Panggil Rakan Sekerja Sayang Dan Anda Mungkin Boleh Dikenakan Tindakan
Tahukah anda, memanggil rakan sekerja anda dengan panggilan manja seperti ‘sayang’ kini tergolong dalam salah satu kesalahan sexual harassment atau amang seksual fizikal.
Perkara itu baru-baru ini dibuktikan melalui satu kejadian yang melibatkan salah seorang boss di Murphy Sarawak Oil Co Ltd yang terlalu kerap memanggil setiausahanya dengan panggilan sayang di tempat kerja seperti yang dilaporkan di portal AskLegal.
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Februari 2015 – hanya beberapa minggu selepas lelaki tersebut ditugaskan untuk bersama setiausahanya yang baru ketika itu dimana dia tidak menunggu lama untuk memanggil wanita tersebut dengan panggilan tersebut.
Walaupun setiausahanya meminta agar dia menghentikan tindakan memanggil sayang itu, namun lelaki tersebut difahamkan tidak mengendahkannya malah turut melakukan perkara itu melalui pesanan WhatsApp.
“Dia juga menggunakannya (panggilan sayang) dalam mesej pesanan ringkas ketika mengucapkan selamat pagi, dan ada ketikanya turut menyertakan gambar dan kata-kata yang tidak sopan,” lapor portal AskLegal.
Bukan sekadar ‘sayang’
Tidak cukup dengan memanggil setiausahanya dengan panggilan sayang di Whatsapp serta dalam mesyuarat, lelaki tersebut juga dilaporkan cuba melakukan sentuhan terhadap setiausahanya itu.
Antara cubaan yang difahamkan dilakukan lelaki tersebut adalah cuba memegang setiausahanya dari belakang dan bersalaman untuk ‘tempoh yang agak lama’ untuk setiap pagi.
Selepas gangguan demi gangguan, kejadian antara boss dengan setiausaha itu akhirnya mencapai kemuncak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua ketika menghadiri aktiviti ‘team building’ yang dianjurkan syarikat mereka dimana setiausaha itu dimarahi lelaki tersebut.
Berpunca daripada kejadian tersebut, wanita tersebut kemudiannya memutuskan berhenti kerja serta merta selepas kejadian yang berlangsung selama dua bulan selepas dia ditugaskan sebagai setiausaha lelaki tersebut.
Bagaimanapun, gangguan yang telah dibuat itu hanya diketahui pihak syarikat selepas setiausaha tersebut mengambil tempoh seminggu untuk menghantar notis meletak jawatan.
Bila ditanya kenapa beliau mengambil masa terlalu lama untuk menghantar notis tersebut, wanita itu menjelaskan dia masih dihantui trauma daripada gangguan yang dialaminya sebelum ini.
Didapati bersalah dan dibuang kerja
Selepas mendapat laporan mengenai kejadian tersebut, pihak syarikat akhirnya menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan itu dan mereka turut mendakwa lelaki tersebut dengan empat dakwaan berbeza berkait sexual harassment.
Bagaimanapun, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menyabitkan kesalahan yang dibuat lelaki tersebut apabila tindakannya ‘memanggil sayang’ melalui pelbagai cara sudah cukup untuk menjadikan dia bersalah.
Dua bulan selepas keputusan tersebut dibuat, lelaki itu akhirnya dibuang kerja.
Jadi jika ada kenalan atau pekerja di tempat anda melakukan gangguan seksual walaupun hanya dengan menggunakan panggilan manja, perkara itu bukanlah sesuatu yang normal untuk dilakukan.
Kelakuan yang boleh menyebabkan anda atau rakan sekerja berasa tidak selesa boleh dilaporkan kepada pihak majikan agar ia tidak terus menjadi budaya di tempat kerja dalam kalangan masyarakat kita. Vocket
The post Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Dan Anda Mungkin Boleh Dikenakan Tindakan appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/08/24/panggil-rakan-sekerja-sayang-dan-anda-mungkin-boleh-dikenakan-tindakan/