Pas Akan Jadi Parti Besar Kalau Bergabung Dengan Amanah


SESUDAH SUBUH
MENARIK unjuran dibuat oleh Khalid Samad [foto] tentang keupayaan dan kejayaan Pas yang lebih besar dalam pilihan raya lalu sekiranya dalam pilihan raya lalu Pas kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak berpecah sesama sendiri.  
Menurut Khalid kalau Pas tidak meninggalkan Pakatan Rakyat (PR),  tidak mustahil parti agama itu memperolehi lebih 40 kerusi parlimen dan harapannya untuk meletakkan suara Melayu 2/3 di parlimen sudah tercapai

Unjuran itu berdasarkan sekiranya dicampurkan kerusi milik Pas (18) dengan kerusi milik Amanah (11), Pas akan mempunyai 29 kerusi di mana angka itu boleh bertambah hingga 40 apabila ada beberapa kerusi kalau tidak berlaku pertarungan sesama sendiri di antara Pas dengan Amanah kerusi itu akan menjadi milik Pas atau Amanah
Bukan itu sahaja kata Khalid sekiranya Pas kekal dalam PR dengan konsep Pas for All yang dibawa almarhum Tokguru Nik Aziz Nik Mat harapan untuk melihat suara Melayu - Islam menguasai 2/3 dalam parlimen sudah tercapai

Selain itu katanya, Pas juga tentu sudah memiliki atau akan berada dalam kerajaan-kerajaan negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah selepas pilihan raya lalu, disamping mengekalkan Kelantan dan Terengganu.

Khalid membuat unjur dan ulasan itu ketika menjawab pencelahan wakil Pasir Mas (Fadzli Shaari) ketika beliau membahas titah ucapan di raja di parlimen yang bertanya Khalid bertujuan untuk tempelaknya berhubung konotasi khianat berbunyi; "apakah tindakan 18 orang pimpinan Pas yang kalah dalam pertandingan dalam muktamar bertindak keluar parti kemudian tubuh Amanah bukan satu pengkhianatan?"
Khalid adalah antara 18 orang pemimpin Pas yang digolongkan sebagai pro-lib yang keluar Pas dan menubuhkan Amanah

Khalid menjawab pencelahan itu memulang paku buah keras kepada wakil Pasir Mas itu dengan berkata yang melakukan pengkhianatan sebenar adalah Pas kerana telah meninggalkan Pakatan Harapan

Unjuran dibuat Khalid itu ada kebenarannya. Apa yang berlaku satu kerugian kepada Pas keseluruhannya dan tindakan Pas meninggalkan PH dilihat sebagai undur ke belakang. Oleh sebab itu ia patut dinilai semula oleh Pas terutamanya. 
Sekiranya Pas bercita-cita untuk mewujudkan 2/3 suara Melayu - Islam dalam parlimen, maka Pas perlu mengekalkan status dan kedudukannya dalam PH seperti sebelum ini. Cara sekarang ini ialah kembali ke dalam PH dan bekerjasama dengan Amanah

Sebenarnya tidak ada masalah dan halangan kalau Pas ingin berada semula dalam PH. Dengan bergabung dengan Amanah yang kini merupakan parti gabungan PH, secara automatik Pas akan berada sama

Untuk mencapai unjuran dan kecemerlangan Pas seperti digambarkan Khalid itu, parti itu perlu menilai kembali hal ini dan berjiwa besar. Bergabung dengan Amanah adalah lebih baik daripada Pas bermuafakat dengan Umno. Setidak-tidaknya Umno menjadi musuh Pas sejak lebih setengah abad, sementara Amanah Pas baru bermusuh tidak sampai empat tahun. 
Pas perlu ingat dan sedar Umno telah ada rekod mengkhianati Pas sebelum ini dan apa yang berlaku itu tidak mustahil ia akan berulang sekali lagi. 
Rasa takut takut dan benci Pas kepada DAP yang ada sama dalam PH sebenarnya bukan isu atau sesuatu yang perlu ditakuti, bila-bila masa Pas dapat mengatasi kebimbangan yang sengaja diada-adakan itu sekiranya Pas bijak berpolitik. 
Seperkara yang Pas kena akui bahawa belum ada sejarah yang DAP melakukan pengkhianatan kepada Pas seperti mana rekod yang telah dilakukan Umno. Apa yang berlaku Pas hanya mencipta bayangan ketakutan dan kebimbangan kepada DAP tanpa asas yang kukuh. 
Selain itu Pas kena menerima hakikat dan perlu mengambil peluang, kalau bersama PH dan ada sama DAP, DAP bukan menjadi penghalang kepada Pas untuk muncul sebagai sebuah gabungan kuat sehinggalah untuk menjadi parti utama, kerana DAP tidak mempunyai peluang untuk menguasai pakatan seperti mana Pas dengan kedudukannya sebagai parti yang telah dikuncikan dengan persepsi ia sebuah parti Cina sedangkan negara ini pula dianggap sebagai Melayu adalah tuannya. 
Masa masih ada kalau Pas sedia untuk memperbetulkan perjalanan politiknya. Sekali saya katakan Amanah juga tidak menolak kalau Pas sedia bergabung dengannya bagi memperkuatkan politik Islam realis yang berasaskan Melayu. [wm.kl.10:07 am 28/07/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/07/menarik-unjuran-dibuat-oleh-khalid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Khianat Rakyat Dulu Lompat Ke Parti Amanah Tak Khianat Ke Soal Adun Pas

Pn Khianat Rakyat Dulu Lompat Ke Parti Amanah Tak Khianat Ke Soal Adun Pas

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 256 hits
Saari Sungib SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib tidak reda dengan pertukaran kerajaan Persekutuan sekarang kerana menganggap Perikatan Nasional telah mengkhianati mandat rakyat Kata Ketua Parti Amanah Negara Gomba...
Pas Hanya Tunggang Agama Kata Amanah

Pas Hanya Tunggang Agama Kata Amanah

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 329 hits
Naib Presiden AMANAH Ustaz Hasanuddin berkata beliau boleh bersabar dengan tingkah laku buruk itu Tetapi saya terlalu sedih melihat beberapa Ahli Parlimen Melayu Islam yang kononnya banyak ilmu tersengih melihat teguran teguran yang cuba di...
Perkara Besar Bakal Berlaku Bagi Parti Kecil Sabah

Perkara Besar Bakal Berlaku Bagi Parti Kecil Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 278 hits
Durie Rainer Fong KOTA KINABALU Penganalisis politik berkata perubahan mungkin sedang berlaku bagi sebuah parti yang kurang dikenali di Sabah berikutan langkah memilih bekas menteri persekutuan sebagai presiden barunya Parti Cinta Sabah sal...
Pas Parti Islam Yang Tak Malu Kata Tony Pua

Pas Parti Islam Yang Tak Malu Kata Tony Pua

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 276 hits
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menyelar tindakan PAS yang mengadakan kunjungan terhadap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Menurut Ahli Parlimen Damansara itu tindakan parti yang berdasarkan agama Islam itu sebagai...
Kebodohan Penasihat Agama Parti Amanah

Kebodohan Penasihat Agama Parti Amanah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 239 hits
Apabila Najib Razak telah dijatuhkan bersalah pada peringkat perbicaraan awal di Mahkamah Tinggi Ada pimpinan PAS pergi menziarahi Najib Razak Akhbar bodoh AMANAH Malaysiadateline telah menjadikan ini sebagai isu Manakalah Timbalan Penasiha...
Ruu355 Amanah Lagi Baik Berbanding Pas

Ruu355 Amanah Lagi Baik Berbanding Pas

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 261 hits
PARTI Amanah disifatkan oleh Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Fahmi Fadzil Noor sebagai lebih baik sebagai kerajaan berbanding Pas berhubung penggubalan dasar dan undang undang Pernyataan itu dibuat susulan parti itu dilihat berjaya membaw...
Lompat Parti Umpama Khianat Amanah Rakyat Dr Mahathir

Lompat Parti Umpama Khianat Amanah Rakyat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 308 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melupakan janji ketika Pilihan Raya Umum lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ra...
Pas Anggap Lucu Amanah Tetap Sokong

Pas Anggap Lucu Amanah Tetap Sokong

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM Pas menyifatkan permohonan mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mengemukakan perkara itu ke mahkamah sebagai lucu dan tidak...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad