Parlimen Perlu Dijadikan Sebagai Suruhanjaya Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya institusi Parlimen dijadikan sebagai sebuah suruhanjaya.
Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata cadangan mewujudkan Suruhanjaya Parlimen tersebut adalah bagi menjadikan institusi perundangan tertinggi dalam negara itu berupaya berfungsi sebagai sebuah kuasa yang disegani dan bebas daripada kuasa eksekutif.
“Punca kuasa Parlimen harus berdiri sebagai independent (bebas) supaya tidak dilihat sebagai salah sebuah cabang yang masih bernaung di bawah pihak eksekutif sementara dana datang daripada Kementerian Kewangan semata-mata.
“Kita mahu Parlimen mempunyai jawatankuasa-jawatankuasa tersendiri yang mempunyai punca kuasa dan juga punca dana yang tersendiri,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Laporan tersebut dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Khamis lepas.
Nurul Izzah berkata cadangan tersebut juga seiring dengan hasrat Dr Mahathir untuk melaksanakan reformasi institusi Parlimen.
Pada pembentangan tersebut, Dr Mahathir juga berkata Akta Perkhidmatan 1963 akan dikembalikan dalam usaha meningkatkan autonomi Parlimen.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membahaskan usul tersebut berkata Parlimen mesti ada kebebasan sendiri untuk mentadbir urus isu dalamannya.
Menyokong reformasi Parlimen, beliau berharap transformasi Parlimen dilaksanakan sebaik mungkin bagi memantapkan perjalanan institusi itu.
“Saya harap tidak ada beza dalam Parlimen, yang berbeza speaker, perdana menteri sebagai ketua dewan, timbalan perdana menteri dan ketua pembangkang. Hanya mereka ini yang ada perbezaan. Yang lain (anggota parlimen) sama ada menteri atau tidak, mereka hanya punyai kuasa untuk bawa usul,” katanya.
Wan Junaidi turut menyentuh isu larangan merokok di bangunan Parlimen oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa 15 Okt lepas dengan mengatakan tindakan KKM itu mempunyai tujuan baik namun tidak menggunakan cara yang betul bagi pelaksanaan larangan.
“Niat baik tapi salah cara, minta (kebenaran) dengan speaker dahulu, kalau speaker kata ya, baru boleh buat. Speaker juga kena berbincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan,” katanya.
Media, selepas isu larangan itu dibangkitkan, melaporkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, antaranya bagi membincangkan isu larangan merokok di kawasan bangunan Parlimen.
The post Parlimen Perlu Dijadikan Sebagai Suruhanjaya – Nurul Izzah appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/parlimen-perlu-dijadikan-sebagai-suruhanjaya-nurul-izzah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mahkhamah Tinggi Nurul Izzah Menang Saman Fitnah Terhadap Anggot Mt Umno Rm1 Juta

Keputusan Mahkhamah Tinggi Nurul Izzah Menang Saman Fitnah Terhadap Anggot Mt Umno Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 467 hits
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan puteri S...
Video Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul

Video Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 760 hits
Tak salah nak tegur tapi kalau teguran kau tu sengaja nak memalukan dia tu sepatutnye makan penampau Kalau pun kau dah nampak diam2 sudah la ni pi direct macam tu live pulak tu Bulan Ramadhan ni la kau mintak dikecam Eshhh KUALA LUMPUR Wala...
Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini Majlis pada jam 10 pagi itu dimaklumkan turut dihadiri hampir 600 penyokong Anwar yang menyaksikan perjalanan de...
Nurul Izzah Sudah Goyang

Nurul Izzah Sudah Goyang

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 510 hits
Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Justo Andre menunjukkan terdapat usaha usaha...
Didesak Lepas Jawatan Nurul Izzah Hina Kedaulatan Negara Dan Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu

Didesak Lepas Jawatan Nurul Izzah Hina Kedaulatan Negara Dan Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 406 hits
Ini satu penghinaan kepada pejuang pejuang negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara Apatah lagi sesetengah daripadanya dibunuh dengan kejam tanpa belas ihsan Apa motif sebenar Nurul Izzah Gambar menunjukkan Ahli Parlime...
Agama Sebagai Sauh Kemoralan Masyarakat

Agama Sebagai Sauh Kemoralan Masyarakat

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum atau hai semuanya hari ini Allz nak sambung bahagian kedua Dulu sebelum wujudnya undang undang agama dan nilai moral menjadi salah satu alat untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang teruk Agama dan ...
Singtel Menafikan Serangan Siber Sebagai Penyebab Gangguan 3 Jam Pagi Semalam

Singtel Menafikan Serangan Siber Sebagai Penyebab Gangguan 3 Jam Pagi Semalam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 353 hits
Telco dan IMDA menjalankan pemeriksaan berasingan ke gangguan gangguan 3 jam setengah Singtel masih menyiasat sebab utama gangguan jalur lebar serat yang menyaksikan penggunanya dipotong daripada melayari Web selama 3 jam pagi semalam tetap...
4 Senjata Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan

4 Senjata Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 379 hits
Copywriting adalah suatu yang tidak asing dengan perniagaan Usahawan yang berjaya selalu menitikberatkan tentang penggunaan copywriting dalam memastikan produk atau servis yang ditawarkan mendapat sambutan oleh pihak pelanggan Copywriting b...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan