Papar Nama Mp Ponteng Mp Bayan Baru Sambut Baik Saranan Speaker







Oleh: Abdullah Zaid

Anggota Parlimen tidak seharusnya ponteng daripada menghadiri sidang di Dewan Rakyat kerana itu adalah tanggungjawab dan pekerjaan sebagai wakil rakyat.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru Sim Tze Tzin menyambut baik saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaparkan nama MP yang tidak hadir di laman sesawang Dewan Rakyat.

Malah, katanya penambahbaikan itu adalah satu usaha yang patut dialu-alu dan disokong oleh ahli-ahli dewan yang lain.

"Rakyat melihat, wakil rakyat dibayar dengan elaun yang begitu tinggi tetapi ponteng ke parlimen.

"Kita juga nampak ada beberapa Ahli Parlimen yang clear cut (secara terang-terangan) selalu tidak ada. Jadi ini adalah isu yang perlu diatasi," katanya menerusi ucapan penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, jika membabitkan urusan rasmi mana-mana wakil rakyat yang tidak dapat menghadiri sesi dewan sepatutnya memaklumkan kepada parlimen bagi sebarang urusan formal mereka.

"Kita tahu bahawa menteri-menteri ada tugasan rasmi tidak dapat berada di sini (parlimen) sepanjang masa kerana menyelesaikan isu-isu negara.

"Tetapi yang terang-terang ponteng harus didedahkan supaya rakyat nampak wakil rakyat yang dipilih mereka dalam pilihanraya, tidak hadir," ujarnya.

Dalam pada itu, wakil rakyat kerajaan itu juga sempat mempersoalkan beberapa pemimpin utama pembangkang yang dilihat kurang mengambil bahagian dalam perbahasan namun lantang mengkritik kerajaan ketika di luar dewan.

"Di sosial media mereka (pembangkang) hentam kerajaan tidak betul, tetapi tidak masuk ke dewan untuk bangkitkan (berbahas).

"Kita tak dengar suara daripada Marang (Hadi Awang), kita tak dengar suara daripada Pagoh (Muhyiddin Yassin), kita tak dengar suara daripada Larut (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) tetapi di sosial media mereka menjadi hero," katanya sebelum diminta menarik semula oleh Speaker dewan.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak menolak kemungkinan memaparkan nama-nama Ahli Parlimen yang didapati sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen.

Katanya, langkah penambahbaikan itu bagi menunjukkan tanggungjawab dan tugas wakil rakyat bagi pengundi yang mereka wakili.

Tegas Johari, cadangan itu akan dibincangkan dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan juga kerajaan.





 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/papar-nama-mp-ponteng-mp-bayan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahmat Ilahi Sambut Kelahiran Anak Lelaki Ikmal Amry Cari Nama Baik Baik Untuk Anak

Rahmat Ilahi Sambut Kelahiran Anak Lelaki Ikmal Amry Cari Nama Baik Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 263 hits
Lengkap sepasang Tahniah diucapkan buat pelakon Ikmal Amry dan isteri yang menyambut kelahiran anak keduanya pada Jumaat lalu iaitu seorang bayi lelaki Menerusi Instagramnya Ikmal meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki hebat itu buat...
Ponteng Dewan Pembangkang Bantah Speaker Jangan Hanya Makan Gaji Buta

Ponteng Dewan Pembangkang Bantah Speaker Jangan Hanya Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 214 hits
Seorang pemimpin pembangkang menyarankan agar Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul melihat isu ketidakhadiran ahli parlimen secara teliti dan tidak terburu buru mendedahkan mereka kepada umum Kata Ronald Kiandee sebelum mengambil tindak...
Kasus Pencemaran Nama Baik Luhut Binsar Pandjaitan Haris Azhar Dituntut Empat Tahun Penjara

Kasus Pencemaran Nama Baik Luhut Binsar Pandjaitan Haris Azhar Dituntut Empat Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 302 hits
Hal itu terungkap ketika Jaksa Penuntut Umum Shandy Handika membacakan surat tuntutan dalam persidangan di Pengadilan Negeri Jakarta Timur Cakung
Hadiri Pisah Sambut Kepala Lapas Iib Pasuruan Gus Ipul Ingin Lapas Baru Segera Dibangun

Hadiri Pisah Sambut Kepala Lapas Iib Pasuruan Gus Ipul Ingin Lapas Baru Segera Dibangun

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 367 hits
Gus Ipul mempersembahkan pantun Jawa untuk Bapak Yogha yang isinya berpesan dimana pun tempat kerjanya nantinya bisa kembali lagi ke Kota Pasuruan
Nama Ahli Parlimen Ponteng Sidang Parlimen Mungkin Dipaparkan

Nama Ahli Parlimen Ponteng Sidang Parlimen Mungkin Dipaparkan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 436 hits
BERNAMAGeorgetown Nama nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ponteng sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut Yang Dipertua ...
Hiburan Kata Nak Bawa Anak Fizi Ali Akhirnya Tunaikan Janji Bawa Anak Ke Waterpark Dengan Isteri Baru

Hiburan Kata Nak Bawa Anak Fizi Ali Akhirnya Tunaikan Janji Bawa Anak Ke Waterpark Dengan Isteri Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 393 hits
Baru baru ini penyampai radio sensasi Fizi Ali akhirnya berkongsi hantaran di Instagram yang memperlihat anaknya yang sedang tidur berpengangan tangan dengan kakak tirinya Katanya dalam gambar tersebut mereka sekeluarga telah ke taman tema ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls