Pantau Bila Anak Kerap Batuk Mungkin Tanda Saluran Pernafasan Anak Sempit Takut Kena Penyakit Krup


Anak-anak memang mudah dijangkiti dengan demam, selesema dan juga batuk. Tapi kadangkala batuk atau demam yang berlarutan membuatkan mama papa rasa gundah gulana, risau penyakit yang dihidapi oleh anak-anak yang masih kecil itu memudaratkan kesihatan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel, seorang ibu menceritakan detik cemas apabila anaknya yang masih kecil batuk berterusan dan sukar bernafas. Rentetan dari kejadian tersebut anak wanita tersebut ditahan di wad kerana terkena croup (Krup) atau jangkitan saluran pernafasan yang sering berlaku kepada bayi atau kanak-kanak.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Berkejar ke kecemasan Pukul 12.20minit malam.. Bekejar suami bawa Murrabbi ke kecemasan..
“Cepat..cepat..ambik jer pempers tu”
Arahan suami buat saya makin ketar sebenarnya.
Dengar pulak batuk Murabbi yang non-stop.
Muka Murabbi dah nampak lain sangat. Dengan batuk dan batuk..
Nampak dia gelisah dan nak menangis. Saya ambik dan dukung Murabbi.
“Jangan nangis..tak pe umi ada..” saya peluk dia sambil gosok-gosok belakang dia yang masih batuk (sempat saya selit bacaan doa pelindung boleh rujuk dekat komen)
Sebabkan tengah malam kereta kurang,Alhamdulillah rumah dekat HSNZ sekejap saja sampai. Melihat pada Murabbi yang dah nampak sukar bernafas.. Murabbi di masukkan ke zon Kritikal.
Allahuakhbar..takut dan cemas hanya Allah yang tahu..
Murrabi tak demam hanya batuk dan baru nak selsema.

.
“anak kene tahan wad ni.. Doc kata dia kene croup (krup)”
Dalam hati saya apa benda pulak tu?
“Saluran pernafasn dia makin sempit..boleh tertutup saluran pernafasan…kita ni bernasib baik sebab cepat”
Masa ni nafas saya pula rasa tersekat.. Ya lah kita ni ibu,boleh rasa anak kita tu macam mana..
Waktu Murabbi batuk tu saya tak reti nak gambarkan macam mana kesusahan dia nak bernafas..
Buat pencarian tentang jangkitan Croup@krup Apa itu Croup @ Krup?
Ni sedikit info saya nak kongsi mengenai Croup @ krup:
Krup adalah sejenis jangkitan pernafasan yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ia boleh menyebabkan kotak suara (larinks) dan saluran pernafasan kanak-kanak itu membengkak hingga menghadapi masalah untuk bernafas.
Cara paling SENANG untuk mengenalpasti kemungkinan penyakit krup adalah dengan mendengar bunyi batuk kanak-kanak yang berbunyi seperti anjing menyalak (barking).
Batuk jenis ini selalu menyerang kanak-kanak dalam lingkungan 6 bulan – 3 tahun.
Selain itu, Persatuan Pediatrik Malaysia mendapati hampir 70% daripada mereka yang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana penyakit krup adalah kanak-kanak lelaki.
Walaupun sangat jarang, penyakit ini juga boleh menyerang kanak-kanak yang lebih tua.
Apa penyebab penyakit Krup?
Kanak-kanak selalu terkena penyakit krup selepas menghidap flu, kerana kedua-duanya muncul dari virus yang sama.
Kebanyakkan kes-kes krup disebabkan oleh virus parainfluenza jenis 1, 2 dan 3 sementara kes-kes krup yang lain disebabkan oleh virus campak, virus respiratori sinsitial, adenovirus dan virus influenza jenis A dan B.
Selain jangkitan virus, jangkitan bakteria juga boleh menjadi punca serta keadaan-keadaan di bawah:
Alahan Asid refluks Pencemaran seperti asap rokok dan jerebu Penyakit krup boleh berjangkit. Kuman yang menyebabkannya boleh berjangkit antara satu sama lain melalui batuk, bersin, mahupun sentuhan fizikal yang sangat dekat. Apa tanda-tanda penyakit?
Pesakit akan mengalami gejala seperti batuk dan selesema sehari dua sebelum mulanya stridor. Stridor adalah bunyi berdehit semasa menyedut udara disebabkan oleh halangan dalam larinks dan trakea. Batuk krup juga disertai dengan suara yang serak. Bunyi stridor lebih ketara pada waktu malam. Kepada pemerhati yang kurang pengalaman, pengurangan stridor mungkin nampak seperti kanak-kanak itu semakin pulih, tapi sebenarnya keadaan bertambah teruk. Antara tanda-tanda ia makin teruk adalah:
cemas, gelisah dan penat Bernafas pada kadar lebih cepat daripada biasa Sesak nafas
Menjadi biru di sekitar mulut, hidung atau kuku (sianosis, tanda oksigen rendah). Jika saluran pernafasan bertambah sempit dan keadaan bertambah serius, penukaran gas di paru-paru akan terjejas dan mereka akan kekurangan oksigen lalu ada terlalu banyak karbon dioksida dalam badan. Ini akan menyebabkan mereka menjadi gelisah dan senang keliru. Air liur meleleh atau kesukaran menelan, terutamanya untuk kanak-kanak kecil Bagaimana untuk mengelak penyakit krup ini?
Selalu cuci tangan untuk menjauhkan diri dari virus dan bakteria yang tidak diingini.
Di samping itu, ajar anak anda untuk mengehadkan hubungan fizikal dengan orang lain bagi mengelakkan penyebaran penyebab virus.
Kanak-kanak yang senang terdedah kepada penyakit ini mempunyai paru-paru dan tekak yang masih kecil.
Segera bawa bayi anda berjumpa pakar, kerana doktor GP biasa mungkin tidak mempunyai kepakaran untuk mengesan penyakit krup.

.
Apakah tip untuk ibu bapa bagi mengatasi penyakit ini?
Di bawah adalah beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah supaya bayi anda rasa lebih selesa:
»Cuba tenangkan anak anda dengan memberi pelukan & ciuman.
Dukung atau dudukkan anak secara tegak boleh membantu dia rasa selesa dan lebih mudah bernafas.
»Jangan biar dia menangis lama-lama kerana ini boleh menjejaskan saluran pernafasannya dan anak akan lebih sukar untuk bernafas.
»Terapi humidifikasi – Juga dikenali sebagai terapi wap, untuk membantu mengurangkan kekeringan udara di bilik.
»Jika gejala krup muncul pada tengah malam, ibu bapa harus pantau keadaan anak sehingga pagi.
»Pastikan bayi tidak dehidrasi.
Naikkan kepala bayi. Guna bantal tambahan apabila dia tidur pada waktu malam.
Tapi jangan guna bantal untuk bayi di bawah 1 tahun. Tidur bersama anak supaya ibu bapa akan tahu dengan segera kalau anak mempunyai masalah pernafasan.
»Kanak-kanak akan batuk Krup selama 3 – 7 hari. Tetapi batuk ini boleh bertahan sehingga 2 minggu.
Bolehkah krup menimbulkan komplikasi?
Krup jarang mendatangkan komplikasi dan ia sebenarnya boleh dirawat di rumah. Krup merupakan penyakit yang boleh membawa maut, kerana bakteria Difteria.
Segera hubungi ambulans atau bawa terus ke bilik kecemasan hospital jika kanak-kanak mengalami gejala seperti:
stridor yang bertambah teruk sesak nafas kelihatan lebih gelisah dan keliru pucat sianosis dan apnea demam yang kuat (melebihi 39ºC dan kelihatan toksik kesusahan minum dan makan sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel The post Pantau Bila Anak Kerap Batuk Mungkin Tanda Saluran Pernafasan Anak Sempit, Takut Kena Penyakit ‘Krup’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pantau-bila-anak-kerap-batuk-mungkin-tanda-saluran-pernafasan-anak-sempit-takut-kena-penyakit-krup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marshanda Tak Lagi Berhijab Anak Bilang Aku Tuh Takut Ibu Masuk Neraka

Marshanda Tak Lagi Berhijab Anak Bilang Aku Tuh Takut Ibu Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 311 hits
Berita mengenai Marshanda sepertinya akan selalu hangat untuk diperbincangkan Baik mengenai kehidupan pribadi ataupun hubungannya dengan sang anak semata wayang Sienna Ameerah Kasyafani
4 Jenis Suhu Badan Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu Tanda Tanda Demam Risiko Sawan Jika Diabaikan

4 Jenis Suhu Badan Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu Tanda Tanda Demam Risiko Sawan Jika Diabaikan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 687 hits
Sebagai ibu bapa sudah semestinya menginginkan anak anak dalam keadaan yang sihat Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka terus sakit tanpa ada sebarang rawatan Anak ni kalau demam tak kira orang awam mahupun kami di lapangan medika...
Kalau Terlambat Mungkin Anak Saya Mati Pendarahan Akibat Lintah Ketika Main Air Banjir

Kalau Terlambat Mungkin Anak Saya Mati Pendarahan Akibat Lintah Ketika Main Air Banjir

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 517 hits
Bila masuk musim tengkujuh pasti beberapa negeri akan dilanda banjir Maka ramailah kanak kanak yang berseronok meredah air banjir Namun ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak anda daripada bermain air banjir dan utamakan keselamatan anak...
Kaki Bengkak Tiba Tiba Mungkin Antara 10 Tanda Awal Serangan Jantung Yang Sering Diabaikan

Kaki Bengkak Tiba Tiba Mungkin Antara 10 Tanda Awal Serangan Jantung Yang Sering Diabaikan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 381 hits
Penyakit jantung sering dikaitkan dengan serangan silent killer yang terjadi tanpa menunjukan sebarang tanda atau simptom yang jelas Mereka yang berisiko terkena serangan jantung adalah seperti pesakit diabetes mempunyai kandungan kolestrol...
Kesemutan Bisa Jadi Tanda Awal Penyakit Neuropati Pada Penderita Diabetes

Kesemutan Bisa Jadi Tanda Awal Penyakit Neuropati Pada Penderita Diabetes

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 198 hits
Neuropati diabetes menimbulkan gejala seperti kebas kesemutan rasa terbakar dan rasa sakit Gejala ini akan semakin muncul jika durasi diabetes cukup lama dan kadar gula tidak terkontrol
Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung

Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 224 hits
Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak kanak Biasanya proses pembuangan air besar sepanjang...
Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 547 hits
Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bag...
Anak Yang Kerap Bermain Gajet Mempunyai Struktur Otak Yang Berbeza Berbanding Kanak Kanak Lain

Anak Yang Kerap Bermain Gajet Mempunyai Struktur Otak Yang Berbeza Berbanding Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 208 hits
Menurut kajian yang masih baru dan masih panas ini kanak kanak usia pra sekolah yang terdedah kepada penggunaan skrin pada jangkamasa yang lama didapati mempunyai struktur otak yang berbeza Perbezaan ini boleh menyebabkan mereka ketinggalan...
Doktor Beritahu Anak Ada Simptom Kanser Ibu Kesal Kerap Beri Makanan Ringan Kepada Anak

Doktor Beritahu Anak Ada Simptom Kanser Ibu Kesal Kerap Beri Makanan Ringan Kepada Anak

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 761 hits
https ift tt 2KYOiEh Anak anak kecil disarankan mengambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat agar dapat membesar dengan baik sihat dan cerdas Bukan sahaja anak anak kecil malahan orang dewasa juga digalakkan mengambil pemakanan yang sihat ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue