Pantai Pulau Masjid


HUTAN REKREASI TANJUNG TUANSabtu | 20.10.2018
Bukan sekadar puncak Bukit Batu Putih, masih terdapat banyak tarikan lain di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Juga banyak laluan hutan yang belum saya cuba. Kali ini, saya dan suami nak mencuba laluan ke pantai Pulau Masjid (tanda ★ pada peta di bawah). Jom!


Laluan Ke Pantai Pulau Masjid
Di sinilah bermulanya laluan untuk ke pantai Pulau Masjid. Terletak di sebelah kiri jalan bertar, kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pintu masuk Hutan Rekreasi. Pada signboard putih tu tulis 'Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa'. Tapi ini bukanlah satu-satu laluan untuk ke pantai Pulau Masjid, seperti yang saya bagitau sebelumnya yang di sini terdapat banyak laluan

Awal perjalanan kami disambut dengan pokok tumbang yang menghalang laluan asal

Pondok rehat disediakan...bolehlah duduk duduk melepas lelah, sambil menikmati alam

Laluan simen

Habis dah laluan berbatu dan simen...lagi pokok/dahan tumbang menghalang laluan

Lalu kat tengah gini. Pandang keliling dulu ya...hati-hati

Laluan pelantar kayu yang dah rosak. Tahap bahaya...baik jalan kat tanah tepi tu dari pijak kayu rupa gini. Kat sini ada binaan tembok simen yang tak berapa tinggi. Pelik jugak. Tapi tak sempat ambil gambar dan tak tengok apa ada sebalik tembok, sebab ada seorang pengunjung lain sama-sama nak lalu di sini.
NOTA : Selepas itu (hasil pembacaan di blog-blog), baru saya tau yang di sini ada sebuah perigi buta (kat sebalik tembok tadi) dipercayai tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Kalau betul, perigi buta tersebut kini berusia sekurang-kurangnya 194 tahun! Ini kerana Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824 menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda. Selain kewujudan perigi buta, di kawasan ini juga dikatakan terdapat kubur-kubur lama (kini telah dimusnahkan untuk mengelakkan aktiviti pemujaan). 

Pantai Pulau MasjidAlhamdulillah...pantai Pulau Masjid di hadapan mata
Cuma kira-kira 16 minit perjalanan dari tempat bermula tadi. Ikut catatan masa memang tak jauh. Tapi ia satu perjalanan yang sedikit mendebarkan sebab pertama kali saya ikut laluan ni dan sunyi dari pengunjung lain (cuma bertembung dengan seorang pengunjung masa kat laluan pelantar kayu)

Pandangan sebelah kiri pantai
Kalau korang boleh nampak...ada pondok rehat kat kawasan yang macam pulau tu

Pandangan sebelah kanan pantai
Nampak lebih bersih dan cantik! Jom tengok apa ada kat hujung sana..

Sudut pandangan yang menyerlahkan keindahan dan keunikan pantai Pulau Masjid

Kat kawasan atas dari pantai, terdapat pondok rehat dan di belakangnya tu ada sebuah bangunan. Kami berehat jap kat sini. Sebelumnya, ada sekumpulan pelajar sekolah bersama cikgu mereka di sini

Lepas berehat, kami bergerak lagi. Terjumpa tempat pemujaan di batu besar ni...lilin-lilin kecil, siap makanan dalam bekas polistren dan air mineral cawan kecil. Siapalah yang rajin masuk hutan pastu buat amalan khurafat kat sini! Geram pulak tengok.😠
Sebelah batu besar tadi ada sebuah perigi, air naik tinggi tapi nampak tak bersih. Kalau terdesak bolehlah guna

NOTA : Selepas itu, baru tau perigi ini dipercayai digali oleh Hang Tuah. Juga dikatakan masih terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah di atas batu besar tadi. Patutlah ada aktiviti pemujaan di sini oleh mereka yang bersandarkan kekuasaan selain Allah. Berkenaan cerita-cerita Hang Tuah di sini, segalanya cuma andaian/cerita turun-temurun tanpa bukti kukuh


Laluan Balik Menuju Rumah ApiKalau nak mudah, memang boleh je berpatah balik ikut laluan kita datang tadi. Laluan santai je. Tapi kami memilih untuk mencuba laluan lain. Macam mana tau? Sebab dah nampak kumpulan pelajar tadi menuju ke satu laluan yang perlu mendaki. 
Dan laluan ini rupanya memang mencabar stamina saya! Mula-mula masuk laluan tadi pun dah kena melepasi sebatang pokok besar yang tumbang dan berada pada kedudukan mendaki. Memang tak sempat nak ambil gambar bagai.
Antara laluan kami. Tak boleh pegang besi tu, tak kukuh dah

Kalau bawa tongkat/trekking pole sangat membantu

Laluan yang membahagiakan sebab landai...hehe

Meja dan bangku disediakan, bolehlah nak makan-makan dalam suasana hutan kan...hahaa! 
Teruskan perjalanan sampai jumpa satu persimpangan yang ada pelantar tinjau (tak ambil gambar). Ambil kanan untuk terus balik (akan jumpa Rumah Api), atau ambil kiri kalau nak turun ke pantai Pulau Intan

Yeayy...nampak Rumah Api ni kira tamatlah sudah laluan hutan. Turun tangga dari Rumah Api dan kembali ke jalan tar untuk keluar dari hutan rekreasi ni

Flora dan FaunaPaling menarik...cendawan hitam. Saya jumpa kat laluan mendaki, tengah tak cukup nafas pun sempat lagi nampak dia. Burung...seekor pun tak nampak. Walaupun laluan saya ikut tadi disebut sebagai 'Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa'. 😄---------------------------------------------------------------------------------------------
Laluan kali ini...rekod menggunakan apps Samsung Health. Catatan jarak - 3.52 km dan catatan masa - 1 jam 18 minit. Keseluruhan masa kami habiskan di hutan simpan ini adalah sekitar 1 jam 40 minit

Laluan di sini adalah jelas. Cuma ada beberapa kali kami bertemu simpang tanpa apa-apa tanda. Tak tau nak pilih kanan atau kiri. Sebab setiap pilihan akan membawa ke tempat lain. Pilihan simpang yang terakhir tu je kami pasti nak pilih mana, sebab dah beberapa kali lalu untuk ke pantai Pulau Intan. Laluan ini juga agak sunyi tanpa pengunjung lain. Sangat berbeza dengan laluan ke Bukit Batu Putih, pantai Pulau Intan dan Monkey Bay yang lebih meriah dan mudah bertemu pengunjung lain di sepanjang laluan. 
...setahun sudah saya jadi pengunjung setia hutan rekreasi ini (kunjungan pertama pada 15/10/2017). Alhamdulillah...satu kebahagiaan bila berada di dalam hutan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ujieothman.blogspot.com/2018/11/pantai-pulau-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 677 hits
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor Assalamualaikum Macam yang dijanjikan dalam entri Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 Jam yang lepas hari ni Ana nak kongsi info menarik tentang Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor Masjid Seribu Selawat Pu...
Terlibat Kasus Korupsi Dana Hibah Ketua Yayasan Masjid Agung Palopo Ditahan

Terlibat Kasus Korupsi Dana Hibah Ketua Yayasan Masjid Agung Palopo Ditahan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 201 hits
Kedatangan para tersangka ini di Lapas kata Sonny belum didampingi pengacara Saat tiba di Lapas ketiga tersangka ini didampingi keluarganya
Hukum Bermakmum Dengan Imam Melalui Speaker Masjid

Hukum Bermakmum Dengan Imam Melalui Speaker Masjid

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 363 hits
Bermakmum dengan Imam Melalui Speaker Masjid Assalamualaikum ww pak Ustad dikamar hotel ada spekernnya kalau kita di hotel dikamar makmum solat dr masjid sah tidak solatnya terima kasih Dari Ibu Kuntaraini di Makkah Jawaban Wa alaikumussala...
Kursus Profesionalisme Pengurusan Pentadbiran Seluruh Masjid Daerah Kubang Pasu

Kursus Profesionalisme Pengurusan Pentadbiran Seluruh Masjid Daerah Kubang Pasu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 206 hits
rakaman sekitar YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir hadir merasmikan majlis penutup Kursus Profesionalisme Pengurusan Pentadbiran untuk seluruh Masjid Daerah Kubang Pasu di Kem Paya Pahlawan Jitra kelmarin
Kuasa Hukum Minta 5 Penganiaya Haringga Sirla Dibina Di Masjid Dan Panti Sosial

Kuasa Hukum Minta 5 Penganiaya Haringga Sirla Dibina Di Masjid Dan Panti Sosial

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 220 hits
Hal itu tertuang dalam pembelaan dalam sidang tertutup di ruang sidang anak di Pengadilan Negeri Bandung Jalan RE Martadinata Kota Bandung Senin
Haram Ke Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

Haram Ke Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 796 hits
HARAM KE ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID Aku teringat pasal cerita NUR Seorang anak pelacur yang suka ke masjid tetapi dipandang jijik oleh orang masjid hanya kerana dia tinggal di lorong Mindset manusia ini kadangkala terlalu skeptikal t...
Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah

Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 559 hits
SmartStudy bersama pelajar pelajar di Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah Pahang Have Fun With SmartStudy Your No 1 Choice In Study Skills Programme
Datangi Johannes Kotjo Idrus Tagih Amal Infaq Untuk Pemuda Masjid

Datangi Johannes Kotjo Idrus Tagih Amal Infaq Untuk Pemuda Masjid

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 188 hits
Pertemuan selanjutnya pada bulan Juni Idrus bersama Eni kembali menemui Kotjo di kantornya Ia beralasan kembali menemui Kotjo untuk mengonfirmasi realisasi amal kepada pemuda masjid seperti pertemuan sebelumnya
Day 1 Explore Lombok Singgah Makan Melati Hotel Resort Cafe Sengigi Dan Masjid Nurul Bilad

Day 1 Explore Lombok Singgah Makan Melati Hotel Resort Cafe Sengigi Dan Masjid Nurul Bilad

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 504 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Hai reader semua Agak mengambil masa yang lama untuk update trip Lombok ni bukan apa trip kali ni memang sangat hebat kerana terdapat hampir 2000 gambar dalam hp dan juga sjcam Bonde wahhh memang giler trip ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two