Pas Dap Biadab Tak Mahu Pingat Kebesaran


MALAYSIAKINI

   
PAS berpendapat keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat dari istana adalah tanda kebiadaban parti terbabit kepada raja-raja Melayu.

Bendahari PAS Razman Zakaria berkata demikian semasa menyampaikan ucapan bersemangat di Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak tidak jauh dari Teluk Intan malam tadi.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Perak berkata orang Melayu ialah tuan kepada negara ini dan kaum lain yang datang kemudian sudah bersetuju menerima kontrak sosial yang ada.

"Mereka adalah pendatang, betul tak betul?" katanya bersemangat dan disambut ribuan orang yang hadir di kawasan pekan kecil berkenaan.

Kata Razman baru enam bulan Pakatan Harapan (PH) - yang ada dalam gabungan itu parti DAP - memerintah sudah ada tanda-tanda menunjukkan mereka tidak menghormati orang Melayu.

"Kenyataan setiausaha agung DAP mengarahkan pimpinannya tidak menerima sebarang pengiktirafan atau bintang kehormatan (dari istana), apa maknanya?

"Mereka tidak mghormati raja-raja Melayu! Betul atau tak betul?

"Biadab atau tak biadab? Apa yang kita nak hukumkan kepada mereka?" katanya dengan bersemangat.

Import dari Taiwan
Turut hadir Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepemimpinan tertinggi parti itu serta Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu dianjurkan Umno Pasir Salah yang diketuai Tajuddin Abdul Rahman.

Untuk rekod pada Okt lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti itu perlu mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding mengejar pingat dan darjah kebesaran.

Kata Lim mereka tidak wajar meniru perlakuan pemimpin BN sebelum ini.

"DAP tidak mahu dilihat menjadi macam BN dulu di mana ada banyak terkejar-kejar nak cari (pingat) Datuk.

"Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itu mesej yang kita nak sampaikan.

"Kalau kita nak jadi ahli politik wakil rakyat yang berjaya, yang penting ialah kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata pendirian itu tidak bermaksud DAP memusuhi pihak yang memberi pingat malah mereka amat menghargainya.

"Kami amat menghargai pingat yang diberikan tapi saya rasa yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan kita beri apa-apa gambaran yang dahulu nak rebut untuk pingat," katanya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata selepas enam bulan PH menjadi kerajaan sekarang ada pihak yang berani mengedar Bible kepada orang ramai.

Katanya perlembagaan juga menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi namun orang bukan Melayu tidak menghormati ketetapan itu dengan mewujudkan sekolah jenis kebangsaan dan persendirian.

"Mereka mengimport mata pelajaran dari Taiwan.

"Setelah enam bulan memerintah, mereka mahu mengiktiraf sijil dari Taiwan (iaitu) UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu). Biadab atau tak biadab ini?" tanyanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/pas-dap-biadab-tak-mahu-pingat-kebesaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Umno Pas Lagi Bersemangat Melawan Dap Dan Ph Kata Nik Abduh

Dengan Umno Pas Lagi Bersemangat Melawan Dap Dan Ph Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 420 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM PAS menerima mana mana parti yang mahu bekerjasama dengannya asalkan parti berkenaan menghormati dan menerima perjuangan Islam mereka Bekas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata demikian sebagai menjawab ...
Tolak Icerd Pas Ingatkan Ppbm Jangan Takut Dap

Tolak Icerd Pas Ingatkan Ppbm Jangan Takut Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 410 hits
November 8 2018 10 24 AMMuhammad Khalil Abdul Hadi berkata berkata PPBM perlu menunjukkan sikap yang jelas terhadap isu ICERD PETALING JAYA PAS memuji sikap Pemuda PPBM dan menganggap ada perkembangan positif berhubung pendiriannya berhubun...
Dap Akan Saman Gagasan Tiga

Dap Akan Saman Gagasan Tiga

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 311 hits
Sehari selepas ditubuhkan secara rasmi satu gabungan NGO dituntut membuat permohonan maaf terhadap DAP kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu baru baru ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan...
New Coalition Claiming To Be Non Political Vows To Destroy Dap Over Icerd

New Coalition Claiming To Be Non Political Vows To Destroy Dap Over Icerd

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 342 hits
A group of Malay Muslim NGOs has come together to form a third force alliance to ensure the DAP does not erode the rights of the Malays and turn Malaysia into a republic Gagasan Kuasa 3 is made up of 53 Malay Muslim NGOs and expects to have...
Adakah Titah Sultan Selangor Di Engkar Ph Pimpinan Dap

Adakah Titah Sultan Selangor Di Engkar Ph Pimpinan Dap

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 829 hits
Sultan Selangor menetapkan bahawa semua papan tanda yang mempunyai dwi bahasa di Shah Alam mesti di keluarkan dan di gantikan dengan bahasa yang hanya menampilkan bahasa kebangsaan Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah...
Eddy Rejang Diiringi Peguam Dap Ke Balai Polis

Eddy Rejang Diiringi Peguam Dap Ke Balai Polis

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 358 hits
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng berkata parti itu akan menyediakan peguam bagi mengiringi lelaki yang dirakam menggunakan kata kata kesat terhadap seorang promoter bir Semalam lelaki yang dikenali sebagai Eddy Rejang itu memb...
Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 247 hits
Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusoff today issued an apology to Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Rawa Yusof and retracted a statement he made on Facebook describing the Parit Buntar MP as a liberal and ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation