Pas Dan Judi Antara Hukum Allah Dan Nikmat Dunia Yang Sayang Dilepaskan






Isu judi yang kini timbul semula berikutan jawapan Kementerian Kewangan kepada soalan yang ditanyakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat nampaknya benar-benar membuatkan Pas berpeluh dibuatnya.


Dalam soalannya lisan itu Mahfuz bertanya kepada Menteri Kewangan, berapakah jumlah cabutan khas yang dibenarkan kerajaan bagi tahun 2021 kepada syarikat-syarikat judi dan jawapan yang diberi ialah sebanyak 22 kali.


Jawapan itu bermakna, termasuk cabutan biasa yang mungkin tiga atau empat kali semingu, di tambah dengan 22 kali cabutan khas setahun, jumlah kekerapan untuk pemabuk-pemabuk judi mencuba nasib bagi jadi kaya dalam setahun hampir mencecah 200 kali banyaknya.


Wowww… dengan setahun ada 365 hari dan disediakan hampir 200 kali untuk perjuangan bagi kaki-kaki judi memeriahkan kehidupan mereka, apakah layak kerajaan yang ada ini dinamakan kerajaan Melayu Islam?


Mahu tidak mahu, dengan jawapan Menteri Kewangan dan jumlah cabutan khas judi yang kerap itu, Pas  yang konon memperjuangkan Islam dan berada dalam kerajaan inilah yang paling terkesan sekali.


Lalu, apa sebenarnya peranan Pas dari segi memperjuangkan Islam dalam kerajaan Melayu Islam ini?


Tambahan lagi, jumlah kekerapan cabutan khas 22 kali setahun itu adalah tinggalan era BN yang kemudian dikurangkan kepada 11 kali pada 2019, seterusnya 8 kali pada 2020 iaitu ketika negara diambil alih oleh PH.


Fakta yang membingungkan di sini, kenapa kerajaan Melayu Islam sekarang kembali kepada tinggalan era BN dan tidak mencontohi amalan PH yang mengurangkannya, walau dituduh PH bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam?


Kerajaan mana dan parti mana yang tidak Islamik sebenarnya?


Walaupun pada peringkat awalnya ada pemimpin Pas yang cuba berhujah bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Pas, Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, judi hanya untuk bukan Islam dan pelbagai jawapan lain yang senada dengannya, tetapi dengan kecaman berterusan daripada rakyat, Pas akhirnya tunduk juga.


Ia kemudian menyebabkan ada pemimpin Pas lain yang secara terbuka membuat bantahan kepada kerajaan, bertegas mahu Kementerian Kewangan menarik balik kelulusan tersebut serta menyifatkan ianya tidak wajar dilaksanakan.


Nik Abduh Nik Aziz, Ahli Parlimen Bachok malah berkata, kerajaan sepatutnya hanya mengekalkan cabutan khas 8 kali setahun sebagaimana dilakukan PH sebelum ini dan bukan berundur ke belakang dengan meningkatkannya semula kepada 22 kali.


Bagi yang biasa mendengar ceramah-ceramah pemimpin Pas sejak sekian lama pasti menyedari isu judi adalah isu yang sering dimainkan mereka untuk menyerang serta memperlekeh kerajaan.


Meski judi adalah difahami untuk orang bukan Islam, tetapi Pas bertegas ingin mengharamkannya, bahkan dalam sebuah khutbah, Hadi Awang pernah berkata, “mereka yang melakukan amalan judi, menggalakkan judi dan membenarkan judi adalah mereka yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam.”


Video Hadi Awang itu boleh ditonton di bawah ini:


Jika setelah berada dalam kerajaan sekarang Pas sedar bahawa judi hanya untuk orang bukan Islam, kenapa sebelum ini mereka menentang dan ingin menghapuskannya?


Kalau Pas berhujah bukan mereka yang membuat keputusan berkaitan judi dan Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan, lalu tidak berupaya untuk menghapus atau mengurangkan judi, bagaimana dengan kebersamaan mereka dalam kerajaan yang jelas menggalak dan membenarkan aktiviti judi?


Apakah golongan itu masih merupakan golongan yang menentang Allah, bermusuh dengan Allah dan bermusuh dengan Islam?


Maka, apa sebetulnya kuasa Pas dalam kerajaan Melayu Islam ini, kalau pun tidak mampu menghapuskan sama sekali judi, tetapi setidak-tidaknya berupaya mengurangkannya?


Kiranya Pas benar-benar memperjuangkan Islam, tidak menentang Allah, tidak mahu bermusuh dengan Allah dan tidak mahu bermusuh dengan Islam sebagaimana itulah tarbiah yang diterapkan selama ini, itu pun kalau mereka tidak berubah kepada lebih sayangkan jawatan atau kedudukan dunia melebihi segala-galanya, langkah yang boleh dan patut diambil oleh parti itu ialah mengugut untuk menarik sokongan atau keluar daripada kerajaan melainkan tuntutan mereka, setidak-tidaknya untuk mengurangkan judi dapat dipenuhi.


Tetapi, kenapa Pas tidak melakukannya dan kenapa juga pemimpin-pemimpin utamanya yang berjawatan menteri atau bertaraf menteri senyap begitu saja dalam isu judi ini, sebaliknya yang timbul bersuara hanya pemimpin di lapisan kedua dan ketiga?


Hmmm… sayang Allah atau sayangkan jawatan dunia? (ShahbudinHusin 24/09/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/pas-dan-judi-antara-hukum-allah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Seorang Pemurah Jaga Solat Jemaah

Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Seorang Pemurah Jaga Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 210 hits
Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor Kuala Krai Mohd Radzi Ibrahim 63 tahun yang meninggal dunia sewaktu menunaikan solat Maghrib berjemaah baru baru ini merupakan seorang yang pemurah lapor Sinar Harian Imam Tua Masjid Mukim Kenor Ahmad ...
Konsert Riuh Sokmo Pemuda Pas Bimbang Negeri Serambi Mekah Dimurkai Allah

Konsert Riuh Sokmo Pemuda Pas Bimbang Negeri Serambi Mekah Dimurkai Allah

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 246 hits
Konsert Riuh Sokmo Pemuda PAS bimbang negeri Serambi Mekah dimurkai AllahPemuda PAS Kelantan meluahkan rasa bimbang dengan penganjuran Konsert Riuh Sokmo yang berlangsung di negeri itu kerana program seperti itu jelas bertentangan dengan da...
Cadang Bina Kasino Bertaraf Dunia Di Pulau Pinang Mana Bersatu Dan Pas

Cadang Bina Kasino Bertaraf Dunia Di Pulau Pinang Mana Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 170 hits
MOHD ALI HASHIMCadangan Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Baljit Singh seperti mana yang diwar warkan ingin membina kasino bertaraf dunia di Pulau Pinang adalah tidak wajar sama sekali Malah Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang M...
Mia Ahmad Dipanggil Makcik Sebab Labuhkan Tudung Saya Pakai Kerana Allah

Mia Ahmad Dipanggil Makcik Sebab Labuhkan Tudung Saya Pakai Kerana Allah

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 129 hits
Pelakon yang pernah membintangi drama Hati Perempuan Mia Ahmad dilihat sudah jarang mucul di kaca televisyen sejak berumah tangga dengan pemain bolasepak pasukan Johor Darul Takzim 2 Izham Tarmizi Walau bagaimanapun dia tetap aktif di media...
Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik Mia Ahmad Anggap Niatnya Kerana Allah

Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik Mia Ahmad Anggap Niatnya Kerana Allah

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 331 hits
Ibu kepada dua cahaya mata Mia Ahmad mendoakan dirinya agar terus istiqamah untuk menjadi muslimah yang lebih baik Tampil sopan bertudung sejak tahun lalu pelakon dan usahawan ini berkongsi coretan tersebut menerusi sebuah hantaran terkini ...
Ya Allah Menggigil Saya Bila Dapat Tahu Dia Orang Yang Sama Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima

Ya Allah Menggigil Saya Bila Dapat Tahu Dia Orang Yang Sama Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 145 hits
Hasrat seorang wanita untuk mengucapkan terima kasih kepada rider yang membantu memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal dunia Menerusi perkongsian video Tiktok oleh JajaED wanita itu...
Hukum Memelihara Janggut

Hukum Memelihara Janggut

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 235 hits
Soalan Apakah memelihara janggut wajib hukumnya atau hanya disarankan Apakah mencukur berdosa atau hanya merosak Di en Apakah mencukurnya hanya boleh disertai dengan memelihara kumis Jawapan Mengenai pertanyaan di atas kami katakan terdapat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids