Paru Goreng Istimewa



Hari ini adalah hari pertama kita berada dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Fasa ketiga bermula hari ini sehingga 28 April 2020. Ini bermakna Ramadhan disambut dengan kita semua berada di rumah. Jadi banyak aktiviti yang kita boleh lakukan seperti mengaji, berzikir dan memasak untuk juadah berbuka dan bersahur. 

Insya Allah Juita akan balik ke Malaysia tidak lama lagi. Jika masih disyaratkan kuarantin, bermakna kami akan dapat bersama hanya minggu ketiga Ramadhan. Apa apa pun doakan semoga negara kita berjaya memutuskan rangkaian virus covid 19 supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 

Anak anak saya memang suka makan paru goreng berlado. Kalau mereka ke bazar Ramadhan, boleh dikatakan setiap hari mereka membeli lauk ini. Hubby juga suka beli lauk ini kalau pun dia singgah sendiri sebab dia tahu ianya lauk kegemaran anak anak. 
Sebenarnya dah lama saya tak ke bazar Ramadhan. Balik dari pejabat, kami balik ke rumah dan akan ke bazar Ramadhan dengan anak anak. Atau kami terus singgah dan saya akan menunggu di dalam kereta sahaja. 

Maklumlah bulan Ramadhan ni, kena bukan sahaja puasa menahan lapar dahaga tapi juga kena jaga pancaindera. Tak mahu pahala puasa berkurangan dan sehingga akhirnya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. 
Dengan erti kata lain, setiap pagi markah puasa kita ialah 100. Selagi kita tidak melakukan perkara yang ditegah sehingga tiba waktu berbuka, markah puasa tidak akan ditolak. Jadi kena jaga ini supaya kita mendapat markah setinggi tingginya. 

Berbalik pada paru pula, kali ini saya ingin menggoreng sahaja. Saya selalu makan paru goreng seperti ini bila bersarapan dengan nasi lemak. Tapi saya lupa di mana saya makan paru goreng seperti ini. Ianya sangat lembut. Tidak keras atau rangup seperti yang biasa dijual. 
Alhamdulillah kerana akhirnya saya berjaya menyediakan sendiri paru goreng istimewa ini. Saya pelajari resepi ini di SINI. Sedap sangat sangat. Kepada mereka yang suka paru, boleh cuba. Anak saya Nana, memang tak makan segalanya jenis organ dalaman ni. 
Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Video penyediaannya saya kongsikan di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk rujukan di masa depan.  Selamat mencuba...


Paru Goreng IstimewaOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:1 kg paru1 inci halia - tumbuk halus1 sudu kecil serbuk kunyit4 sudu besar kicap pekat1 sudu besar gulaGaram secukup rasaMinyak untuk menggoreng
Cara-cara:Bersihkan paru. Rebus dengan garam dan asam keping dalam periuk Noxxa selama 30 minit. Dengan cara ini, tekstur paru lebih rangup dan baunya pun kurang hanyir.
Angkat dan sejukkan sebelum dihiris nipis. Satukan semua bahan dan perap pada paru. Ketepikan.



Di dalam kuali, panaskan minyak. Paru digoreng secara deep fried menggunakan api sederhana.  
Ketika mula mula di goreng, minyak akan berbuih besar, bila buih besar mulai hilang, boleh angkat. Paru akan kelihatan garing dan berkilat. 


Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/paru-goreng-istimewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 806 hits
Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam Akhirnya saya dapat idea tulis entri ni yang paling sempoi dan senang nak buat bahan tambahan untuk menu nasi ayam Nasi ayam tak perlu ajar kan Semua dah tahu Kita belajar yang khusus je i...
Resipi Mee Goreng Sardin

Resipi Mee Goreng Sardin

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 847 hits
Resipi Mee Goreng Sardin Haaa Mee Goreng Sardin Apa rasanya Rasa sardin lah Sama juga macam nasi goreng sardin Beza nya kita pakai mee Selalu nasi goreng sardin kan Apa kata kali ni anda try buat mee goreng sardin pula Asal buat mee goreng ...
Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

Pisang Goreng Rangup Yang Nostalgia

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 863 hits
Goreng pisang rangup yang sangat nostalgia Bayangkan saya makan pisang goreng rangup yang dijual oleh Kak Rodah ketika saya masih di sekolah menengah rendah Ketika itu balik sekolah jer hari hari mesti cari pisang goreng Dia berjual di waka...
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 1052 hits
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging Sarapan apa pagi ni kekawan Cuba tengok kat peti sejuk korang apa yang ada Saya pun tak pasti nak masak apa untuk breakfast sebab dah tepu otak memikirkannya Kat bucu kabinet ada sebung...
Resepi Kuih Kasidah Bersama Bawang Goreng

Resepi Kuih Kasidah Bersama Bawang Goreng

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 828 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan musim PKP ni memang kena cari kerja untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumahkan Scroll di wall fb ternampak pulak kuih kasidah ni Alahai lamanya tak makan Cari cari resepi kuih kasidah n...
Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas Menyengat Tapi Sedap Tau

Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas Menyengat Tapi Sedap Tau

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 888 hits
Beberapa hari lepas aku masak nasi goreng kampung campak campak saja Walaupun hanya nasi goreng kampung yang biasa biasa saja tapi bagi suami dan anak anak aku sedap ya amat Sekejapan hidang di meja makan terus licin dengan siap bertambah t...
Resep Sambal Bada Alias Sambal Goreng Teri Petai

Resep Sambal Bada Alias Sambal Goreng Teri Petai

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 223 hits
Resep sambal bada alias sambal goreng teri petai Nikmatnya bikin kepingin nambah nasi
Kena Sidak Petugas Penjual Nasi Goreng Memang Corona Keluar Jam Berapa

Kena Sidak Petugas Penjual Nasi Goreng Memang Corona Keluar Jam Berapa

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 387 hits
Kejadian kocak kembali meramaikan media sosial Kali ini seorang penjual nasi goreng melontarkan pertanyaan tak terduga ketika seorang petugas sedang melakukan sosialisasi agar masyarakat rajin mencuci tangan Video kocak viral di Twitter itu...
Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

Resepi Nasi Goreng Ayam Bersama Daun Kucai

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 1115 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBAHAN BAHANBawang merahIsi ayamNasi putihMinyakDaun kucaiDaun limau purutPes cili bohSos ciliKicap kicap soyaGula garamCARA MEMBUAT 1 Panaskan minyak masukkan bawang bersama isi ayam dan masukkan sedikit p...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan