Pas Bina Pasaraya Wakaf Untuk Bangunkan Ekonomi Umat Islam


Tahniah pimpinan PAS yang terjun dalam lapangan pembangunan hartanah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi ummah.


DUNGUN 12 Sept. - Projek pembinaan Pasar Raya Wakaf Pas yang dirintis oleh parti itu merupakan suatu anjakan paradigma dalam merencana program dan konsep wakaf komersial bagi membantu mengembangkan lagi ekonomi rakyat di negara ini, khususnya umat Islam.

Sedang dibangunkan di atas tapak seluas hampir satu hektar di Bukit Pak Sabah di sini, projek tersebut bakal dijayakan dengan kerjasama Sabasun HyperRuncit dengan kos keseluruhan dianggarkan kira-kira  RM12 juta daripada hasil sumbangan derma orang ramai melalui pembelian lot-lot yang ditawarkan.



Apabila beroperasi kelak, ia akan menampung pasaran muslim, iaitu sebahagian daripada usaha memenuhi Konsep Sejahtera Bersama Islam manakala hasil keuntungan melalui sewaan dijangka membeli pulangan kira-kira RM60,000 sebulan yang akan dikembang dengan menambah aset baharu.
Pelancaran pembinaan projek yang dijangka siap pada September 2020 itu disempurnakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang semalam. 
Yang turut hadir, Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Pas Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali; Pengerusi Jawatankuasa  Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamat Puteh; Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli; Pengerusi Pembangunan Pasaraya Wakaf, Mohd Fauzi Jalil dan Pengarah Urusan Sabasun Hyperruncit, Che Salmi Ibrahim.
Menurut Khairuddin, setakat ini Pas berjaya membuat kutipan hampir RM1 juta hasil sumbangan orang awam  dan pihaknya memerlukan RM11 juta lagi bagi melaksanakan projek yang disifatkan dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutama lebih 100,000 penduduk setempat.
“Konsep pasar raya ini ialah memberi pulangan pahala kepada para penderma manakala manfaatnya pula ialah bangunan yang dibina ini akan menjadi milik orang ramai yang turut memberi kebaikan kepada umum  kerana hasil daripada pendapatan (keuntungan) digunakan pula  untuk program-program berbentuk kebajikan dan dakwah.


“Selain itu, projek  ini juga memberi ruang kepada orang Islam untuk memiliki rangkaian pasar raya sendiri kelak.  Pas tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi melaksanakannya . Sumber modal adalah daripada sumbangan derma orang awam dan ahli-ahli parti, “ ujarnya.
Khairuddin memberitahu, projek dilaksanakan dalam dua fasa di mana fasa pertama mengumpul sumbangan wakaf tunai untuk membeli tanah yang bernilai RM3 juta manakala fasa kedua ialah mengumpulkan sumbangan bagi pembinaan bangunan bernilai RM9 juta.
“Wakaf ini sangat besar nilainya di mana Pas akan mempunyai aset yang akan terus berkembang setiap tahun. Dari segi harga jualan barangannya pula, ia bergantung kepada suasana dan keadaan semasa”, ujarnya.-UTUSAN ONLINE





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/01/pas-bina-pasaraya-wakaf-untuk-bangunkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 372 hits
Ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam Pemuda PAS tegah umat Islam sambut KrismasKetua Pemuda PAS yang juga ADUN Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut Hari Krismas esok k...
Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 351 hits
ASALKAN ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH17 Rabiulakhir 1440H Rabu PAS bersedia mendukung mana mana parti lain bagi membentuk kerajaan asalkan umat Islam terus memerintah Malaysia kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata ...
Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas

Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 302 hits
Hukum mengucapkan Merry Christmas menjadi satu polemik yang berulang setiap tahun Pelbagai pandangan diberikan baik oleh agamawan mahupun mereka yang bukan berlatarbelakangkan agama Namun satu pendekatan yang mungkin jarang dilakukan adalah...
Kenapa Umat Islam Disuruh Oleh Nabi Untuk Belajar Memanah Berenang Bermain Ped4ng Dan Berkuda Rileks Media

Kenapa Umat Islam Disuruh Oleh Nabi Untuk Belajar Memanah Berenang Bermain Ped4ng Dan Berkuda Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 675 hits
Semasa berperang dengan tentera Daj jal nanti pis tol sebesar mana pun kita akan tinggal kerana ketika itu kita akan kembali berlawan menggunakan pe dang Sebab apa duduk elok elok boleh tembak nuklear dari jauh tiba tiba kita nak guna pedan...
Berdiam Diri Punca Kehancuran Umat Islam

Berdiam Diri Punca Kehancuran Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 389 hits
24 Rabiulakhir 1440H Selasa Majlis Ulama Isma hari ini mengingatkan umat Islam supaya bertegas dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran Pengerusinya Dr Mohd Soberi Awang bekata sekiranya umat Islam mencintai negara bangsa dan umat ...
Umat Islam Chechen Sketsa Pilu Di Warsaw Dr Ridwan Mohamad Nor

Umat Islam Chechen Sketsa Pilu Di Warsaw Dr Ridwan Mohamad Nor

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 318 hits
POSTUR tubuh mereka tegap dengan alis mata yang tebal rata rata mereka berkulit putih kemerahan namun dalam rangka tubuh etnik ini menyimpan salju kedukaan yang pilu Sebagaimana nasib Muslim Uyghur yang dibantai oleh pihak rejim China begit...
Hal Yang Menyebabkan Umat Islam Muflis Pada Hari Akhir4t Rileks Media

Hal Yang Menyebabkan Umat Islam Muflis Pada Hari Akhir4t Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 370 hits
Seperti roda yang berpusing manusia tidak akan pernah tahu tentang nasib yang bakal menimpa mereka Mungkin hari ini kita berada di atas dan mungkin esok di bawah Sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini ketahuilah setiap apa yang berlak...
Apa Pilihan Umat Islam

Apa Pilihan Umat Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 303 hits
Salam Kedudukan parti2 politik sekarangPkr 50Dap 42Umno 38Pas 18Ppbm 16Pbb 13Bebas 12Amanah 11Warisan 09Prs 03Pdp 02Mic 01Star 01Upko 01Supp 01Pbrs 01Pbs 01Mca 01Jumlah 221 CH tidak termasukScene1PH memerentah atas sokongan pkr dap ppbm ama...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal