Panggilan Misteri Dari Lebuhraya Karak



Tahun 1990-an merupakan zaman kegemilangan stesen radio tempatan pada masa itu. Sepanjang awal era 1990 hingga awal 2000 penulis gemar mendengar siaran stesen radio seperti Time Highway Radio (THR), Radio Muzik, Traxx FM dan XFresh FM semasa berada di dalam bilik dan juga semasa memandu. Selain daripada pilihan lagu yang menarik dan minat didengari oleh semua warga tak kira bangsa, bahasa dan agama, tarikan utama stesen THR ialah segmen celoteh para DJ radio tersebut yang sentiasa menceriakan pendengar sepanjang hari. 
Teringat telatah Aznil Nawawi dan Din Beramboi yang pernah membuat segmen lucu di waktu pagi berjudul "Sawancara" yang menampilkan Din Beramboi sebagai pelbagai watak berlainan yang kononnya dijemput oleh Aznil untuk ditemuramah. Tak kering gusi dibuatnya mendengar dialog mereka berdua.

Penulis juga minat mendengar segmen Bahasa Inggeris di waktu petang yang dikendalikan oleh DJ Richard La Faber kerana DJ itu kerap berkongsi berita menarik dan kata-kata inspirasi sambil memainkan lagu Bahasa Inggeris.

Di samping itu, penulis juga gemar mendengar stesen Radio Muzik yang mempunyai segmen seram di waktu malam dikendalikan oleh DJ Isma Halil Hamzah dengan nama "Detik Jam 12 Malam"

Sebut tentang "Detik Jam 12 Malam", penulis teringat tentang satu kisah benar misteri yang terjadi semasa mendengar segmen tersebut. Pada masa tu waktu pagi buta dan penulis tak tidur lagi sebab sedang menyiapkan tugasan. Tengah buat kerja tu penulis buka siaran radio untuk didengar dan seperti biasa segmen "Detik Jam 12 Malam" bermain pada waktu tu (biasanya segmen tu berjalan dari jam 12 malam hingga 3 atau 4 pagi).

Seperti biasa DJ Isma Halil menerima dan melayan panggilan demi panggilan dari pendengar yang berkongsi pengalaman kisah-kisah seram mereka melalui talian telefon sambil memainkan lagu pilihan secara berselang-seli. Ada kisah seram yang pelik, ada kisah seram yang lucu dan tak kurang juga kisah seram yang mampu buat bulu roma meremang.

Namun panggilan yang paling ganjil muncul kira-kira dalam jam 3 pagi apabila DJ Isma menerima sebuah panggilan dari seorang wanita. Wanita itu memberitahu dia hendak berkongsi kisah seram benar yang baru saja berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Tak tahu kenapa pada waktu penulis mendengar suara wanita yang bercakap secara perlahan itu, tiba-tiba suasana terasa suram dan lengang... seolah-olah masa terhenti buat seketika. Bunyi cengkerik dari luar rumah pun tiba-tiba boleh lenyap. Penulis pun pasang telinga untuk mendengar ceritanya.

Menurut pemanggil itu, dia dan keluarganya sedang dalam perjalanan pergi ke sebuah kenduri di Kuantan. Disebabkan mereka dah terlambat, bapa wanita tersebut memandu secara laju dan memotong kereta-kereta yang berada di depan kereta mereka di sepanjang Jalan Bentong di lebuhraya Karak. Satu demi satu kereta berjaya dipotong oleh bapanya. Tidak lama kemudian semasa memotong sebuah kereta lain, muncul pula cahaya putih di depan kereta mereka dan akhirnya mereka semua terhumban ke dalam gaung. Suara wanita tersebut kedengaran mula pecah seperti hendak menangis sambil memberitahu bahawa kesemua ahli keluarganya telah mati setelah tercampak ke dalam gaung..... termasuk diri dia sekali.

Tiba-tiba keluar bunyi ketawa mengilai dari radio!

Sejurus DJ Isma Halil menamatkan perbualannya dengan pemanggil wanita tersebut, lama juga dia tidak mengambil panggilan pendengar seterusnya. Hanya kedengaran lagu yang terpasang secara automatik saja berkumandang di radio selepas itu.

Penulis yang tak syak apa-apa hanya menyangka apa yang didengari sebentar tadi ialah gurauan (prank) atau gimik pemanggil yang laparkan perhatian semata-mata, jadi penulis menutup radio lalu pergi tidur macam biasa.

Esoknya heboh berita tentang kemalangan di lebuhraya Karak yang melibatkan sebuah keluarga terhumban ke dalam gaung di sepanjang Jalan Bentong, mirip dengan kisah seram yang dikongsi oleh pemanggil misteri itu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/09/panggilan-misteri-dari-lebuhraya-karak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Konkrit Lebuhraya Kini Giliran Besi Menara Kren Pula

Selepas Konkrit Lebuhraya Kini Giliran Besi Menara Kren Pula

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 419 hits
Muatan besi menara kren dari sebuah treler tiba tiba jatuh dan menimpa kenderaan wanita itu Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jala...
Kereta Ditimpa Objek Di Lebuhraya Suke

Kereta Ditimpa Objek Di Lebuhraya Suke

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 489 hits
Tular di media social dimana sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah dilihat remuk Dikatakan yang kejadian berlaku malam tadi di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang malam tadi dimana kereta tersebut telah ditimpa sesuatu objek Ketika in...
Penjenayah Semakin Berani Rompak Mangsa Di Lebuhraya Sungai Besi

Penjenayah Semakin Berani Rompak Mangsa Di Lebuhraya Sungai Besi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 371 hits
The ReporterViral di media sosial video yang mendakwa berlakunya kejadian rompakan di siang hari di lebuhraya Sungai Besi semalam Video berdurasi hampir 10 saat itu menunjukkan seorang suspek bersenjatakan pedang sedang mengarahkan mangsa m...
Rompakan Di Lebuhraya Besraya Kenderaan Dibakar

Rompakan Di Lebuhraya Besraya Kenderaan Dibakar

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas cedera dan sejumlah barang kemas dibawanya dilarikan dalam kejadian samun di Lebuhraya Sungai Besi di sini petang semalam Dalam kejadian kira kira jam 3 35 petang itu mangsa 47 bersama seorang ...
Pepsi Presents Karak Haunted Highway Brought To Life At Icebox

Pepsi Presents Karak Haunted Highway Brought To Life At Icebox

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 376 hits
Press Release Pepsi presents KARAK Haunted Highway brought tolife at ICEBOX The Livescape Group in partnership with HITMAN Solutions announces the nation s first all immersive interactive drive in experience Aptly named the ICEBOX the drive...
Allahurabbi Kereta Berpusing Lima Kali Di Highway Karak 3 Beranak Terbabit Dalam Kemalangan

Allahurabbi Kereta Berpusing Lima Kali Di Highway Karak 3 Beranak Terbabit Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 511 hits
Sebut saja Lebuhraya Karak pasti bermacam macam yang bermain di fikiran terutamanya kes kemalangan Tidak dinafikan banyak kes kemalangan di lebuhraya itu sehingga timbulnya pelbagai versi cerita Dalam kejadian baru baru ini sepasang suami i...
Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Awie Alif Ba Ta Chord

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Sindiket Pelacuran Babitkan Dua Pelajar Tingkatan 2 Tumpas Ibu Ayam Didakwa