Parlimen Jika Mp Umno Alih Ke Kerusi Pembangang Pn Tumbang



Umno yang telah menarik sokongan daripada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu menunjukkan sikap profesionalisme mereka sebagai ahli politik dengan duduk di kerusi barisan Pembangkang pada sidang Parlimen 26 Julai ini.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassn Abdul Karim berkata, biar pun Undi Percaya atau Tidak Percaya sukar dilakukan ke atas pentadbiran Mahiaddin, namun dengan perbuatan menukar kedudukan di barisan pembangkang akan memberi peluang kepada Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan Mahiaddin telah hilang sokongan serta boleh menasihatkan beliau meletak jawatan
“Hal ini terpulang kepada Umno, janganlah main sorong tarik. Ini menyusahkan rakyat. Kalau betul Presiden Umno Zahid Hamidi tarik sokongan dari Mahiaddin, tarik betul-betul.
“Senang sahaja kalau Undi Tidak Percaya tidak dibenarkan di Parlimen, caranya orang Umno pun tahu, mereka tarik sokongan kepada Mahiaddin dengan beritahu Speaker mereka nak duduk di Blok Pembangkang waktu sesi Parlimen. Buat kenyataan media.
“Ini dengan sendirinya akan nampak PM sudah hilang majoriti. Hanya perlu 8 Ahli Parlimen tarik sokongan, Pakatan Harapan dengan Warisan, Muda, Pejuang dan Upko ada 105, kalau Umno tambah 8 jadi 113 (melepasi majoriti mudah)
“Kalau ini dapat ditunjukkan, kembalilah negara kita ke demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Waktu itu Agong boleh merujuk kepada Perkara 43 fasal 4, iaitu PM sudah hilang majoriti.
“Panggil PM ke istana suruh letak jawatan, lepas itu boleh jemput Ketua Pembangkang untuk diangkat sebagai PM,” katanya dalam forum
Dalam forum itu, Hassan turut mengulas mengenai perilaku Peguam Negara yang dilihat tidak berperanan menasihatkan kerajaan secara wajar.
Menurut Hassan, kerajaan yang dirujuk dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan kerajaan Yang di-Pertuan Agong dan Peguam Negara seharusnya menasihati Agong dan Perdana Menteri dengan saksama dan mengikut lunas sebenar undang-undang
“Saya nak tegur Peguam Negara. Peguam Negara telah melakukan kesalahan judisiari. Beliau selaku penasihat undnag-undang kerajaan, bukan (maknanya) kerajaan Mahiaddin, dia hanyalaj ketua eksekutif kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong.
“Peguam Negara mesti menjelaskan, menerangkan kepada Agong apa makna Ahli Parlimen Pagoh itu tak ada lagi majoriti. Jangan sebut perkara 43 fasal 2a itu, tetapi kembali kepada peruntukan Perkara 43 fasal 4 yang menyebut apabila PM dah tak ada majoriti sokongan Ahli Parlimen maka beliau mesti meletakkan jawatan. Jangan heret Yang di-Pertuan Agong, susahkan baginda. Be gentlement
“Negara kita amal sistem demokrasi. Kalau dah tak ada majorti turunlah, letak jawatan,” katanya.
Tambah Hassan, Mahiaddin bukan sahaja dilihat gagal dari segi undang-undang mempertahankan kerajaannya yang hilang sokongan tetapi juga telah gagal dari segi moral dalam perang melawan Covid 19, berbekalkan kuasa Darurat sejak Januari lalu.
“Kalau dah gagal, jangkitan 11,000 ,12,000 sehari (maka letak jawatan). Bayangkan kadar jangkitan ikut per juta penduduk dalam Asia Tenggara kita paling teruk sekali.
“Maknanya jangkitan bagi setiap sejuta rakyat lebih tinggi daripada Indonesia, Filipina. Ini gagal ke berjaya?
“Sudahlah legitimasi di Parlimen tak cukup sokongan, tangani Covid pun gagal. Jadi dalam keadaan ini bukan 20 – 30 orang kelompok itu sahaja boleh tadbir negara. Serah balik negara ini kepada Agong, ikut Perlembagaan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32593

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Apa Pertemuan Rahsia Ahli Parlimen Umno Bersama Presiden

Ada Apa Pertemuan Rahsia Ahli Parlimen Umno Bersama Presiden

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 234 hits
Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden Pemimpin atasan Umno mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen mereka di Kuala Lumpur ketika muncul spekulasi mengenai mereka akan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin K...
Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 301 hits
utusantv comOleh July 5 2021AHLI ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian dengan tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Peri...
Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 356 hits
July 8 2021 Zaid Ibrahim PETALING JAYA Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyebabkan sokongan majoriti diterima Presiden Bersatu itu kekal kata bekas menteri undang undang Zai...
Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 334 hits
Ahli ahli Parlimen Umno hari ini menolak cadangan parti itu untuk keluar daripada kerajaan mengetepikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi susulan tarikh akhir bersama kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin MalaysiaNow dimaklumkan Difahamkan...
Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 281 hits
July 9 2021Puad berkata kini terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bersidang kata ahli Majlis Kerja...
Akhirnya Ahli Parlimen Umno Bn Ketepikan Zahid

Akhirnya Ahli Parlimen Umno Bn Ketepikan Zahid

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 305 hits
Zahid diketepi majoriti Ahli Parlimen Umno BN enggan keluar kerajaan PNMALAYSIA DATELINEPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi diketepikan Ahli ahli Parlimen partinya sendiri berhubung pendirian bersama kerajaan Perikatan Nasional Dalam mesyuarat...
Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 285 hits
July 6 2021Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasion...
Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 274 hits
Siapa sebenarnya Ismail Sabri Yaakob dalam perkelahian politik antara UMNO dengan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini Pada awalnya ketika nama beliau diumumkan secara mengejut sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam menjelang mesyuarat MT...
Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Bantuan Bil Elektrik Rm40 Syarat Kelayakan Cara Semak

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Welcome Home Min Yoongi Bts Is Back


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aesthetic Picnic Aktiviti Hujung Minggu Di Arked Punggai Johor

Nurul Izzah Saifuddin Nasution Dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersama Pkr

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis

Rafizi Tidak Perlu Tubuh Parti Baharu

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More