Panduan Ringkas Untuk Mula Mengamalkan Gaya Hidup Ringkas




Blog Hidup Ringkas ini saya mulakan lebih 10 tahun lalu. Tujuannya adalah untuk mula mencari jalan bagaimana nak jalani satu kehidupan yang ringkas dalam masa yang sama berusaha memenuhi keperluan hidup agar mencukupi.
Kenapa hidup ringkas?
Sebab ketika itu saya rasa hidup agak serabut. Banyak sangat nak kena buat. Bercampur aduk antara kehidupan peribadi, perniagaan, masyarakat keluarga dan lain-lain.
Semua berserabut sampai tak tahu mana satu penting mana satu tak pernting.
Saya tekad untuk mengamalkan hidup ringkas. Dalam ertikata memerah akal mengarahkan segala tumpuan untuk mencari jalan buang segala aktiviti dan perkara yang tidak perlu.
Langkah mula adalah dengan mencari makna apa yang dikatakan menjalan satu kehidupan yang ringkas.
Budaya hidup ringkas di baratUntuk cari apa yang orang lain faham tentang hidup ringkas, saya hanya perlu buat carian berkenaan 'simple living'.
Banyak blog berbahasa Inggeris yang memberikan pencerahan kepada saya tentang konsep yang mereka faham tentang hidup ringkas. Ada beberapa perkataan yang jika di lihat mengarah kepada amalan hidup ringkas.
Ada satu falsafah, atau perkataan yang amat terkenal di barat. Ia dinamakan Zen.
Secara literal, perkataan itu berasal dari perkataan cina, Ch'an, singkatan dari perkataan Ch'anna.
Ch'anna pula datang dari perkataan Sanskrit, 'dhy'ana yang membawa maksud, fikir, menghayati atau meditasi. Intipati utama zen adalah meditasi, kawalan diri dan mendalami pemahaman.
Zen mendapat tempat di barat sebab amalan 'mindfullness' yang mula mendapat tempat di sana. Salah seorang pengikut falsafah Zen adalah mendiang Steve Job.
Ajaran Zen menjadi pilihan mereka yang mahu membebaskan diri daripada sifat tamak, panas baran dan juga jahil.
Di barat, ramai dikalangan mereka yang mengikuti falsafah Zen ini berakhir dengan menjadi seorang yang ringkas dan lebih mencintai alam sekitar.
Hidup ringkas secara fizikalKonsep zen yang berikan tumpuan kepada fikiran atau kerohanian menular pula kepada konsep fizikal atau material. Ia diterjemahkan dalam reka bentuk bangunan, perabut dan perhiasan.
Konsep ini berkembang di barat dengan pendekatan rekabentuk yang dinamakan minimalism.
Minimalism menekankan konsep senibina dan juga seni lukis yang mudah dan bebas dari unsur-unsur yang tidak perlu. Rekabentuknya memberikan tumpuan terhadap fungsi kegunaan sahaja. Rupa datang kemudian.
Konsep minimalis ini juga berasal dari negara Jepun.
Kita buang sudut ketuhanan atau teologi kepercayaan keagamaan di sini supaya supaya tidak terbabas. Fokus hanya kepada fizikal dan gaya hidup saja.
Rekaan produk hasil dari amalan zen ini nampak menarik kerana segala rekabentuk yang terhasil amat mementingkan sudut kebergunaan sahaja. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan hasil atau impak yang optimum daripada apa yang dilakukan.
