Pas Ajak Pemuda Ph Lembah Pantai Sertai Program


Anne Muhammad 
   
PAS menjemput Pemuda PH Lembah Pantai untuk sama-sama menghadiri program anjuran parti itu bersama Umno yang membincangkan isu semasa di kawasan berkenaan malam ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad, berkata pihaknya terbuka jika Pemuda PH kawasan berkenaan mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan.

Jemputan itu dibuat selepas Pemuda PH Lembah Pantai membuat laporan polis susulan penyebaran poster hebahan program melibatkan Umno dan PAS di sebuah surau kawasan berkenaan.

"Saya jemput mereka datang sekali malam ini, sekiranya ada benda tak betul, mereka boleh tegur malam ni, tak perlu takut dengan program sampai nak buat laporan polis," katanya.
IklanBagaimanapun ditanya lanjut mengenai program tersebut, Kamaruzaman meminta Malaysiakini bertanya terus kepada penganjur.

Kata Kamaruzaman dia hanya dijemput untuk bercakap mengenai isu-isu semasa dalam negara.

"Saya rasa tak wajar mana-mana pihak menyekat, melainkan isu-isu yang disentuh yang jelas bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan negara dan boleh ambil tindakan," katanya.

Bukan bawah Jawi Mendakwa sekarang "banyak" isu melibatkan kepentingan Islam dan Melayu harus dibincangkan, Kamaruzaman berkata, tempat yang sesuai untuk melakukan hal itu ialah di surau.

"Bincang di suraulah. Nak bincang di mana lagi? Kan itu tempat orang Islam berkumpul, saling berkomunikasi antara satu sama lain

"Jadi saya rasa tak wajarlah Pemuda PH untuk buat laporan polis,” katanya.
Muhammad Zulhafiz (dua dari kanan) selepas membuat laporan polis petang tadiTerdahulu Pemuda PH Lembah Pantai bersama majlis perwakilan penduduk kawasan itu membuat tiga laporan polis berkaitan penganjuran program berkenaan di Balai Polis Jalan Travers.

Ketua Pemuda Amanah Lembah Pantai, Muhammad Zulhafiz Zulkifli, memberitahu Malaysiakini, tindakan tersebut bertentangan dengan titah salah seorang sultan yang tidak berkenan apabila masjid dan surau digunakan untuk aktiviti politik kepartian.

Merujuk kepada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Muhammad Zulhafiz berkata, melalui poster yang dilihatnya, program di surau tersebut bertajuk “Penerangan isu semasa: Kendurian Penyatuan Ummah”.

Selain Kamaruzaman, turut ditampilkan ialah Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Umno Lembah Pantai Ramlan Askolani.

Sementara itu, Kamaruzaman ketika diminta mengulas tindakan laporan polis dantitah Sultan Perak, beliau berkata: "Itu kena tanya penganjur kerana saya dimaklumkan surau tersebut bukan di bawah Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)."




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pas-ajak-pemuda-ph-lembah-pantai-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Ajak Kj Sertai Bersatu

Syed Saddiq Ajak Kj Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 559 hits
Melalui satu hantaran di Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjemput bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyertai Bersatu Memandangkan Umno PAS menjadi lebih ke kanan sudah tiba masanya untuk Bersatu meletakkan kedudukannya sebag...
Husam Pelawa Pas Sertai Ph Bersama Kuburkan Umno

Husam Pelawa Pas Sertai Ph Bersama Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 325 hits
NAIB Presiden Parti Amanah Negara Datuk Husam Musa hari ini mempelawa PAS untuk mempertimbangkan tawaran menyertai Pakatan Harapan supaya dapat menjadi kerajaan Husam berkata ini adalah masa terbaik untuk PAS dan pemimpinnya berfikir jika t...
Pihak Bermasalah Tidak Perlu Ajak Orang Lain Sertai Mereka Mb Kelantan

Pihak Bermasalah Tidak Perlu Ajak Orang Lain Sertai Mereka Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 376 hits
Pas sekali lagi mengulangi pendirian bahawa agenda Gagasan Sejahtera dan Penyatuan Ummah adalah lebih baik daripada bergabung dengan Pakatan Harapan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata pihak yang bermasalah seperti PH tidak ...
Pemuda Umno Malaysia Pelawa Anak Muda Sertai Skuad Sabil

Pemuda Umno Malaysia Pelawa Anak Muda Sertai Skuad Sabil

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 502 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan untuk menyertai Skuad Sabil anjuran pergerakan tersebut Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Skuad Sabil ni ditubuhkan dengan mengambil...
Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 365 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengajak semua parti politik Melayu untuk bersama sama menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan ia termasuklah UMNO yang dilihat bertujuan bagi menguatkan kuasa politik Melayu sebag...
Anak Muda Tunggu Pru 15 Hukum Ph Dewan Pemuda Pas

Anak Muda Tunggu Pru 15 Hukum Ph Dewan Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 414 hits
Dewan Pemuda Pas yakin golongan muda kini hanya menunggu masa dan menanti Pilihan Raya Umum Ke 15 bagi menghukum kerajaan Pakatan Harapan Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata dalam konteks pilihan raya lalu tidak dinafikan sememangnya...
Gara Gara Tak Berkasut Di Pantai Port Dickson Kaki Gadis Ini Bengkak Dimasuki Cacing

Gara Gara Tak Berkasut Di Pantai Port Dickson Kaki Gadis Ini Bengkak Dimasuki Cacing

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 749 hits
Ada yang terfikir nak pergi pantai tak hujung minggu ni Haa kalau korang nak pergi pantai dan berjalan jalan di persisiran tu hati hati dan make sure pakai kasut kalau tak nak jadi macam gadis kat bawah ni Menurut posting yang dikongsikan N...
4000kg Sisa Plastik Dikutip Di Pantai

4000kg Sisa Plastik Dikutip Di Pantai

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 237 hits
Sebanyak 4 000 kilogram sisa plastik berjaya dikumpul menerusi program pembersihan pantai melibatkan sembilan lokasi di seluruh negara JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner