Tidak Bolehkah Pas Kelantan Pinda Perlembagaan Negeri




Meskipun Sultan Muhammad V sudah turun takhta sebagai Yang Dipertuan Agong, tetapi rakyat di merata-rata nampaknya masih lagi memperkatakan tentang perkahwinan baginda dengan seorang bekas ratu dari Russia.


Keputusan turun takhta ini bukan saja yang pertama kali dalam sejarah negara dan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, malah ramai yang percaya ia juga menjadi sebab baginda meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong.


Lebih menjadi perbualan ialah adanya perkhabaran yang dibawa oleh beberapa media media antarabangsa bahawa isteri baginda itu sedang hamil ketika ini.


Seterusnya, yang turut dibualkan ialah berkaitan undang-undang tubuh negeri Kelantan yang dikatakan memperuntukkan Raja Perempuan Kelantan mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Dengan yang demikian, meskipun tiada pengesahan rasmi mengenai perkahwinan tersebut, berdasarkan undang-undang tubuh negeri Kelantan itu dengan sendirinya bermakna Sultan Kelantan terhalang daripada menjadikan isteri baginda itu sebagai Raja Perempuan Kelantan.


Sesungguhnya soal maut, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Tuhan yang tiada siapa pun tahu atau dapat menjangka mengenainya.


Tiada siapa tahu seseorang itu akan berkahwin dengan Melayu atau bangsa lain dalam kehidupannya. Begitu dengan jodoh Raja atau Sultan.


Dalam kes perkahwinan Sultan Kelantan itu, di sebalik tiada pengesahan rasmi mengenainya, kerajaan Pas Kelantan seharusnya bertindak lebih ke depan untuk memudahkan hal-hal berkaitan di kemudian hari.


Kerajaan Pas Kelantan yang diketahui umum merupakan kerajaan Islam serta menolak segala bentuk penonjolan bangsa atau assabiyah sepatutnya segera meminda undang-undang tubuh negeri itu dengan hanya meletakkan mesti beragama Islam saja sebagai syarat untuk dibenarkan dilantik sebagai Raja Perempuan.


Undang-undang yang terdapat peruntukan mesti berbangsa Melayu sebagai syarat menjadi Raja Perempuan sebenarnya tidak sesuai dengan kedudukan Islam yang universal dan melangkaui batas-batas bangsa.


Syarat Islam sudah memadai sebenarnya untuk dilantik sebagai Raja Perempuan Kelantan dan keperluan bangsa Melayu itu hendaklah dihapuskan. 


Lagi pula, banyak negeri lain di Malaysia tiada pun peruntukan mengenai bangsa Melayu itu sebagai syarat untuk menjadi Raja Perempuan atau Sultanah, malah ada Sultanah ketika ini yang diketahui berasal daripada negara luar dan bukan berbangsa Melayu.


Semua itu tidak menjadi masalah sama sekali dan rakyat tetap menerima kehadiran Sultanah tersebut dengan gembira dan dengan hati yang terbuka. Asal beragama Islam sudah memadai dan rakyat faham soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.


Tambahan pula, tidak wajar kerajaan negeri pimpinan Pas mengekalkan lagi undang-undang yang seolah-olah mengikat jodoh Sultan dengan hanya mesti berkahwin dengan gadis berketurunan Melayu semata-mata, sedangkan dalam waktu yang sama kita percaya bahawa jodoh, ajal dan rezeki adalah ketentuan Tuhan yang di luar kawalan manusia menentukannya.


Lebih daripada itu, dengan sedia meminda undang-undang tersebut juga memperlihatkan kerajaan Pas Kelantan benar-benar ada perasan kasih, sayang dan menjunjung kedaulatan Sultan Kelantan sebagai ketua negeri tersebut.


Dengan adanya pindaan demikian, meskipun perkahwinan adalah hak peribadi Sultan atau Raja, tetapi kiranya di suatu masa nanti baginda sedia untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya, makanya soal untuk menjadikan suri hati baginda itu sebagai Raja Perempuan Kelantan tidak akan menimbulkan apa-apa masalah lagi.


Kepada Pas Kelantan, tidak bolehkah dipercepatkan pindaan perlembagaan negeri itu? (ShahbudinHusin 10/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/tidak-bolehkah-pas-kelantan-pinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Newly Married Agong To Abdicate It S Wild Rumor To Tarnish Kelantan State Govt Says Pas

Newly Married Agong To Abdicate It S Wild Rumor To Tarnish Kelantan State Govt Says Pas

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 264 hits
Social media has been abuzz with claims that Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V will abdicate Quizzed on this Kelantan Deputy Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah said the state government has not received any information on this The s...
Resepi Nekbat Sira Manisan Tradisional Negeri Kelantan

Resepi Nekbat Sira Manisan Tradisional Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 675 hits
Dah lama Cik Sue cari kuih manisan ni dari masa mengandungkan Humaira lagi memang teringin sangat siap kirim kat sesapa balik atau ada di Kelantan tapi masa tu bukan bulan puasa dan memang tak de sedih tul rasa Bila bulan puasa cuba cari ar...
Siklon Tropika Badai Negeri Kelantan Dan Terengganu Pada 2 3 Januari 2019

Siklon Tropika Badai Negeri Kelantan Dan Terengganu Pada 2 3 Januari 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1094 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan fe...
Pertamina Bawa Pulang Minyak Mentah 8 Juta Barel Dari Sumur Luar Negeri

Pertamina Bawa Pulang Minyak Mentah 8 Juta Barel Dari Sumur Luar Negeri

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 255 hits
Presiden Direktur Pertamina Internasional EP Denie S Tampubolon mengatakan Pertamina Internasional EP beroperasi di 12 negara menggarap langsung ladang minyak atau melalui mitra Hal ini dilakukan untuk meningkatkan ketahanan energi nasional
Pertamina Rogoh Usd 174 Juta Tahun Ini Genjot Produksi Blok Luar Negeri

Pertamina Rogoh Usd 174 Juta Tahun Ini Genjot Produksi Blok Luar Negeri

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 375 hits
Angka investasi Pertamina ini meningkat dari tahun lalu yang sebesar USD 110 juta Dari aset hulu di luar negeri tahun ini mencatatkan kenaikan target produksi 112 000 barel per hari dan gas 300 MMSCFD Program kerja utama tahun ini adalah pe...
Kebanyakan Kerajaan Negeri Setuju Naikkan Tarif Air

Kebanyakan Kerajaan Negeri Setuju Naikkan Tarif Air

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 262 hits
Kadar kenaikan 20 peratus masih dalam perbincangan Menteri KUALA LUMPUR Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu kata Menteri Air Tanah dan...
Pulau Pinang Bakal Menjadi Negeri Dilarang Merokok

Pulau Pinang Bakal Menjadi Negeri Dilarang Merokok

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 304 hits
Pulau Pinang merancang untuk mewartakan kawasan larangan merokok di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha untuk menjadi negeri bebas asap rokok Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pertanian dan Industri Asas Tani...
Jtk Majikan Di Negeri Sabah Digesa Patuhi Perintah Gaji Minimum

Jtk Majikan Di Negeri Sabah Digesa Patuhi Perintah Gaji Minimum

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 271 hits
KOTA KINABALU Jabatan Tenaga Kerja Sabah menggesa semua majikan di negeri ini mematuhi pelaksanaan kadar gaji minimum yang diseragamkan di seluruh negara iaitu sebanyak RM1 100 atau RM5 29 sejam yang berkuat kuasa pada 1 Januari lepas Penga...
Perkhidmatan Bas Terawal Di Kelantan

Perkhidmatan Bas Terawal Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 773 hits
Di Kelantan perkhidmatan bas terawal disediakan oleh North Eastern Transport Services yang kini dikenali Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bas yang gambarnya di atas adalah yang beroperasi di Pasir Mas Bas di atas mempunyai nombor pendafta...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap