Pas Akan Terus Kekal Bersama Umno Bersatu



Kerjasama antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat akan berkekalan untuk memerintah negara ini mengikut acuan yang dipersetujui.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berpandangan, kerjasama parti Islam berkenaan dengan UMNO dan Bersatu bukanlah semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kerjasama antara Pas dengan UMNO dan Bersatu berbeza kerana ia diasaskan kepada kerangka yang lebih jelas iaitu untuk memastikan dominasi politik Melayu Islam kekal di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas adakah Pas akan mengulangi naratif bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu semata-mata untuk memenangi PRU15.
Ini kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, kerjasama antara Pas dan DAP ketika dalam Pakatan Rakyat yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini hanya bersifat untuk mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Marang itu ialah kerjasama dengan DAP pada asalnya bagi merubah politik Malaysia atas asas ‘agree to disagree’.
“Apa yang Pas perjuangkan selagi dalam kerangka perlembagaan, DAP tak boleh tentang. Tetapi jadi sebaliknya, DAP menentang perjuangan Pas yang dibawa mengikut kerangka Perlembagaan seperti pelaksanaan syariah di Kelantan dan pindaan RUU355 (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
“Situasi ini menyebabkan kerjasama dengan DAP hanya menjadi kerjasama untuk pilihan raya bukan untuk merefomasikan Malaysia,” katanya.
Mengulas isu sama, penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun berpendapat, tidak ada ahli politik yang bekerjasama membentuk blok politik untuk tidak memenangi pilihan raya.
“Itu adalah satu yang agak sukar kita terima. Biasanya apabila mereka bekerjasama, mereka nak mendapatkan manfaat politik daripada itu terutamanya untuk menambahkan kerusi yang mereka nak tandingi.
“Jika Pas kata kali ini mereka bertanding bukan untuk kerusi tapi untuk memastikan kerjasama Melayu-Islam, itu sekadar retorik politik sahaja,” katanya.-SH

The post Pas akan terus kekal bersama UMNO, Bersatu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/22/pas-akan-terus-kekal-bersama-umno-bersatu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pas-akan-terus-kekal-bersama-umno-bersatu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 182 hits
January 9 2021 Seorang penganalisis politik berkata Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah b...
Riuh Antara Umno Pas Bersatu Umpama Alih Perabot Dalam Rumah Hj Hadi

Riuh Antara Umno Pas Bersatu Umpama Alih Perabot Dalam Rumah Hj Hadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 255 hits
Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu ALOR SETAR Perbalahan yang dilihat berlaku membabitkan...
Pas Umno Bersatu Berkeluarga Bunyi Bising Itu Hanyalah Alih Perabot Abdul Hadi

Pas Umno Bersatu Berkeluarga Bunyi Bising Itu Hanyalah Alih Perabot Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 237 hits
by1Media my January 11 20210ALOR SETAR Ketegangan yang berlaku ketika ini khususnya melalui beberapa kenyataan daripada pimpinan pimpinan parti UMNO Bersatu dan PAS dianggap sebagai permasalahan dalaman yang diibaratkan seperti mengalih per...
Selangor Bersatu Says Can Work With Just Pas If Umno Severs Ties

Selangor Bersatu Says Can Work With Just Pas If Umno Severs Ties

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 276 hits
If Umno persists with its proposal to cut ties with Bersatu the party will just collaborate with PAS under the Perikatan Nasional framework said Selangor Bersatu chief Abdul Rashid Asari He said that the party is ready to face the possibili...
Only Kedah Opposition Seats Will Be Negotiated Between Pas Umno Bersatu

Only Kedah Opposition Seats Will Be Negotiated Between Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 280 hits
The only seat negotiations in Kedah between PAS Umno and Bersatu will be on opposition seats said Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor He reiterated that there will be no clashes between the three parties in the next general election becau...
Pas Leaders Meet To Discuss Umno Bersatu Crisis

Pas Leaders Meet To Discuss Umno Bersatu Crisis

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 212 hits
A PAS leadership meeting to discuss the fictitious relations between its two allies Umno and Bersatu is currently underway Key PAS leaders arrived at the party s headquarters in Jalan Raja Laut Kuala Lumpur and the meeting started at 10 thi...
Pas Mahu Umno Bersatu Bergabung Dalam Pru15 Hadi

Pas Mahu Umno Bersatu Bergabung Dalam Pru15 Hadi

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional bergabung semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata ini di...
Pemimpin Pas Bermesyuarat Bincang Kemelut Umno Bersatu

Pemimpin Pas Bermesyuarat Bincang Kemelut Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 273 hits
Haspaizi ZainKepemimpinan PAS hari ini bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik semasa negara khususnya membabitkan hubungan Umno dengan Bersatu Pemimpin utama PAS tiba di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur dan mes...
Pas Kekal Perkukuh Pn Dengan Ppbm Perkasa Mn Dengan Umno Kata Hadi

Pas Kekal Perkukuh Pn Dengan Ppbm Perkasa Mn Dengan Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 220 hits
PAS kekal dengan pendirian untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional bersama PPBM sambil memperkasa kerjasama Muafakat Nasional dengan Umno Menyifatkan kerajaan PN masih kukuh presidennya Abdul Hadi Awang berkata kemelut Umno PPBM hanya...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music