Konsep ini menekankan amalan disiplin dalam mengelakkan pembaziran dari segi sumber samada material, masa, atau usaha.
Jika dilihat pada konsep amalan seperti berjimat, sentiasa tetap tumpuan kepada objektif, mengawal kemarahan, mengelak dari sifat tamak, menjauhi kejahilan, mengelakkan pembaziran dan lain-lain seumpamanya, semua itu adalah amalan kebaikan.
Hidup ringkas vs hidup sederhanaOrang kita di sini lebih terdedah dengan perkataan 'hidup sederhana' berbanding perkataan 'hidup ringkas'.
Saya lebih suka pakai perkataan hidup ringkas berbanding sederhana sebab lebih mudah untuk ditakrifkan. Bagi saya, hidup ringkas lebih membawa maksud kepada hidup sederhana.
Sederhana sukar untuk diterjemahkan sebab ia sangat subjektif. Tapi hidup ringkas, sebagaimana yang saya mahu amalkan, adalah usaha berterusan ke arah membuang segala yang tidak diperlukan dalam mencapai matlamat hidup. Jadi ia tak akan pernah habis sampai mati.
Banyak yang saya fikirkan tentang apa yang perlu diterangkan sebagai hidup ringkas agar ia tidak disalah tafsir sebagai hidup selekeh, kurang buat kerja, duduk saja, selesa dan berterusan dengan apa yang ada.
Hidup ringkas juga bukan bermakna kekal jahil, tidak perlu bersusah payah menuntut ilmu, hidup dalam kekotoran, rumah yang berselerak, berpakain kusut masai dan berbau, tidak berketrampilan, kusut masai, menjijikkan dan lain-lain lagi perkara yang negatif. Itu semua bukan hidup ringkas.
Saya mahu amalkan hidup ringkas kerana amalan itu dapat berikan tumpuan yang seimbang terhadap segala keperluan hidup dari segi rohani dan jasmani, juga duniawi dan ukhrawi.
Hidup yang berserabut, lawan kepada hidup ringkas, tidak dapat membantu untuk seimbangkan segala yang saya sebut di atas. Hanya dengan membebaskan diri  daripada semua perkara yang tidak perlu sahaja mampu membuatkan anda terus fokus mencapai matlamat hidup secara optimum.
Berdasarkan semua tersebut di atas, saya rumuskan makna hidup ringkas sebagai satu jalan yang lurus yang dapat memastikan penggunaan optimum segala sumber yang telah Allah berikan pada kita bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat.
Permulaan hidup ringkasIni langkah pertama yang anda boleh buat. Ringkaskan barang pemilikan yang anda ada.
Ada satu laporan statistik yang saya baca dari sebuah buku menyatakan bahawa setiap orang secara purata mempunyai lebih kurang 10,000 barang dalam pemilikannya.
Mak ooi! banyaknya!, betul ke?
Takkan sebanyak itu kita ada simpan barang?.
Mulanya terasa fakta itu macam tak betul. Tertanya-tanya jugak kat mana kesemua barang sebanyak itu disorokkan dalam rumah.
Tapi setelah difikirkan perlahan-lahan dan mula membuat senarai barangan yang dipunyai dari satu tempat ke satu tempat, dari satu almari ke satu almari, dari satu bilik ke satu bilik, memang sah.
Banyak rupanya barang yang saya simpan.
Jadi, persoalannya, kenapa tak diringkaskan semua barang tersebut?

Bagaimana ringkaskan barang
Cuba lihat dalam almari lama di luar atau dalam rumah. Situ saja terdapat banyak bekas-bekas kecil di mana skru, paku, jarum, nuts, spring dan lain-lain lagi tersimpan memenuhi setiap bekas yang ada.
Kenapa masih simpan lagi semua itu?

Jika dicurahkan kesemuanya atas lantai dan mula dikira satu persatu, memang senang-senang untuk mencecah ratusan malah ribuan benda kecil yang disimpan selama bertahun-tahun tanpa sedikitpun anda menyentuhnya. Ada lah sekali sekala cari benda kat situ.
Memiliki banyak barang bukanlah satu masalah. Tapi bermasalah jika barang tersimpan lama dan hanya dijenguk atau disentuh sekali sahaja seumur hidup.
Kadang-kadang bila nak pindah baru sedar kewujudan semua barang tak digunakan itu. Di saat itu baru nak diringkaskan barang yang ada.
Cuba fikirkan semula. Atas alasan apa anda setia menyimpan semua benda yang tak pernah disentuh itu?
Alangkah baiknya semua benda tersebut dikumpulkan dan diasingkan untuk mengenal pasti tahap kebergunaan mereka dan selanjutnya buang sahaja apa yang tidak lagi berguna.
Jadi sasaran pertama untuk hidup ringkas adalah dengan buat houskeeping. Senaraikan apa barangan yang ada. Asingkan mana satu berguna dan mana satu tak berguna.
Setelah dikumpulkan semua barang itu, anda boleh buat pilihan samada jual, atau berikan saja pada orang yang memerlukannya. Atau humban saja masuk tong sampah.
Kalau anda berjaya buat itu semua dengan konsisten, maka anda sudah berjaya ringkaskan satu bahagian daripada kehidupan.
Aktiviti meringkaskan apa saja barang yang ada sebenarnya merupakan aktiviti berterusan yang perlu diamalkan sepanjang hidup.
Ringkaskan semua perkara berikutMeringkaskan barang adalah contoh mudah apa yang saya maksudkan sebagai mengamalkan gaya hidup ringkas.
Nampak mudah sebenarnya. Tapi bila anda cuba buat, baru nampak betapa banyaknya proses meringkaskan barang perlu dilakukan. Di rumah, di stor, bilik, kereta, pejabat, laci, dan lain-lain.
Bila dah bongkas satu persatu, terpaksa berhadapan pula dengan rasa sukar untuk buat keputusan. Nak buang sayang walaupun tak pernah pakai. Ada nilai nostalgia dan segala mak nenek lagi.
Paling kerap berlaku adalah takut kalau-kalau satu masa nanti barang tu akan diperlukan. Dan berhabuklah jadinya barang itu sebab masa ia diperlukan masih tak kunjung tiba.
Kalau ya pun ia diperlukan satu masa nanti, barang yang boleh dibeli 4 atau 5 ringgit tu, pergi kedai dan beli lah. Tak perlu simpan 23 tahun tunggu bila ia diperlukan. Menyemak saja.
Anda akan hadapi masalah sama dalam proses meringkas semua urusan dalam kehidupan. Sama seperti cubaan meringkaskan barang yang anda miliki.
Perlu buat secara konsisten. jangan gibab untuk terus mencuba. Paling penting perlu sentiasa sedar dan banyak berfikir.
Berikut adalah urusan lain dalam hidup yang anda boleh ringkaskan.
KewanganSegala hal berkenaan dengan kedudukan kewangan kita samada simpanan, hutang, cara berbelanja, cara kita menambahkan pendapatan dan lain-lain lagi.Meringkan kan kewangan juga bererti meringkaskan cara hidup yang mahu kita jalani. Jika kita mulakan dengan aktiviti ringkaskan barangan di atas, kewangan juga akan turut sama menjadi ringkas dan mudah.
MasaSegala hal yang menyentuh dengan cara kita menggunakan masa, mengejar masa atau membuang masa. Bagaimana kita gunakan masa selama ini, adakah lebih banyak yang mendatangkan faedah atau lebih banyak yak tak berfaedah. Jika kita jelas dengan matlamat yang nak dicapai, penggunaan masa akan dapat diringkaskan dengan mudah.
KesihatanSegala hal yang menyentuh dengan tahap kesihatan, cara penjagaan kesihatan dan sikap kita terhadap kesihatan. Banyak cara ringkas untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Kita tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk kekal sihat seperti daftarkan diri pada program fitness dan dapatkan seorang jurulatih peribadi. Cukup dengan hanya buat perkara mudah seperti berjalan dan kurangkan memandu dan sebagainya.
Hubungan SosialSegala hal berkenaan hubungan sosial kita bersama masyarakat, kawan-kawan, jiran dan lain-lain. Jika matlamat jelas, jika suruhan agama mahu dijadikan pedoman. Hubungan sosial mesti ada dan kita perlu tahu hierakinya dengan baik. Pastikan yang lebih utama diutamakan.
Pasangan HidupSegala hal berkenaan dengan teman hidup. Hubungan kita dengannya dan lain-lain yang bersangkutan. Meringkaskan aktiviti dengan pasangan hidup sebagai contoh adalah dengan tinggalkan segala perbalahan yang yang tidak mendatangkan apa-apa faedah dari segi kesihatan, masa, atau kewangan. Saling bertolak ansur juga dapat meringkaskan kehidupan berpasangan.
Diri SendiriYang paling penting sekali di antara yang penting. 
Ia menyentuh tentang diri kita sendiri dan bagaimana kita melayan dan memberikan peluang kepada diri kita sendiri dan lain-lain yang bersangkutan dengan diri kita. 
Apakah yang kita kejar dalam hidup. Adakah kita sedang berlumba dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Jika kita jadikan hidup hari ini lebih baik daripada semalam, kehidupan akan mula jadi lebih ringkas.

Begitulah senarai yang anda nak ringkaskan dalam kehidupan. Cuba fikirkan samada kesemua senarai di atas boleh diringkaskan lagi atau tidak. Jika ada bagaimana nak ringkaskannya 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/12/nak-ringkaskan-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Dhuha Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

Cara Solat Dhuha Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 270 hits
Berikut panduan lengkap cara solat sunat Dhuha dan cara bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam Solat Sunat Dhuha yang sering disebut sebaga...
Gaya Ringkas Serba Putih Mona Allen Kongsi Foto Sekitar Majlis Kesyukuran Petra Cantiknya

Gaya Ringkas Serba Putih Mona Allen Kongsi Foto Sekitar Majlis Kesyukuran Petra Cantiknya

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 172 hits
Pelakon cantik Mona Allen yang juga merupakan isteri kepada pengarah berbakat Pekin Ibrahim telah melahirkan bayi lelaki mereka pada 31 Ogos 2022 yang lalu Setelah berkahwin lebih kurang tiga tahun penantian mereka untuk menimang cahaya mat...
Hiburan Tingkatkan Sistem Imun Badan Mungkin Ini Sesuai Dengan Amalan Gaya Hidup Sihat Anda

Hiburan Tingkatkan Sistem Imun Badan Mungkin Ini Sesuai Dengan Amalan Gaya Hidup Sihat Anda

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 179 hits
Semakin hari semakin nbsp ramai yang terdedah dengan pelbagai penyakit bakteria dan virus tidak kira sama ada ketika menjalankan aktiviti seharian mahupun berada di luar rumah Sistem imunisasi dalam badan memainkan peranan penting dalam kes...
Keselamatan Dan Ketenangan Hidup Dengan Sifat Taghaful

Keselamatan Dan Ketenangan Hidup Dengan Sifat Taghaful

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 114 hits
Pertanyaan Mohon penjelasannya tentang sifat taghaful Apa yang dimaksud dengan taghaful Jazakumullah khayran Jawaban Alhamdulillahi rabbil alamin ash shalatu was salamu ala Nabiyyina Muhammadin wa ala alihi wa shahbihi ajma in amma ba du Ta...
Terkini Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac Ke Januari 2023

Terkini Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac Ke Januari 2023

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 191 hits
Terkini Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac ke Januari 2023 Info terkini bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 dan RM100 dipercapatkan daripada bulan Mac kepada Januari 2023 Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkh...
Beli Kasut Mewah Boleh Pula Liat Bayar Hutang Hana Hairan Watie Elite Hidup Mewah Tapi Ingkar Perintah Mahkamah

Beli Kasut Mewah Boleh Pula Liat Bayar Hutang Hana Hairan Watie Elite Hidup Mewah Tapi Ingkar Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 193 hits
Kemelut antara bekas anggota kumpulan Elite Hana Adnan dan juga penyanyi Watie Sadali nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini Sebelum ini Watie diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang untuk membayar RM2 500 sebulan kepada Hana beriku...
Beraninya Amir Berenang Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang

Beraninya Amir Berenang Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 236 hits
Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil kecil lagi sudah pandai berenang Kebanyakan ibu bapa muda hari ini sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi Pelakon popular Mira Filza...
Hidup Di Bawah Bayang Bayang Banjir Lahar Dingin Gunung Semeru

Hidup Di Bawah Bayang Bayang Banjir Lahar Dingin Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 151 hits
Perlu diketahui banjir lahar dingin mengakibatkan Dusun Sumberlangsep Desa Jugosari Kecamatan Candipuro Kabupaten Lumajang Jawa Timur terisolir hingga saat ini
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash