Pangkat Tentera Darat Malaysia Lencana
Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan sebuah cabang perkhidmatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan TDM mempunyai sistem pangkat yang tersendiri yang berbeza deng TLDM dan TUDM.
Mengikut Kamus Dewan dan Pustaka, salah satu maksud “pangkat” adalah “tingkatan kedudukan dlm kerja”.
Pangkat dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) bukan hanya menandakan kedudukan seseorang individu dalam hierarki TDM semata-mata, tetapi juga meliputi tanggungjawab yang digalas oleh individu terrsebut.
Kepentingan pangkat dalam pasukan tentera
Pangkat dalam pasukan tentera adalah satu sistem perhubungan hierarki dalam angkatan tentera, polis, agensi perisikan atau institusi lain yang disusun bersama kelompok tentera.
Lazimnya, pakaian seragam menandakan pangkat si pemakai dengan lencana khusus yang diletakkan pada pakaian seragam.
Sistem pangkat yang dilaksanakan bagi kebanyakkan sejarah ketenteraan membawa kelebihan buat operasi tentera, terutamanya dari segi logistik, pemerintahan, dan penyelarasan; seperti mana masa berterusan dan operasi tentera menjadi lebih besar dan lebih rumit, pangkat tentera bertambah dan sistem pangkat sendiri menjadi lebih rumit.
Teruskan bacaan untuk mengetahui sistem pangkat dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pangkat dalam TDM
Kredit: Portal Rasmi TDM
Berikut merupakan beberapa pangkat tertinggi dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM):
Fil Marsyal – Merupakan satu pangkat tenter yang paling kanan. Di Malaysia, pangkat ini dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertakhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera berhak memegang pangkat tertinggi dalam Tentera Darat ini, begitu juga pangkat bertaraf lima bintang yang lain iaitu Laksamana Armada dan Marsyal TUDM.
Jeneral – Jeneral ialah pegawai tentera yang berpangkat tinggi. Ketua profesional Tentera Darat Malaysia digelar Panglima Tentera Darat lazimnya ialah seorang pegawai tinggi berpangkat Jeneral. Sekiranya Panglima Angkatan Tentera Malaysia dilantik dari Tentera Darat, maka beliau juga bertaraf empat bintang iaitu berpangkat Jeneral. Setakat ini, hanya dua kali berlaku di mana Panglima Angkatan Tentera dilantik dari selain Tentera Darat, kali pertama pada April 2005 hingga Januari 2007 apabila Laksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor menjawat jawatan itu. Kali kedua ialah apabila Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dilantik ke jawatan tersebut pada Ogos 2009
Leftenan Jeneral – Leftenan Jeneral biasanya bertaraf bawah kepada Jeneral dan lebih tinggi dari Mejar Jeneral. Istilah Mejar Jeneral adalah ringkasan kepada istilah sebelumnya Sarjan Mejar Jeneral, yang merupakan orang bawahan kepada Leftenan Jeneral, yang merupakan sebab pangkat Leftenan Jeneral lebih tinggi berbanding Mejar Jeneral sedangkan Mejar adalah lebih tinggi dari Leftenan.
Mejar Jeneral – Mejar Jeneral ialah suatu pangkat tentera yang digunakan di kebanyakan negara. Istilah tersebut diambil dari pangkat lama Sarjan Mejar Jeneral. Seorang mejar jeneral termasuk dalam jajaran pegawai peringkat tinggi, biasanya satu tingkat di atas Brigedier Jeneral dan Brigedier, dan satu tingkat di bawah Leftenan Jeneral.
Brigedier Jeneral – Merupakan pangkat pegawai jeneral yang terendah sebelum Mejar Jeneral. Brigedier Jeneral merupakan lantikan seterusnya setelah pangkat Kolonel. Namun pernah juga berlaku dalam sejarah TDM, seseorang Leftenan Kolonel dinaikan pangkat terus ke Brigedier Jeneral.
Untuk senarai penuh pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berserta lencana / insignia bagi setiap pangkat, sila rujuk gambar di atas.
Artikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera
Persamaan Pangkat Dalam ATM
Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan gelaran pangkat yang berbeza antara satu sama lain.
Berikut merupakan perbandingan nama dan persamaan taraf pangkat dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini:
TLDMTDM TUDMLaksamana Armada-LKADA Field Marshal Marshal of The Airforce Laksamana-LKSMN Jeneral Jeneral (U)Laksamana Madya-LAKSDYA Leftenan Jeneral Leftenan Jeneral (U) Laksamana Muda-LAKSDA Major Jeneral Major Jeneral (U) Laksamana Pertama-LAKSMABrigadier Jeneral Brigadier Jeneral (U) Kepten-KEPT Kolonel Kolonel (U) Komander-KDR Leftenan Kolonel Leftenan Kolonel (U) Leftenan Komander-LT KDR Major Major (U) Leftenan-LT Kapten Kapten (U) Leftenan Madya-LT DYA Leftenan Leftenan (U) Leftenan Muda-LT MDALeftenan MudaLeftenan Muda (U) Kadet Kanan-KDT KN – – Kadet-KDT Kadet Kadet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/pangkat-tentera-darat-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pangkat-tentera-darat-malaysia