Simpan Air Rebusan Pasta Ini 10 Perkara Yang Anda Boleh Buat Menggunakan Air Rebusan Pasta
SIMPAN AIR REBUSAN PASTA - INI 10 PERKARA YANG ANDA BOLEH BUAT MENGGUNAKAN AIR REBUSAN PASTA | Pasta bukan lah asing bagi kebanyakan orang Malaysia. Walaupun pasta berasal dari negara Itali tapi gaya hidup zaman sekarang membuat pasta mudah didapati dinegara Malaysia. Malah kalau kita ke pasaraya atau kedai runcit biasa pun terdapat berbagai jenis pasta dijual dengan harga yang sangat murah. Tak de masalah untuk kita dapatkan pasta di pasaran.
Selain boleh didapati di kedai dan pasaraya ada juga yang lebih suka membuat pasta mereka sendiri. Bahan asas yang digunakan ialah tepung telur dan air.
Terdapat beberapa jenis pasta yang sering kita boleh lihat dihidangkan di restoran-restoran antaranya:-
SpagetifetucinilasagnamakaronipennefusillifarfalleRaviolignocchicannellonivermicellicavatelliconchiglie
Photo: Boredom Therapy
Guna Air rebusan untuk memekatkan sos pasta
Untuk menyediakan hidangan pasta , air perlu dipanaskan dan kemudian pasta dimasuk kan ke dalam air panas agar pasta menjadi lembut sebelum di masak. Kebiasaan nya air rebusan pasta kemudian nya dibuang. Namun sebenarnya air rebusan pasta boleh digunakan semula untuk menghasilkan beberapa masakan.
Saya selalu memasuk kan 1 senduk air rebusan pasta ke dalam pasta yang sedang di masak. Terutamanya ketika saya masak Cabonara atau pun Lasangna. Ini untuk memekatkan kuah dan membuatkan pasta lebih sedap.
Air rebusan pasta pada asasnya adalah air berkanji yang masin. Ini juga adalah bahan asas yang selalu kita gunakan untuk membuat sos atau pun kuah.
Bagi sesetengah orang , mereka menggunakan banyak bahan seperti susu penuh cream dan sos prego dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kuah atau sos spageti untuk beberapa jumlah hidangan.Lagi-lagi untuk tetamu yang ramai.
Tapi bagi saya, sedikit air rebusan pasta mampu untuk memekatkan sos atau membuat kuah dan ini dapat menjimatkan kos memasak.. Air rebusan pasta mengandungi banyak gluten, ia akan menjadikan sos juga lebih melekat pada pasta. Resepi Spagheti Oglio Olio Simple tapi sedap
Masakan yang Menggunakan Air Rebusan PastaDoh PizzaJangan masukkan garam ke dalam resipi doh biasa tapi gunakan air rebusan pasta ke dalam tepung . Pastikan air rebusan disejuk kan dahulu. Garam tidak perlu diletak kan kerana terdapat garam di dalam air rebusan pasta tersebut.
Photo: SBS
Memekatkan kuah supGunakannya untuk membuat sup dan masakan berkuah seperti mee goreng basah atau pun daging masak halia.. Ia juga bagus untuk makanan ringan seperti mi segera. Air rebusan pasta juga boleh dijadikan stock dalam bahan masakan bagi menggantikan stock ayam
Masak NasiNasi yang dimasak menggunakan air rebusan pasta akan memberikan rasa tambahan kerana terdapat kanji dan garam . Ianya membuatkan nasi rasa lebih lemak dan sedap.
Ketika menumis bahan-bahan untuk membuat nasi goreng, boleh masuk kan air rebusan pasta untuk melembutkan daging atau ayam. air rebusan tersebut akan menyerap ke dalam daging dan ayam dan membuatkan rasa nasi goreng bertambah enak.
Kentang lenyek. Dengan memasuk kan sedikit air rebusan pasta ke dalam kentang lenyek, ianya akan membuatkan kentang lebih lembut dan sedap.
photo: NYT Cooking
Sayur tumisSayur-sayuran yang dimasak dengan sederhana sangat bagus kerana zat pada sayuran tidak hilang. Untuk menyedapkan lagi masakan, air rebusan pasta boleh digunakan sama ada untuk mengukus atau mereneh. Ia akan menambahkan rasa pada sayur-sayuran yang dimasak.
Air rebusan pasta hanya boleh disimpan selama 1-2 hari dan tidak boleh disimpan terlalu lama.Air rebusan pasta dimasuk kan ke dalam bekas tertutup dan kemudian nya disimpan ke dalam peti sejuk. Ada juga yang lebih suka menggunakan air rebusan pasta yang masih baru dan bukan yang disimpan selama 1-2 hari.
Selain dari digunakan untuk masakan, air rebusan pasta yang masih panas boleh digunakannya untuk membunuh rumput rumpai dikawasan rumah.. cara ini lebih selamat bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing kerana tidak menggunakan racum pemusnah.
Semoga artikel ini memberi manfaat pada semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/08/simpan-air-rebusan-pasta-ini-10-perkara.html