Paru Sambal Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa



Hari pertama Ramadhan dan juga hari pertama saya tidak lagi bekerja di bulan Ramadhan. Saya bercadang untuk menghabiskan masa dengan bersolat setiap waktu secara berjemaah di surau. Namun manusia hanya merancang tapi hanya Allah juga yang menentukan. Bila Ramadhan pertama selepas saya bersara, saya juga terkurung di rumah. 

Hari pertama Ramadhan saya masuk agak lewat ke dapur. Selepas solat Zohor, saya mengaji beberapa helai sebagai mendisiplinkan diri. Setelah selesai baru saya masuk ke dapur. Itu pun memasak secara slow and steady sahaja. Tak ada nak cepat cepat, takut penat. Malam nanti nak mengerjakan solat terawih dan solat malam pula. 

Bila teringat, sambil mengupas bawang atau mengacau lauk di kuali, saya berzikir. Bila hadir kuliah agama di surau tempat saya bekerja, itu yang selalu dipesan oleh ustaz dan ustazah. Satu zikir yang kita ucapkan akan digandakan pahalanya. Dah sekarang dok di dapur, saya cubalah amalkan apa apa yang diajar. Manusia kan mudah leka, begitu juga saya. Yang penting, bila ingat, cepat cepat kita lakukan.


Hari ini saya menyediakan paru sambal, ayam masak lemak kuning, udang dan kacang buncis goreng dan ketupat sotong. Telah lama nak makan ketupat sotong tapi asyik tak jumpa sotong. Kebetulan hari ini, Hubby ke Jaya Grocer, jadi bila ada sotong, dia terus membelinya. Insya Allah saya akan buat entri untuk ketupat sotong di masa akan datang. 

Paru sambal adalah antara lauk kegemaran anak anak saya terutama Nelly, Juita dan Aween. Kalau tahun tahun sebelum ini, bila ke bazar Ramadhan, lauk ini lah yang mesti mereka beli. Jadi itulah sebabnya lauk hari pertama Ramadhan yang saya sediakan ialah paru sambal. 

Untuk hari ini, saya ingin kongsikan resepi paru sambal yang saya belajar dari pembantu gerai Indonesia yang membantu mak cik yang berniaga di gerai belakang Shell di seksyen 7 Kota Damansara. Setiap kali ke gerai, memang lauk ini yang dipilih. Oleh kerana Mak cik telah meninggal baru baru ini, jadi dia sekarang telah bekerja di restoran lain. 

Resepi ini saya minta ketika dia masih berjualan di gerai tersebut. Saya memang lah kalau rasa sedap jer, mesti nak menanya resepi. Ketika itu, mak cik tuan punya gerai sedang sakit. Cuma yang dipesan, sambal mesti dimasak lama lama, jadi ianya tahan lama. Sambal ini juga boleh disiram atas ikan keli goreng atau telur rebus goreng untuk dijadikan lauk berlado.

Masa berbuka, saya tidak habis habis menyebut sedapnya paru sambal ini. Secukup jer rasanya walaupun memasak di bulan Ramadhan ni, bukan boleh merasa. Memang sangat sedap pada selera. Hubby dan anak anak juga makan paru sambal dengan begitu berselera. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangam lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Paru Sambal Yang Sangat SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg paru 6 tangkai cili merah - saiz besar8 biji bawang merah4 ulas bawang putih1- 2 batang serai - ketuk½ sudu kecil garam atau secukupnya1 sudu besar gula perang
Cara cara:Paru direbus dengan asam keping, halia dan serai serta sedikit garam sehingga empuk. Pastikan benar benar empuk. Angkat, tos, sejukkan dan dihiris nipis. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit.


Goreng hingga garing tapi jangan terlalu garing. Nak tahu garing, kena tengok minyak tidak lagi berbuih besar.


Tumis bahan kisar dan serai dengan api perlahan sehingga terbit minyak. Yang ini sangat penting, mesti dimasak lama.

Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Masukkan paru yang telah digoreng dan gaul rata.



Nota:Sambal ini boleh disimpan dan disiram atas ikan yang digoreng juga untuk menjadi seperti ikan keli berlada atau telur berlada.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/paru-sambal-yang-sedap-untuk-berbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Penyet Pedas Menyengat Untuk Berbuka Paling Senang Sedap Patutlah Share Sampai 36k

Sambal Penyet Pedas Menyengat Untuk Berbuka Paling Senang Sedap Patutlah Share Sampai 36k

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 325 hits
Makanan pedas sudah semestinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa bersama keluarga Tak sah jika tiada menu bersambal mahupun sambal belacan pelengkap hidangan Sajian Nasi Ayam Penyet yang lengkap dengan ayam sambal dan sayur sayura...
30 Resipi Untuk 30 Hari Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Mudah Disediakan Confirm Sedap

30 Resipi Untuk 30 Hari Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Mudah Disediakan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 833 hits
Perkara yang paling pening untuk para ibu tentulah nak memikirkan apa resipi untuk masak juadah berbuka dan juga bersahur kan Dalam artikel ini ada 30 resipi untuk panduan para ibu semua sepanjang bulan puasa Selamat mencuba Assalamualaikum...
Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy

Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 768 hits
Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy Setiap orang ada menu kegemaran masing masing time nak berbuka Kalau saya lebih suka nasi dengan lauk ayam kari atau masak lemak cili api Air panas kopi tarik Cukuplah En suami pula dari ha...
Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang Menu Berbuka Puasa Paling Ringkas Dan Sedap

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang Menu Berbuka Puasa Paling Ringkas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 760 hits
Sotong Goreng Kunyit Dan Kacang Panjang Paling Ringkas Dan Sedap Sepanjang bulan Ramadan dan masih dalam PKP ni sure sesekali otak buntu nak masak apa kan Tak kan asyik nak beli online je sesekali bolehlah kalau setiap hari mau koyak The po...
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 723 hits
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde onde versi Lea Azleeya Ahakz Dah lama nak buat tapi tertangguh tangguh Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan...
Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 687 hits
assalamualaikum salam sejahtera dah pun Ramadhan ke 5 alhamdulillah kita semua masih lagi sihat walafiat maintain duduk rumah ye korang semua PKP fasa ke 4 akan bermula maka please la maintain duduk rumah jaga kebersihan hanya ketua keluarg...
Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Hari Pertama Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 404 hits
Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami dan anak kecilnya menerusi Instagram Elfira Loy berkongsikan kisah lucu pada hari pertama berbuka puasa The post appeared first on
Menu Berbuka Puasa Ketiga

Menu Berbuka Puasa Ketiga

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 635 hits
Assalammualaikum Tengah fikir menu apa untuk berbuka MV kongsikan menu berbuka hari ketiga MV iaituIkan masak tiga rasaTomyam campurSotong kangkung Apam Nasi Jus NenasSagu Gula Melaka Semuanya dimasak dengan penuh kasih sayang dari dapur ke...
Menu Berbuka Puasa Kedua

Menu Berbuka Puasa Kedua

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 781 hits
AssalammualaikumAlhamdulillah Menu berbuka puasa kedua Ayam penyet Ayam Belado Sagu gula melakaJus tembikai sagu gula melakaMencuba untuk menyediakan juadah walaupun tak sehebat mana
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids