Part 4 Sky Deck Sky Box Menara Kl
assalamualaikum..
😊 salam sejahtera. salam keindahan di pagi hari Khamis
sambung lagi kisah kembara rombongan cik kiah ke Menara KL
Part 1 dan Part 2. klik la ye if terlepas. sgt berkait citer-citer ni 😄
lebih-lebih lagi gambar-gambar ohsem kami di Skybox di Part 3
aduhai, 😅😅😅 amik masa betul la nak sambung part 3 ni
Menara KL ni adalah building yg wajib kita gi as Malaysian
ni kali kedua saya ke Menara KL
anak-anak dah besar, wajiblah bwk diorang terjah bangunan terkemuka di negara ni
and alhamdulillah, diorang super duper excited
keletihan hasil dari hiking TERKL tadi, kami berjalan naik ke Menara KL dgn relax and steady
😄 tak dpt lah nak berjalan laju-laju lagi
pagi-pagi tu masih tak ramai org. lega je suasana. kami bebas bergambar di mana-mana ceruk pun
ekslusif gitew
cantik, kan? bukan saya yg cantik lah - tu hah, Menara KL belakang tu hah 😆 hi hi hi hi..
gambar Menara KL di balik pokok pisang tu adalah gambar dari tepi jalan je
lom lagi sampai kaki menara! kat luar, jalan besar nun jauh di bawah..
dari Go KL bus stop, kami berjalan agak jauh la jugak nak ke TERKL tu
so, santai-santai ajer la kami berjalan, kan... nampak je port baik utk amik gambar, tak la dilepaskan peluang
anak-anak yg ikut rombongan cik kiah ke Menara KL 😅
anak-anak buat aksi melompat 😆😆😆.
then sambung melangkah ke Menara KL.
santai... relax... org lom ramai, tu yg best.
indah...
bersama adik pompuan bongsu 😌😍😍😍
belum lagi naik ke Sky Deck, terasa keseronokannya dah.
tu la sebabnya kami-kami ni set date ajak anak-anak yg ramai ni ke sini.
dah tau dah diorang sure excited tahap maksima.
dlm lift nak ke atas tu, anak-anak memasing tak boleh diam
tinggi!!! tapi kejap je sampai ke atas
amazing..
anak bertuah sorang ni - Muhammad Izzat 😳 😒.
ada ke patut dia buat riak muka gitu? satu gambar je plak tu sempat snap sebelum dipanggil masuk lif.
sebelum saya kongsi lebih lagi, 👇 saya tempek dulu harga tiket yg kami dpt ari tu
kebetulan ada promosi di website Menara KL
so kami follow jer la harga promosi tu. mahal la juga. tapi murah la dari biasa
RM71 utk dewasa. beli 2 tiket, 4 kanak-kanak free.
maka, kami beli 5 tiket dewasa je.
promosi gempak cuti sekolah - Sky Deck, Sky Box & Observation Deck - complete 😊.
Sky Deck 👆. utk ke Sky Box kena amik nombor. beratur 👇.
setiap nombor giliran - ada limit masa utk berada di Sky Box iaitu 1 minit 30 saat
ada en. guard yg menjaga masa 😎. satu nombor giliran = 4 org dewasa boleh berada di Sky Box pada satu-satu masa. kami-kami ni dpt lah 3 nombor giliran sebab kami 11 org. ok la tu
Sky Box 👆.
tu saya tu 👆.
memula nak pijak lantai cermin tu = 😖😖😖 😰😰😰😰.
Allah je Maha Tahu betapa gayatnya diri ini...
1 minit 30 saat yg pertama - kami 👆
1 minit 30 saat yg kedua - kami 👆
1 minit 30 saat yg terakhir - anak-anak je 👆
Syuhada & Ayuni. sebaya. sorang lahir Januari 2007 and sorang lagi November 2007.
ni lah rashia kesempurnaan gambar kami di Sky Box yg saya paparkan di Part 3.
sebab ada photographer yg ohsem dan sporting 👍.
mcm2 gaya disuruhnya kami buat. dlm masa 1 minit 30 saat tu, memang byk la gaya yg kami buat.
cukup masa tau.
jgn kelam-kabut.
en.guard penjaga masa pun tak la strict, selagi kita jaga tingkah laku di Sky Box tu.
tugas dia kena kawal. agar selamat para pengunjung yg ada di Sky Box tu. ada cctv jugak.
nampak tak tu?
anak-anak sgt hati-hati time nak bangun. diorang pun kecut perut bila dok situ 😄😄😄.
da abis 3 round bergambar di Sky Box, kami pun bersiar-siar la kat Sky Deck.
lama juga kami spend time kat atas tu. bergambar. berborak. anak-anak spend masa selfie.
da byr tiket mahal, mestilah nak spend time lama-lama, kan. baru la berbaloi.
masa tu angin sepoi-sepoi bahasa je. nyaman 😌.
melihat-lihat panorama KL dari nun atas menara. cuaca sgt la cantik.
me and anak-anak 😍.
anak-anak bertujuh 😀. peratikan Ijat tu hah, again buat riak muka tak proper 😒.
anak-anak sulung.
4 beradik warga emas 😄.
ni la dia kakak sulung saya. maintain muda dan energetic meskipun berusia 50-an.
mak long kesayangan anak-anak buah 😊.
😀😀 kat tangga pun jadik tempat bergambar. tapi anak-anak kecik jer lah.
kalu mak-mak yg panjat tangga tu, mahu nyer menjerit en. guard 😆😆. dah buat tebiat ke hape???
then settle. kami beli gambar.
3 keping RM120. dpt la softcopy yg photographer snap kan tadi tu. gambar ohsem yg korang boleh tgk kat entry Part 3.
korang yg boleh naik ke Sky Deck Menara KL, sila lah...
bwk anak-anak. releks kan minda di mercu tanda terkemuka di Malaysia.
bila berada di atas sana, sgt mengubah pandangan saya terhadap mercu tanda ni.
ohsem
bila kita dah ada di sini, barulah layak kita naik mercu tanda serupanya di negara lain
😊 😊 😊ok next - Part 5 : Observation Deck Menara KL
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2020/01/part-4-sky-deck-sky-box-menara-kl.html