Pas Assabiqun Ikrar Dukung Taawun Siyasi
KOTA BHARU: Ribuan kalangan Assabiqun melafazkan ikrar bagi mendukung taawun siyasi yang dipelopori PAS dan Umno demi menyatukan orang Melayu dan Islam.Lafaz ikrar itu diketuai Pengerusi Assabiqun Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria di hadapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob.Hadir sama Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Latif.Ramli juga berkata Assabiqun tetap akan terus istiqamah bersama perjuangan PAS bagi melahir Malaysia yang sejahtera.Subky pula berkata, program Hari Assabiqun bermula di Kelantan tahun ini, dan akan diadakan di negeri-negeri lain pada tahun hadapan."Malah saya sudah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS bagi membolehkan diadakan konvensyen menjelang muktamar berlangsung."Melalui konvensyen itu kita boleh mendengar pandangan jasawan yang sudah lama bergelumang dengan parti," katanya.Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, golongan Assabiqun tetap terus istiqamah bersama PAS biarpun sudah lama berjuang.Menurutnya, peranan Assabiqun begitu besar bagi menggerakkan PAS pada peringkat awal dengan menempuh pelbagai halangan dan rintangan.Sempena program itu wakil wakil Assabiqun termasuk dari Sabah dan Sarawak menerima plak disampaikan Timbalan Mursyidul Am.Turut hadir Veteran Umno Kelantan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS. Orang ramai yang hadir turut menikmati gulai kawah pada jamuan rakyat. – HARAKAHDAILY 5/10/2019
LihatCocos Island, Pulau Islam Tetapi Milik Australia.
Pulau CocosCATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Siri 2: Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...Siri 3: Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...Siri 4: Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.Siri 5: Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...Siri 6: Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...Siri 7: Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Pelu...Siri 8: Pesatnya Pertumbuhan Islam Di AustraliaSiri 9: Lawan Stigma Buruk Islam, Muslim Australia Dirikan...Siri 10: Dilema Pekerja Pungut Buah Di Australia?
Siri 11: Orang Balik Pulau (P.Pg), Kini Berada Di Christma...
Siri 12: Jalan Tutup, Beri Ketam Lalu. Keganjilan Tahunan D...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/pas-assabiqun-ikrar-dukung-taawun-siyasi.html