Pantai Cahaya Bulan Kekal Menarik


 Nama Pantai Cahaya Bulan terkenal di Kelantan. Pantai Cahaya Bulan adalah antara pusat peranginan terawal di Kelantan yang telah mula dikenali pada awal tahun 1900 dan pernah dijadikan pusat istirahat pegawai dan tentera Jepun ketika Jepun menjajah negara kita. 
Kawasan di pantai berkenaan juga menjadi lokasi pendaratan tentera Jepun ketika menyerang Tanah Melayu. Selain di Pantai Cahaya Bulan, kawasan lain pendaratan tentera Jepun ialah di Pulau Panjang dan Pantai Sabak.
Pada awalnya Pantai Cahaya Bulan dikenali Pantai Semut Api sempena nama kampung di mana pantai itu terletak. Bagaimanapun kemudiannya dikenali Pantai Cinta Berahi.
Nama Pantai Cinta Berahi, dikatakan diberi oleh seorang tentera British ketika dia berada di pantai ini pada masa Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas.
Nama Pantai Cinta Berahi atau ringkasnya PCB menjadi gah dan cukup terkenal. Pada tahun 1972, Ratu Elizabeth Kedua dari Britain bersama suami baginda Putera Philip dan puteri baginda Puteri Anne pernah melawat PCB.
Namun bagi kebanyakan rakyat Kelantan, ringkasan PCB telah dianggap nama khas dan sebab itu apabila merujuk PCB, dipanggil Pantai PCB, walaupun perkataan pantai telah diwakili huruf ‘P’. 
Pada tahun 1990, Pantai Cinta Berahi telah ditukar nama Pantai Cahaya Bulan. Namun, pertukaran nama itu masih mengekalkan nama Pantai PCB.  
Pantai PCB disenaraikan antara pantai peranginan tercantik di negara kita. Hembusan bayu Laut China Selatan dan keadaan pantai yang bersih menjadikan tumpuan ramai setiap hari dan menjadi sesak dengan pengunjung pada hari cuti.
Kedudukan Pantai PCB yang hanya kira-kira 9 kilometer dari Kota Bharu menjadi faktor mudah dikunjungi. Penduduk Kota Bharu menjadikan Pantai PCB tempat ambil angin pada sebelah petang bersama keluarga maupun kawan-kawan.
Selain itu, sepanjang Jalan PCB merupakan tempat menjadi kunjungan pelancong seperti kedai songket di Penambang, kedai pertukangan tembaga di Badang dan kedai membuat wau hiasan di Kedai Buluh. Malah, beberapa ratus meter dari tepi pantai terdapat berpuluh buah kedai batik yang menjadi tumpuan pelancong. 
Jadi, selepas berkunjung ke tempat-tempat tersebut, langsung pelancong terus ke Pantai PCB. Pengunjung yang datang ke Kelantan tidak sah jika tidak menjenguk biarpun sekejap di Pantai PCB. Nama Pantai PCB memang sinonim dengan Kelantan. 
Namun sejak tahun 80an, nasib Pantai PCB semakin malang akibat proses hakisan pantai yang teruk, terutama pada musim tengkujuh Monsun Timur Laut. Ketika itu ombak besar memukul pantai. 
Setiap kali musim tengkujuh, kawasan pantai terhakis sedikit demi sedikit. Hakisan itu menyebabkan kemusnahan bangunan, gerai dan pokok yang berada di tepi pantai. Kira-kira 100 meter kawasan pantai telah dihakis dan menjadi sebahagian daripada laut.   
Sebuah montel terkenal di Pantai PCB yang banyak menyimpan sejarah  terpaksa menutup operasinya dan bangunannya telah dirobohkan. Kawasan menempatkan berpuluh-puluh gerai makan yang menjual pelbagai jenis colek makanan laut kini telah tiada. Semuanya telah ditelan ombak. 
Bermula penghujung tahun 2004, Jabatan Pegairan dan Saliran (JPS) telah membina sistem lapis lindung menggunakan batu besar di Pantai PCB yang mampu mengatasi masalah hakisan. 
Namun, pembinaan itu secara langsung mengubah sepenuhnya wajah Pantai PCB. Pantai yang satu ketika dahulu terkenal dengan pantai yang landai, serta hamparan pasir yang putih, kini bertukar menjadi pantai batu. 
Pun begitu, satu perkara yang agak unik, pada masa tertentu akan wujud hamparan pasir di Pantai PCB. Ini kerana pasir yang dihakis oleh ombak akan ‘kembali’ ditolak ombak untuk berada di tempat asal.
Pengunjung yang datang akan berasa ‘pelik’ apabila dataran yang asalnya ada, kemudian akan wujud kembali, sebelum ia ‘pergi’ untuk tempoh masa tertentu.
Kewujudan dataran itu tidak ada kaitan dengan pasang surut air laut seperti yang terjadi di kawasan lain. Akan kelihatan dataran ketika air surut dan menjadi lautan apabila air pasang.
Biarpun Pantai PCB telah bertukar wajar, kehadiran pelancong masih ramai biarpun tidak sehebat dahulu. Peluang untuk Pantai PCB kembali gah di persada lokasi pelancongan utama negara masih ada.  
Kepada pengunjung, jangan ragu-ragu untuk kembali melawat Pantai PCB. Pantai PCB masih ada berahinya dan bulannya masih terang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2022/06/dhv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

Bulan Lalu Kata Mahu Bincang Letak Jawatan Hari Ini Zuraida Harap Kekal Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 194 hits
freemalaysiatoday com June 19 2022 5 44 PMZuraida Kamaruddin akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukannya dalam Jemaah Menteri minggu iniPETALING JAYA Zuraida Kamaruddin berharap dapat mengeka...
Senarai Drama Dan Filem Menarik Di Netflix Malaysia Bulan Julai 2022

Senarai Drama Dan Filem Menarik Di Netflix Malaysia Bulan Julai 2022

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 464 hits
Drama dan Filem Menarik Di Netflix Malaysia Bulan Julai 2022 Dah lama tak buat artikel berkenaan dengan Netflix Sebelum ini aku pernah share senarai drama dan filem yang akan bersiaran di Netflix Malaysia mengikut bulan tapi dah lama gila J...
Anak Dah Masuk 4 Bulan Rugi Tak Cuba Aktiviti Tummy Time Rangsang Sensori Ini

Anak Dah Masuk 4 Bulan Rugi Tak Cuba Aktiviti Tummy Time Rangsang Sensori Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 508 hits
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak anak Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak anak seperti contoh deria sentuh bau rasa lihat dan dengar Selain itu aktiviti s...
Penilaian Selepas Dua Bulan Rawatan Root Surface Debridement

Penilaian Selepas Dua Bulan Rawatan Root Surface Debridement

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 292 hits
SABTU 28 05 2022Sebelum ini saya pernah menjalani dua sesi rawatan Root Surface Debridement atau dikenali juga sebagai Deep Cleaning untuk masalah gusi susut yang saya alami Catatan berkenaan rawatan tersebut dan Selepas dua bulan menjalani...
Selepas 10 Bulan Baru Sedar Suami Perempuan Malam Pertama Buat Apa Agaknya Hmmmm

Selepas 10 Bulan Baru Sedar Suami Perempuan Malam Pertama Buat Apa Agaknya Hmmmm

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 400 hits
Seorang isteri di Jambi tidak menyangka dia sebenarnya berkahwin dengan seorang wanita selepas 10 bulan mereka berumah tangga Detiknews melaporkan selama perkahwinan mereka wanita itu tidak pernah menyangka suaminya itu seorang wanita Mende...
Amp 039 Super Full Moon Amp 039 Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363 396km

Amp 039 Super Full Moon Amp 039 Jarak Bulan Dari Bumi Sehampir 363 396km

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 172 hits
Baru baru ini rakyat Malaysia telah berpeluang menyaksikan fenomena yang dikenali sebagai Bulan Penuh atau Bulan Baru Tetapi fenomena itu turut dikenali dengan nama lain seperti ldquo Supermoon Super Full Moon atau Super New Moon rdquo Feno...
Filem Filem Spider Man Venom Akan Tersedia Di Disney Hotstar Pada Bulan Ini

Filem Filem Spider Man Venom Akan Tersedia Di Disney Hotstar Pada Bulan Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 161 hits
Hari ini Disney Hotstar mengumumkan bahawa lima filem Spider Man dan satu filem Venom akan dilancarkan di perkhidmatan streaming itu pada bulan Jun ini Venom bersama filem filem Spider Man Spider Man 2 Spider Man 3 The Amazing Spider Man Sp...
P Ramlee Engkau Laksana Bulan Chord

P Ramlee Engkau Laksana Bulan Chord

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 219 hits
AmEngkau laksana bulan ETinggi di atas kayangan DmHatiku dah kau tawan EHidupku tak keruan AmMengapa ku di siksa EMengapa kita bersua DmBerjumpa dan bercinta E AmTetapi menderita Am EO o o O o E AmKau cabutlah nyawaku DmOh Tuhanku AmMengapa...
Apandi Patut Kekal Jadi Pengadu Atau Saksi Bukan Ketuai Panel Batu Puteh Kata Dr M

Apandi Patut Kekal Jadi Pengadu Atau Saksi Bukan Ketuai Panel Batu Puteh Kata Dr M

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 254 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Apandi Ali sebagai pengerusi panel semakan undang undang berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh bertentangan rule of law dan natural justice PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad mendakwa bantahannya terhad...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada