Pas Bertanya Kenapa Saman Kelantan Sekarang


Anne Muhammad 

PAS hari ini mempertikaikan keputusan Putrajaya mengemukakan saman kepada kerajaan Kelantan ketika PH menghadapi pilihan raya kecil di Cameron Highlands.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang langkah itu menimbulkan tanda tanya kerana isu berkenaan bukan baru terjadi, sebaliknya sudah lama.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis perasmian Seminar Sejarah PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini Abdul Hadi berkata langkah berkenaan mencurigakan dan media wajar membangkitkannya.

“Saya nak tanya kenapa kerajaan pusat bawa isu ini masa PRK Cameron Highland. Tu (media kena) siar tu. Kenapa masa PRK, (sedangkan) benda ini dah lama. Adakah mereka nak berkempen sama (dalam) pilihan raya?

“Kenapa pilih masa PRK, baru terfikir masa PRK? Sebelum ni tak terfikir (sedangkan) benda ni dah lama dah,” katanya.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin kemudian mencelah Abdul Hadi dengan mengemukakan soalan: "Adakah Tommy Thomas sudah bermain politik sebagai peguam negara?"

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut ada dalam sidang media itu pula berkata, ini adalah kali pertama dalam sejarah Putrajaya memfailkan saman kepada kerajaan negeri.

Didakwa tak berunding

“Saya ingat ni kali pertama tak pernah berlaku dalam sejarah. Sebab diperinagkat negeri kita ada penasihat undang-undang mewakili kerajaan negeri.

“Sepatutnya apa-apa perkara kena rujuk kepada penasihat undang-undang dulu. Tak boleh bertindak terus saman kerajaan negeri,” katanya.

Semalam, kerajaan pusat - atas arahan kabinet - memfailkan saman sivil terhadap Kelantan kerana didakwa menceroboh tanah Orang Asli suku Temiar di negeri itu.

Peguam Negara, Tommy Thomas melalui kenyataannya berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Menurutnya, kerajaan negeri Kelantan dan agensinya telah memberikan hak pembalakan di Gua Musang kepada beberapa syarikat swasta tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli Temiar atau menawarkan pampasan kepada mereka.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan memandang serius pencerobohan tanah tersebut.

Sementara itu Takiyuddin berkata sudah ada sekumpulan peguam terkenal menawarkan diri untuk membela kerajaan Kelantan secara percuma.

Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata peguam terbabit sudah bergabung untuk memberikan khidmat mereka menghadapi saman dari Putrajaya.

“Mereka akan berkhidmat secara percuma membela kes saman kerajaan pusat,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/pas-bertanya-kenapa-saman-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnahsudahmenang Rm90juta Jika Pas Tidak Ambil Kenapa Tak Saman

Fitnahsudahmenang Rm90juta Jika Pas Tidak Ambil Kenapa Tak Saman

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 310 hits
FitnahSudahMenangSudah hampir setahun puak yang menfitnah Pas menerima RM90 juta daripada UMNO itu memerintah sekelumit bukti pun masih belum mampu ditunjukkan kepada rakyat atas segala tuduhan itu Apakah makna semua itu Dulu mereka kata se...
Politik Prk Cameron Putrajaya Saman Kerajaan Kelantan

Politik Prk Cameron Putrajaya Saman Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 326 hits
Kerajaan Persekutuan atas arahan kabinet hari ini memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana menceroboh tanah Orang Asli Temiar di negeri ini Dalam satu kenyataan hari ini Peguam Negara Tommy Thomas berkata saman itu te...
Rm600 Lelong T Shirt Vintage Bantu Pas Biayai Saman

Rm600 Lelong T Shirt Vintage Bantu Pas Biayai Saman

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 291 hits
Biadaan untuk baju T era 1980 an bermula dengan RM15 Foto Facebook Festiva Bundle AsiaKUALA LUMPUR Demi membantu Pas membiayai saman terhadap portal Sarawak Report seorang ahli parti itu berjaya menjual sehelai baju T vintagekumpulan rock T...
Tidak Bolehkah Pas Kelantan Pinda Perlembagaan Negeri

Tidak Bolehkah Pas Kelantan Pinda Perlembagaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 425 hits
Meskipun Sultan Muhammad V sudah turun takhta sebagai Yang Dipertuan Agong tetapi rakyat di merata rata nampaknya masih lagi memperkatakan tentang perkahwinan baginda dengan seorang bekas ratu dari Russia Keputusan turun takhta ini bukan sa...
Orang Asli Peguam Negara Bincang Saman Kelantan Sejak Tahun Lepas

Orang Asli Peguam Negara Bincang Saman Kelantan Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 355 hits
January 19 2019 6 18 PMPETALING JAYA Gerakan Orang Asli Kelantan hari ini menepis dakwaan mengaitkan tindakan Putrajaya menyaman kerajaan Kelantan demi Orang Asli mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Cameron Highlands menyifatkan ia t...
Pusat Saman Kelantan Gimik Prk C Highland

Pusat Saman Kelantan Gimik Prk C Highland

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 358 hits
IZWAN ABDUL HALIM 19 JANUARY 2019KUALA LUMPUR Tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan diterajui PAS berkaitan Orang Asal tidak lebih dari gimik politik PRK P 078 Cameron Highland Se...
Royalti Minyak Kelantan Jumpa Pm Bincang Semula Bayaran

Royalti Minyak Kelantan Jumpa Pm Bincang Semula Bayaran

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 287 hits
Datuk Ahmad Yakob KOTA BHARU Kerajaan Kelantan berharap masalah pembayaran royalti minyak oleh kerajaan pusat dapat dilaksanakan tidak lama lagi kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob Ahmad berkata beliau bersama rakan sejawatnya dari Tere...
Jumpa 550 000 Yen Dalam Guni Bundle Peniaga Perlu Serahkan Kepada Baitulmal Kerana Ia Bukan Haknya Mufti Kelantan

Jumpa 550 000 Yen Dalam Guni Bundle Peniaga Perlu Serahkan Kepada Baitulmal Kerana Ia Bukan Haknya Mufti Kelantan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 847 hits
Baru baru ini seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550 000 yen RM20 755 84 dalam guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak Jelawat Bachok Kelantan Wan Mohamad Adam Wan Mohamed 29 berkata dia terkejut apabila menemui wang itu d...
Wang Itu Bukan Haknya Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal

Wang Itu Bukan Haknya Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 461 hits
Wang Itu Bukan Haknya Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal Semalam viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550 000 yen Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan