Panduan Tugasan Kssm Sejarah Tingkatan 3


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 


Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3. Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian. Pada kali ini, perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM.
Pengenalan Tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 3 (TST3) merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3. TST3 ini memerlukan murid menjalankan penyelidikan sejarah melalui pengaplikasian Kajian Kes yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kurikulum Sejarah. Tahap Penguasaan (TP) Keseluruhan murid hendaklah direkodkan dalam Templat Pelaporan PBD dan Skor Keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sejarah.
Objektif Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan penyelidikan sejarah. Membudayakan pembelajaran berasaskan inkuiri semasa menjalankan penyelidikan sejarah dalam melahirkan murid yang berdaya fikir lestari selaras dengan prinsip Kelestarian Global. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui penyelidikan sejarah. Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui penyelidikan sejarah berasaskan fakta sejarah yang tepat. Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang seimbang. Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita dalam usaha melahirkan warganegara yang menghargai dan mensyukuri warisan sejarah negara. Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid bagi membentuk keterikatan emosi kepada negara. Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk secara kreatif dan inovatif dengan berintegriti. Pelaksanaan Tugasan TST3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh menjalankan penyelidikan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan TST3 dan pembentangan mesti dibuat secara individu. TST3 ini dilaksanakan bermula dari bulan Mei hingga Jun.
Murid dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu:
Tingkatan 1 – Sejarah Kita dan Dunia Tingkatan 2 – Warisan Negara Tingkatan 3 – Kedatangan Kuasa Asing Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH
SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum (15 April 2019)
 
Panduan Pentaksiran Tugasan TST3 ditaksir secara individu. Guru mata pelajaran Sejarah (Pentaksir 1) perlu menilai proses kerja murid melaksanakan tugasan dan menyemak laporan serta pembentangan TST3 secara berterusan berdasarkan Rubrik Umum yang disediakan (rujuk lampiran 6), dimana guru perlu:
Menentukan TP bagi setiap Dimensi (rujuk jadual 1 pada halaman 10) semasa menilai proses kerja dan mentaksir laporan serta pembentangan TST3 murid berpandukan Rubrik Umum yang diberi. Merekodkan TP bagi setiap Dimensi dalam Borang Pentaksiran Individu (rujuk lampiran 7) yang juga digunakan sebagai muka hadapan tugasan. Menentukan skor yang sepadan dengan TP yang telah ditentukan bagi setiap Dimensi (rujuk jadual 1 pada halaman 10) dan direkodkan dalam Borang Pentaksiran Individu. Bagi menentukan TP Keseluruhan, guru perlu menjumlahkan semua skor dari 6 Dimensi yang telah ditaksir untuk mendapatkan Skor Keseluruhan murid. Seterusnya guru perlu mencari TP Keseluruhan murid yang setara dengan jumlah Skor Keseluruhan yang ditunjukkan dalam jadual 2 pada halaman 11. TP Keseluruhan dan Skor Keseluruhan murid direkodkan dalam Borang Pentaksiran Keseluruhan Tugasan (rujuk lampiran 8) mengikut kelas yang diajar oleh guru. Menyerahkan salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan Tugasan yang telah lengkap kepada GKMP (Ketua Pentaksir) untuk penjaminan kualiti atau moderasi dan untuk tindakan selanjutnya. Mendapat bimbingan daripada GKMP untuk melaksanakan moderasi berpandukan buku panduan PBD yang disediakan oleh BPK semasa penjaminan kualiti. Memberi peluang setiap murid untuk menambah baik hasil tugasan serta pembentangan selama tempoh pelaksanaan TST3 belum tamat supaya murid dibimbing untuk menguasai TP Keseluruhan terbaik bersesuaian dengan tahap serta kebolehan murid. Ringkasan tentang proses kerja pelaksanaan TST3 ditunjukkan lampiran 14 dan cadangan Jawatankuasa pelaksana TST3 di bawah Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ditunjukkan dalam lampiran 15 serta ringkasan Proses Pentaksiran TST3 pula ditunjukkan seperti lampiran 16 untuk membantu meningkatkan pemahaman semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan TST3 semasa menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Penutup Semoga perkongsian ini iaitu Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru, ibu bapa dan calon yang akan menduduki PT3 2019. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
 
Panduan Tugasan KSSM Sejarah Tingkatan 3
Mohd Suhaimin Isnen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/04/panduan-tugasan-kssm-sejarah-tingkatan-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Pentaksiran Amali Solat Tilawah Dan Hafazan Al Quran Kssm Pendidikan Islam Tingkatan 3

Panduan Pentaksiran Amali Solat Tilawah Dan Hafazan Al Quran Kssm Pendidikan Islam Tingkatan 3

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1266 hits
Panduan Pentaksiran Amali Solat Tilawah dan Hafazan Al Quran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3 Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian Pada kali ini perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek y...
Panduan Kerja Projek Kssm Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 3

Panduan Kerja Projek Kssm Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 3

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 2424 hits
Panduan Kerja Projek KSSM Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SGO sekalian Pada kali ini perkongsian diteruskan lagi berkaitan panduan pelaksanaan tugasan projek yang telah disediakan oleh Bahag...
Buku Teks Pdf Kssm Tingkatan 2 Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Buku Teks Pdf Kssm Tingkatan 2 Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 3868 hits
Buku Teks PDF KSSM Tingkatan 2 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada kali ini admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard...
Buku Teks Pdf Semua Mata Pelajaran Kssm Tingkatan 1

Buku Teks Pdf Semua Mata Pelajaran Kssm Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 4699 hits
Buku Teks PDF Semua Mata Pelajaran KSSM Tingkatan 1 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada kali ini admin berkongsi buku teks dalam bentuk digital berformatkan PDF bagi salah satu mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah untuk...
Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 742 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan be...
Sejarah Panjang Dan Alasan Sepinya Bandara Kertajati

Sejarah Panjang Dan Alasan Sepinya Bandara Kertajati

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 290 hits
Indonesia boleh berbangga dengan Bandara Kertajati karena hadirnya infrastruktur anyar ini murni dibuat anak bangsa Begitu pula dengan model pembiayaan melalui kolaborasi pemerintah pusat dan daerah dalam hal ini Pemerintah Provinsi Jawa Ba...
Mahathir Jahil Tentang Sejarah Negeri Johor

Mahathir Jahil Tentang Sejarah Negeri Johor

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 764 hits
Satu cerita ringkas tentang sejarah Johor bagi orang yang jahil tentang sejarah Johor THE CORRIDORS OF POWER Raja Petra Kamarudin Diantara tahun 1786 hingga tahun 1824 pihak British telah mengambil alih Pulau Pinang Singapura dan juga Melak...
Buat Tugu Skandal Terbesar Dunia Bahan Sejarah Dan Sumber Perlancongan

Buat Tugu Skandal Terbesar Dunia Bahan Sejarah Dan Sumber Perlancongan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 324 hits
Cerita tentang Najib tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sehingga mahkamah membuat keputusan Segala tindak tanduk semasa dia berkuasa dan memerintah perlu di detail satu persatu Di mana autanya belitnya temberangnya dan setakat mana ada be...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan