Panik Anak Diculik 6 Jam
Panik anak diculik 6 jam
ISKANDAR PUTERI: Sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia 7 tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, petang semalam.
Nur Damia Qaleesya, 7, bagaimanapun, ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah mereka.
Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira jam 4.30 petang semalam.
“Namun kira-kira jam 5 petang, anak kedua saya, Nur Rania Qaisarah, 5 tahun, pulang sambil menangis sebelum memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.
“Saya dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik apabila mendapat tahu, sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.
“Saya dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan.
Selepas enam jam saya membuat laporan, polis menghubungi saya memaklumkan anak sulung saya ditemui penduduk dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumah saya, kira-kira jam 10.30 malam,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu kes kehilangan Nur Damia yang dipercayai diculik tular di media sosial sejak tengah malam tadi.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khairul Nizam berkata, beliau amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.
“Sebaik polis memaklumkan anak sulung sudah ditemui, saya dan isteri bergegas ke taman permainan terbabit untuk bertemu Damia.
“Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan sahaja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walapun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.
“Keadaan di taman permainan ketika itu ada beberapa orang penduduk dan polis, mereka turut membaca doa selamat. Selepas itu saya dan Damia di bawa ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk diambil keterangan dan kami dibenarkan pulang selepas itu menjelang tengah malam tadi,” katanya.
Sementara itu, Aliffi Abd Rahim, 28, individu yang menemui Nur Damia di belakang kedai makan di Taman Teratai, tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan taman perumahan berkenaan, akhirnya dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.
Katanya, sebelum pergi ke restoran terbabit bersama abangnya, Affandi 33, dia ada terbaca tular di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan diculik di Taman Teratai.
“Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.
“Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak- kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.
“Kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim. Namun, dia akhirnya ikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Aliffi berkata, beliau menyerahkan Nur Damia kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum keterangannya turut diambil bagi membantu siasatan.
“Saya harap kejadian seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berulang,” katanya. BH
Panik anak diculik 6 jam
Baca Artikel Menarik :
Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
Batu nilam terbesar dunia ditemui
Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU</a
MLM 2021: Bahye bakal juara?
Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal
The post Panik anak diculik 6 jam appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/15/panik-anak-diculik-6-jam/