Parlimen Tergantung Tumpuan Kini Terarah Ke Istana Negara




KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov 2022 mencatat sejarah kerana buat kali pertama, Malaysia mengalami Parlimen yang tergantung.

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi yang menyaksikan tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri.
Ini kerana, tiada satu pun yang mencapai jumlah majoriti yang diperlukan, iaitu 112 kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pas pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).

Sementara itu, tiga bahagian Parlimen tidak diumumkan iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca.
Tumpuan kini terarah ke Istana Negara kerana tanpa kepastian yang jelas, kini mungkin wujud 'hung Parliament' atau Parlimen tergantung.

Parlimen tergantung adalah situasi di mana tiada parti politik atau pakatan parti politik tertentu yang mempunyai jumlah ahli atau kerusi Parlimen yang terbanyak.
Difahamkan, SPR akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan keputusan rasmi PRU15 dan pemimpin parti politik juga dijangka menghadap baginda hari ini.
 
Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memilih Perdana Menteri walaupun tiada gabungan politik dominan atau mendapat majoriti mudah selepas keputusan PRU15.
Pemerhati politik berpendapat, rundingan bagi membentuk kerajaan campuran boleh berlaku sebelum atau selepas Seri Paduka Baginda melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat undi kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

Kejayaan rundingan itu bergantung kepada kewibawaan pemimpin untuk membentuk kerajaan gabungan yang kukuh dan stabil.
Selepas pelantikan Perdana Menteri dibuat, rundingan bagi mewujudkan kerajaan campuran boleh diadakan melalui pembentukan kerajaan minoriti.

Mengikut Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara melantik Perdana Menteri mengikut proses yang ditetapkan Perkara 43(2)(a)  tanpa terikat dengan mana-mana konvensyen negara luar termasuklah Westminster.
Perdana Menteri yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong jika tiada gabungan politik yang dominan boleh diuji sama ada mampu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat selepas dilantik.

Kepercayaan itu boleh dibuktikan sama ada melalui proses undi percaya di Parlimen, jumlah sokongan akuan bersumpah (SD) atau kaedah lain yang boleh memuaskan hati baginda.
Ia melainkan tiada usul tidak percaya dikemukakan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri.
Apa yang pasti, apa yang rakyat harapkan, untuk tempoh lima tahun akan datang, Malaysia dipimpin Perdana Menteri dan sebuah pentadbiran oleh kerajaan yang berupaya mengharungi pelbagai cabaran mendatang.

Pembentukan kerajaan yang stabil bakal mentadbir negara, terutama menghadapi ribut ekonomi global dijangkakan melanda dunia tahun hadapan dan pemulihan negara pasca pandemik COVID-19 yang sebelum ini diburukkan lagi dengan ketegangan geopolitik, inflasi dan krisis makanan.

- Astro Awani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2022/11/parlimen-tergantung-tumpuan-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Campuran Ph Bn Benarkah Zahid Telah Menghantar Surat Kepada Istana Negara

Kerajaan Campuran Ph Bn Benarkah Zahid Telah Menghantar Surat Kepada Istana Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 215 hits
Isyarat sejak 2008 tapi Umno angkuh bodoh KadirMalaysiakiniTokoh wartawan negara A Kadir Jasin berkata isyarat kepada Umno telah diberikan pengundi sejak pilihan raya umum pada 2008 namun menurutnya pemimpin Umno terlalu angkuh untuk meneri...
Istana Negara Bentuk Gabungan Kerajaan Serah Nama Calon Pm Sebelum 2 Petang Esok

Istana Negara Bentuk Gabungan Kerajaan Serah Nama Calon Pm Sebelum 2 Petang Esok

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Istana Negara memberitahu pemimpin parti dan gabungan yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk bekerjasama membentuk kerajaan Mereka turut diminta mengemukakan nama calon perdana menteri kepada Istana Negara...
Ge15 Art Harun Arrives At Istana Negara

Ge15 Art Harun Arrives At Istana Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 177 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun was seen arriving at Istana Negara at 1 30pm on Tuesday With only 30mins before the King s deadline no political leaders have been seen arriving at Istana Negara yet It was report...
Istana Negara Dikawal Rapi

Istana Negara Dikawal Rapi

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 259 hits
Sebaiknya ada tempoh bertenang yang sesuai Tidak perlu terburu buru dalam pembentukan kerajaan baru jika tiada parti perolehi majoriti
Polis Tutup Lencong Laluan Berhampiran Istana Negara Bermula 7 Malam Ini

Polis Tutup Lencong Laluan Berhampiran Istana Negara Bermula 7 Malam Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Polis menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara di sini bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor Beliau berkata lencongan jalan dilaksana...
Kami Silap Ketua Hakim Negara Tak Letak Bawah Parlimen Kata Gta

Kami Silap Ketua Hakim Negara Tak Letak Bawah Parlimen Kata Gta

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 151 hits
Pengerusi GTA Dr Mahathir Mohamad melancarkan manifesto PRU15 gabungan itu semalam yang disifatkannya sebagai realistik PETALING JAYA Gerakan Tanah Air mengeluarkan ikrar yang meletakkan jawatan ketua hakim negara di bawah bidang
Dari Pas Sertai Amanah Kini Ahli Dap Calon Ph Parlimen Gerik

Dari Pas Sertai Amanah Kini Ahli Dap Calon Ph Parlimen Gerik

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 234 hits
Tarmizi Mohd Jam mahu sampan dan dayung di tangan Ng Xiang YiBekas pengarang Harakah dan pemimpin Amanah Tarmizi Mohd Jam pada mulanya ragu ragu dengan label negatif yang dikaitkan dengan DAP Namun dia terkejut apabila keluarga dan rakan ra...
Laungan Reformasi Ketika Penyokong Pkr Berkumpul Di Istana Negara

Laungan Reformasi Ketika Penyokong Pkr Berkumpul Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 145 hits
Elill EaswaranKUALA LUMPUR Sekumpulan penyokong PKR berkumpul di luar Istana Negara di sini sambil melaungkan Reformasi Sementara itu Malaysiakini melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dipanggil menghadap Yang di Pertuan Agong ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse