Panduan Waktu Sesuai Jika Ingin Memancing Dilaut Dan Sungai Mengikut Kalender Islam




12/13/14/15/16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai : a)arus deras dan tinggi. b)pasang lebih lama dari surut. c)batu ladung 30 keatas. d)tidak sesuai untuk memancing.

2.Laut pantai timur : a)arus mati yang panjang sebelah malam  b)surut yang sedang tapi pendek sebelah siang  c)air biasanya keruh sedikit.  d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

19/20/21/22/23hb hijrah:Bulan separuh
1.Selat dan sungai : a)pasang kurang berarus dan surut yang sederhana b)tempoh pasang & surut yang sama. c)sangat sesuai memancing terutamanya

22 dan 23hb hijrah.2.Laut pantai timur
a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana b)jangkamasa pasangsurut sama. c)kadangkala air terlalu jernih dan berkaca d)ikan sensitif pada penglihatan.

26/27/28/29/30/hb hijrah:Bulan gelap
1.Selat dan sungai : a)arus mulai besar dengan arus semakin laju b)surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek. c)air keruh terutamanya waktu surut
d)tidak sesuai memancing.



2.Laut pantai timur : a)arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang b)arus mati tapi pendek sebelah malam c)air biasanya keruh sedikit. d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

5/6/7/8/9hb hijrah:Bulan Separuh
1.Selat dan sungai: a)surut kurang berarus dan pasang yang sederhana b)tempoh pasang & surut yang sama. c)sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.

2.Laut pantai timur : a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana b)jangkamasa pasangsurut sama. c)air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing. d)ikan sensitif pada penglihatan.

Istilah “air” yg perlu diketahui oleh kaki pancing

Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mti selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain.

Biasanya ketika ini juga nelayan akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang. Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat spesis dasar berkarang.



Air mti tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing.

Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap yang bergerak di dalam anak sungai.

Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mti yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mti mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu. Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah spesis yang biasa menghuninya. Kebanyakkannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju.

Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu ini juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal yang dalam.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran

Sumber: Facebook C.K.T Tackle Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/panduan-waktu-sesuai-jika-ingin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Waktu Paling Sesuai Minum Air Putih

6 Waktu Paling Sesuai Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 400 hits
Air merupakan salah satu elemen terpenting dalam tubuh dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda menjadi cergas dan bertenaga Dan ramai orang cakap Petua awet muda ial...
Kembali Coba Naik Mrt Anies Jamin Kenyamanan Dan Waktu Tempuh Sesuai

Kembali Coba Naik Mrt Anies Jamin Kenyamanan Dan Waktu Tempuh Sesuai

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 194 hits
Kembali Coba Naik MRT Anies Jamin Kenyamanan dan Waktu Tempuh Sesuai Kereta mulai berangkat dari Stasiun Bundaran HI pukul 16 30 WIB Suara mesin juga tampak terdengar samar dari dalam kereta
Petua Ketenang Jiwa Mengikut Islam

Petua Ketenang Jiwa Mengikut Islam

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 289 hits
Kehidupan manusia tidak selalunya mengikut apa yang dirancangkan Benarlah kehidupan dunia di dunia ini umpama roda Sebagai seorang yang beriman apa saja yang terjadi tidak menyebabkan kegusaran di hati apabila memahami itu adalah takdir lla...
Muat Turun Koleksi Bahan Kssr Bahasa Arab Pendidikan Islam 2019

Muat Turun Koleksi Bahan Kssr Bahasa Arab Pendidikan Islam 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1840 hits
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2019 UNTUK MEMUAT TURUN TAKWIM BERKENAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN PELAPORAN OFFLINE PBD PBS KSSR RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA ARAB PENDIDIKAN ISLAM KEGUNAAN 2019 APLIKASI JAWI MODUL TRANSISI MUAT...
Konsep Malaikat Dalam Islam

Konsep Malaikat Dalam Islam

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 315 hits
Orang orang politik dok cakap pasal Malaikat sekarang ni Jadi aku ambil peluang ini untuk cerita pasal sejarah Malaikat pula Aku tak suka berpolemik tapi suka untuk share knowledge for education Malaikat ni hal akidah yang bersifat Sam iyat...
Bagaimana Umat Islam Boleh Bersatu Dengan Tali Tali Allah

Bagaimana Umat Islam Boleh Bersatu Dengan Tali Tali Allah

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 294 hits
Allah telah menyediakan satu kaedah yang khusus untuk bersatu padu melalui firman Nya yang bermaksud Berpeganglah kamu dengan tali tali Allah dan jangan kamu berpecah belah Dapat difahami dari ayat ini kalau umat Islam mahu bersatu mereka p...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef