Apandi Patut Kekal Jadi Pengadu Atau Saksi Bukan Ketuai Panel Batu Puteh Kata Dr M


 
Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Apandi Ali sebagai pengerusi panel semakan undang-undang berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh bertentangan ‘rule of law’ dan ‘natural justice’.PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa bantahannya terhadap pelantikan bekas peguam negara, Apandi Ali mengetuai panel semakan undang-undang berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh tidak dihiraukan.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam yang berkata, sebarang bantahan berkaitan kedudukan pengerusi panel itu sepatutnya dibangkitkan lebih awal.
Selasa lalu, Mahathir meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara tidak sampai 15 minit selepas tiba untuk ditemu bual oleh Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di jabatan berkenaan.
Hari ini, Mahathir berkata, tidak timbul isu bantahan pada saat akhir kerana beliau menghantar dua surat pada Mei dan bulan ini untuk menyuarakan bantahan itu, tetapi tiada jawapan diterima sehingga kini.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Bantahan saya ini tidak pernah dijawab sehingga semalam dan alasan yang diberikan oleh menteri undang-undang kononnya saya lewat membangkitkan bantahan.
“Tidakkah menteri undang-undang dimaklumkan mengenai bantahan-bantahan awal saya?
“Saya berasa lebih kecewa bila ada menteri undang-undang yang masih tidak faham asas undang-undang, lebih-lebih lagi dalam isu membabitkan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan.
Bekas perdana menteri itu berkata, Apandi sepatutnya kekal sebagai pengadu atau diminta menjadi saksi, bukannya mengetuai panel itu.
Ini kerana katanya, timbul konflik kepentingan memandangkan Apandi pernah mengkritik secara terbuka keputusan kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya yang mengambil keputusan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan pulau Batu Puteh.
“Dia merupakan petitioner/pengadu kepada kes ini dan melantiknya mengetuai badan ini bertentangan ‘rule of law’ dan ‘natural justice’ yang menyatakan secara jelas ‘no man shall be the judge of his own cause’.”
Katanya, beliau sedia memberi kerjasama dalam mana-mana prosiding atau temu bual, jika panel itu terdiri daripada individu tidak berkepentingan.
Pada 3 Feb 2017, Putrajaya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau Batu Puteh.
Apandi, yang juga peguam negara pada 2017 berkata, beliau akan mengetuai sepasukan pakar semakan ke atas keputusan ICJ itu. Tetapi pada 2018, kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan itu sebelum kes berkenaan dibicarakan pada 11 Jun tahun sama. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/apandi-patut-kekal-jadi-pengadu-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Batu Puteh Mahathir Walks Out Of Interview As Apandi Still Panel Chair

Pulau Batu Puteh Mahathir Walks Out Of Interview As Apandi Still Panel Chair

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 254 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad this morning walked out in protest from the Attorney General s Chambers where he was invited for an interview by a panel on tort misfeasance regarding the sovereignty of Pulau Batu Puteh This comes ...
Govt Sees No Need To Remove Apandi From Pulau Batu Puteh Task Force

Govt Sees No Need To Remove Apandi From Pulau Batu Puteh Task Force

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 294 hits
The government sees no necessity to remove former attorney general Mohamed Apandi Ali from chairing the special task force that is reviewing legal issues regarding Malaysia s claim on Pulau Batu Puteh according to Wan Junaidi Tuanku Jaafar ...
Isu Batu Puteh Apandi Ali Mb Johor Kokok Berderai Derai Ekor Berge

Isu Batu Puteh Apandi Ali Mb Johor Kokok Berderai Derai Ekor Berge

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 222 hits
Pulau terletak berhampiran dengan pulau pulau sekitarnya seperti dan yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara dan yang dibicarakan menerusi Pada Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik sementara milik Status pula akan...
Johor Speaker Volunteers To Sue Dr M For Rm3b Over Pulau Batu Puteh

Johor Speaker Volunteers To Sue Dr M For Rm3b Over Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 297 hits
Johor state assembly speaker Mohd Puad Zarkashi has volunteered to sue Dr Mahathir Mohamad over Malaysia s loss of Pulau Batu Puteh Puad is taking up a challenge by Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi on Sunday for to be taken against the b...
Puad Mahu Saman Mahathir Rm3 Bilion Kerana Melepaskan Pulau Batu Puteh Kepada Singapura

Puad Mahu Saman Mahathir Rm3 Bilion Kerana Melepaskan Pulau Batu Puteh Kepada Singapura

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 230 hits
Puad mahu saman Mahathir RM3 bilion kerana melepaskan Pulau Batu Puteh kepada SingapuraBaru baru ini Menteri Besar Johor On Hafiz Ghazi menggesa tindakan undang undang dikenakan terhadap pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan Pulau ...
Court Quashes Suit Over Ph S Failure To Act On Batu Puteh

Court Quashes Suit Over Ph S Failure To Act On Batu Puteh

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 307 hits
High Court judge Hayatul Akmal Abdul Aziz says the complainant has no legal standing to file the action and that all matters related to Batu Puteh are non justiciable KUALA LUMPUR The High Court here has quashed a man s suit against the gov...
Mahkamah Tolak Permohonan Saman Sivil Pulau Batu Puteh

Mahkamah Tolak Permohonan Saman Sivil Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 228 hits
Ada BAIKNYA mamat tu saman SIVIL ke atas Najib kerana rompak wang rakyat https www malaymail com news malaysia 2022 07 01 high court strikes out civil suit on pulau batu puteh 15216
Mahathir Perlu Jelas Isu Pulau Batu Puteh Itu Baru Jantan Najib

Mahathir Perlu Jelas Isu Pulau Batu Puteh Itu Baru Jantan Najib

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 218 hits
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak hari ini mengkritik Dr Mahathir Mohamad dengan menyamakan bekas perdana menteri itu dengan bekas peguam negara Tommy Thomas Ini susulan Dr Mahathir enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung sias...
Gadai Pulau Batu Puteh Mother Of All Betrayal Hukum Pengkhianat Menteri Besar Johor

Gadai Pulau Batu Puteh Mother Of All Betrayal Hukum Pengkhianat Menteri Besar Johor

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 386 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSeruan supaya pengkhianat yang menyerah Pulau Batu Puteh di hukum kini datang dari Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi Dalam seruan ini Onn Hafiz tidak menyebut nama namun semua orang sudah tahu siapa individu itu
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video