Papagomo Ditahan Kerana Siar Kenyataan Berbaur Hasutan Ketua Polis Negara




Penahanan Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dibuat kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Papagomo juga dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman.

Sehubungan itu, tegasnya, polis perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti menahan atau menangkap kerana isu perkauman yang dibangkitkan boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kita tidak mahu perkara berkaitan perkauman dibangkitkan dalam keadaan luar biasa. Jika dibiarkan, ia akan menimbulkan masalah lain dari segi keselamatan.

"Jadi kita bukan sahaja mengambil tindakan terhadap Papagomo ini tetapi semua yang terlibat terutama mereka yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keadaan tegang dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan pemangku, Datuk Razaruddin Husain di Ipoh.

Wan Muhammad atau Papagomo ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang awal pagi ini untuk membantu siasatan dipercayai berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.



Papa Gomo ditahan kerana keluarkan kenyataan berbaur hasutan - KPN

IPOH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan penahanan pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam, berikutan kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan.

Mohamad Fuzi berkata, penahanan itu adalah bagi membolehkan siasatan dijalankan membabitkan satu video yang dikeluarkan Wan Muhammad Azri yang didakwa cuba menaikkan sentimen orang ramai berkaitan isu perkauman.

“Semua kena sedia maklum, (penahanan) ini ekoran kenyataan-kenyataannya (Wan Muhammad Azri) berbaur hasutan dikeluarkan pada video yang cuba menaikkan sentimen orang ramai, kita tak mahu perkara berkaitan isu perkauman ini dibangkitkan dalam keadaan luar biasa.

“Jika kita biarkan perkara begini, ia akan menyebabkan masalah lain pula berkaitan isu keselamatan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid akan memangku tugas Ketua Polis Perak berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Hasnan Hassan yang bersara wajib.

Menerusi semakan pada akaun Facebook menggunakan nama Sir Azri dipercayai milik Wan Muhammad Azri mendapati terdapat satu video secara langsung dibuatnya kelmarin dengan mengetengahkan tajuk ‘Ini Tanah Melayu’.



Difahamkan, penahanan Wan Muhammad Azri adalah membabitkan isu diketengahkan dalam video itu yang sudah ditonton seramai 327,000 pelayar dan dikongsi oleh 9,900 pelayar.

Mohamad Fuzi berkata tindakan bukan saja akan diambil terhadap Wan Muhammad Azri tetapi juga kepada semua pihak yang cuba menggunakan media sosial untuk menaikkan sentimen perkauman.

“Kita (polis) bukan saja akan ambil tindakan terhadap Papa Gomo ini tetapi semua yang terbabit terutama yang menggunakan media sosial ini untuk menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan polis dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak, V Sivakumar, berkaitan pergolakan politik di negeri ini, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan membuka kertas inkuiri terhadap laporan itu.

“Kita (polis) akan tengoklah keperluan dari segi siasatan dalam masa terdekat ini, terutama dakwaan pihak tertentu berhubung isu pergolakan politik di negeri Perak ini.

“Kita (polis) sedar mengenai perkara ini dan akan ambil langkah perlu untuk memastikan keadaan ini tidak menjejaskan keselamatan khususnya di Perak,” katanya.

Ditanya jika akan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan, Mohamad Fuzi berkata, perkara itu bergantung kepada keperluan siasatan yang akan dijalankan.

Kelmarin, Sivakumar membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi bagi meminta siasatan menyeluruh berhubung isu dakwaan ada usaha menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bagi memastikan usaha menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tidak berulang sekali lagi di Perak.

Sumber : Astro Awani Dan Berita Harian Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/11/papagomo-ditahan-kerana-siar-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Umno Pertahan Papagomo Ditahan Polis

Ketua Pemuda Umno Pertahan Papagomo Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 327 hits
Beberapa pemimpin muda Umno membela exco pemuda mereka Papagomo yang ditahan polis atas dakwaan menghasut isu perkauman Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki misalnya mempersoalkan kebijakan kerajaan menahan Papagomo tetapi pada masa sam...
42 Ditahan Rusuhan Kuil Hampur Pulih Ketua Polis Negara

42 Ditahan Rusuhan Kuil Hampur Pulih Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 423 hits
Keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights di Subang Jaya hampir pulih sepenuhnya susulan rusuhan yang berlaku awal Isnin dan Selasa kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Katanya walaupun masih terdapat individu ya...
Papagomo Ditahan Polis Kerana Menghasut

Papagomo Ditahan Polis Kerana Menghasut

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 672 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagoma masih berada di Lokap Berpusat Kuala Lumpur Jinjang selepas hadir memberi keterangan awal pagi tadi Wan Muhammad hadir ke balai polis tersebut untuk membantu siasatan dip...
Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh

Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 525 hits
Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan PerusuhKetua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
Ketua Audit Negara Th Tidak Rekod Rosot Nilai Rm227 81 Juta

Ketua Audit Negara Th Tidak Rekod Rosot Nilai Rm227 81 Juta

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Lembaga Tabung Haji tidak merekodkan rosot nilai berjumlah RM227 81 juta terhadap pelaburan dalam 3 syarikat subsidiari dan 3 syarikat bersekutu lapor ketua audit negara hari ini Ia berlaku meskipun standard laporan kewangan M...
Kedudukan Kewangan Pasb Kurang Stabil Amalan Tadbir Urus Kurang Memuaskan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

Kedudukan Kewangan Pasb Kurang Stabil Amalan Tadbir Urus Kurang Memuaskan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 291 hits
KUANTAN PKNP Agro Tech Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ditegur ekoran kedudukan kewangan kurang stabil dan amalan tadbir urus yang kurang memuaskan Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang diben...
Ini Tanah Melayu Papa Gomo Ditahan Polis

Ini Tanah Melayu Papa Gomo Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 422 hits
Papa Gomo ditahan polis semalam Ia disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini Pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri ditahan selepas memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial S...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel