Panggilan Haji
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Panggilan Haji. Alhamdulillah rezeki muda-muda lagi dah dapat panggilan menunaikan fardhu haji rukun islam yang ke 5. Eh! ingat Mrs. A lettew....😇😇😇 Actually kawan Mrs.A dan husband beliau yang dapat panggilan haji tersebut. Menurut kawan Mrs. A tu dia pun tak sangka dan terkejut dapat surat dari tabung haji mengatakan dia dan husband diterima untuk menunaikan haji pada tahun ini
Panggilan Haji.
BFF
Saja nak bagitahu kawan Mrs. A yang ini adalah childhood friend Mrs. A sama satu kampung, sekolah rendah pun sama dari darjah satu sampailah darjah enam Bila dah sekolah menengah terpisah sekejap sebab dia bersekolah aliran agama tapi bila tingkatan dua ke tingkatan tiga dia berpindah ke sekolah yang sama dengan Mrs. A katanya tak boleh nak hadam bahasa Arab muahahhaaa...
Tingkatan empat dan lima berpisah sekolah semula. Mrs. A berpindah ke sekolah STAD dia pulak kekal di SEMELUNA. Kemudian sewaktu tunggu resutls SPM pernah kerja cashier di Parkson Grand Mahkota Parade sama-sama. Allahu bila dikenang macam-macam dan banyak sangat kenangan yang kami lalui bersama. Berpisah sekejap busy dengan hidup masing-masing kemudian bertemu semula last Mrs. A jumpa adalah sewaktu anak sedara beliau meninggal dunia [SINI] sehinggalah sekarang on and off. Alhamdulillah last Saturday 25062022 dengan izinNYA dapat menghadiri jemputan kenduri beliau sempena hendak menunaikan fardhu haji
D.A dan husbandnya akan berangkat ke tanah suci pada 2 Julai 2022 katanya penerbangan kedua terakhir. Sewaktu kenduri hari tu dia bagitahu yang visa mereka belum lulus lagi. Itulah sedikit yang merisaukan dan mereka minta sama-sama mendoakan dipermudahkan proses kelulusan. Alhamdulillah pada 27062022 D.A whatsApp katanya baru dapat berita yang visa dia dan husband telah pun lulus. Alhamdulillah Mrs. A tumpang happy bila dapat tahu
Okay jom bergambar couple pulak 😊😊
Sebelum pulang haruslah bergambar dulu 😊
Didoakan mendapat haji yang maqbul kepada D.A dan husband. Doakan kami juga ya dapat menunaikan haji ketika muda-muda macam uols. InSyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/06/panggilan.haji.html