak itu masyarakat bukan Melayu yang menyokongnya pada 2008 menjauhkan diri.
Sekarang seperti disebut Hadi mahu PAS mendapatkan undi orang bukan Melayu-Islam kerana katanya PAS dan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat bilangan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan. Ini juga is stating the obvious.
“Kita (PAS/PN) sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu dalam PRU15 maka usaha penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan islam dan bukan Melayu dalam PRU16” kata Hadi sambil meneruskan “perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh sungguh, tersusun dan bijaksana”.
Itu bagi saya suatu saranan yang dibuat secara am, samar dan tidak spesifik. Tetapi langkah pertama harus dibuat adalah PAS perlu merenung mengapa mereka ditolak masyarakat bukan Melayu. Umpama apabila seseorang tidak sihat mestilah tahu apa yang buat dia begitu. Jika menghidap penyakit diabetes maka kurangkan makan manisan dan jangan lupa makanlah ubat .
Jadi PAS mestilah renung kembali apa yang telah terjadi atau lebih tepat apa yang ia sebagai parti telah lakukan khususnya Hadi sendiri . Ini menurut saya perkara mudah. Baca sahaja ulasan dalam ruangan komen yang mengiringi berita arahan Hadi siaran portal berita atas talian.
“Kamu tuduh golongan bukan Islam kaki mabuk, kaki pemberi rasuah, anti Islam, nak kuasai Malaysia, kaum pendatang, berpakaian jolok mata, moral rendah, komunis, tak kenang budi dan macam macam lagi – maaf orang yang waras tak akan lupa bagaimana kamu layan mereka sebelum ini”. Ini rumusan komen pembaca orang bukan Melayu dan juga orang Melayu.
Hakikatnya Hadi sendiri kerap bercakap mengenai “golongan anti Islam” dan “haram menyokong mereke”. Beliau juga menuduh orang bukan Islam punca rasuah di negara ini dan mendakwa bukan islam serta bukan Bumiputera menjadi majoriti perosak politik dan ekonomi negara .
Panglima perangnya Sanusi Nor mengiyakan presidennya dengan berkata “memang fakta orang bukan Islam paling ramai beri rasuah.”
Pada Jun lalu sebuah portal berita menyiarkan hantaran media sosial Hadi ketika beliau mengulas kes seorang wanita bukan Islam didenda di Kelantan (perlukah saya kata negeri yang diperintah PAS?) kerana didakwa berpakaian tidak sopan.
Antara lain Hadi menegaskan “Kalangan bukan Islam mesti berpakaian sopan mengikut sifat kemanusiaan yang bermaruah dan dihormati oleh semua agama serta bangsa yang beradab”. Mungkin ada yang setuju .
Tetapi Hadi menyambung begini: “Tidak bersikap liberal sehingga tidak ada rasa malu seperti binatang yang tidak berakal dan tidak bermaruah yang sedang melanda negara Barat sekarang”.
Ramai percaya itu ditujukan kepada wanita bukan Islam yang didenda di Kelantan dan juga semua wanita bukan Islam berseluar pendek dituduh “binatang tidak berakal tidak bermaruah”.
Ada banyak lagi yang diperkatakan Hadi. Bukan beliau seorang. Selain Sanusi ada lagi pemimpin PAS yang celupar. Kesimpulannya mereka berjaya mengguris dan melukai perasaan orang bukan Melayu.
Tidak perlu post mortem untuk tahu itu. Dan tidak lupa pelbagai peraturan di negeri diperintah PAS yang tidak disenangi masyarakat bukan Islam.
Pada sidang media di tepian muktamar semalam Hadi berkata partinya masih gagal menarik sokongan bukan Islam kerana komuniti itu tidak “menerima maklumat tepat.”
Bertanya saya adakah apa yang disenarai di atas bukan maklumat tepat? Adakah semua itu tidak pernah dikata Hadi dan saf kepimpinan PAS? Buat carian di Google, semua maklumat akan terburai .
Apa pun berdasarkan arahan presiden, semua anggota PAS memikul tanggungjawab memujuk, merayu dan memikat orang bukan Melayu bukan Islam. Bagaimana? Hadi dan barisan pemimpinnya memohon maaf secara terbuka dan tidak lagi bercakap seperti apa mereka cakap selama ini?
Jika itu yang dilakukan bolehkah ia diterima baik penyokong yang untuk sekian lama diasuh untuk percaya apa pemimpin kata? Atau bolehkah PAS berubah menjadi seperti parti Melayu lain yang mereka pandang tidak cukup Islamik? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/pas-dengan-pujuk-rayu-pikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obviously Zahid Is Nervous Restless If Pas Becomes Part Of The Ph Bn Set Up

Obviously Zahid Is Nervous Restless If Pas Becomes Part Of The Ph Bn Set Up

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 276 hits
PAS Selangor secretary Roslan Shahir Mohd Shahir has taken a jibe at UMNO president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi whom he accused to be unsettled with the revelation that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has gone to the extent of ...
Pas Boleh Sertai K Perpaduan Anwar Al Hamdulillah Dapmadani

Pas Boleh Sertai K Perpaduan Anwar Al Hamdulillah Dapmadani

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 161 hits
Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup Foto BHPAS boleh menyertai Kerajaan Perpaduan AnwarKUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau pernah menjemput PAS menganggotai Kerajaa...
It S Time To Help Pas Empower Its Moderates

It S Time To Help Pas Empower Its Moderates

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 186 hits
From Ti Lian KerAt a time when DAP and MCA were lobbying for Chinese support in the Pelangai by election Prime Minister Anwar Ibrahim dropped a bomb DAP in particular was then scaremongering the Chinese voters to vote for Pakatan Harapan Ba...
Pas Tersepit Dengan Lamaran Anwar

Pas Tersepit Dengan Lamaran Anwar

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 237 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun membuat lamaran kepada Parti PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan menurut sebuah laporan Namun lamaran DSAI itu tidak diterima atau direspon sereta merta oleh PAS pada waktu lamaran itu d...
Stop Hyping Up Talk Of Pas Joining Govt Says Tiong

Stop Hyping Up Talk Of Pas Joining Govt Says Tiong

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 320 hits
The minister says Anwar Ibrahim s offer to PAS was made before the unity government was formed last November A Cabinet member has urged the public and political parties to stop playing up speculation that the government is inviting PAS to j...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita