Beraninya Amir Berenang Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang


Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.

Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
 
View this post on Instagram  
A post shared by WAN KHAIR AMIR (@wankhairamir)

Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!

Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
Tip Ajar Bayi Berenang 1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.
Sumber: Hello Doctor
The post “Beraninya Amir Berenang” Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/beraninya-amir-berenang-comel-betul-gaya-confident-anak-mira-filzah-belajar-berenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sambung Belajar Sampai Master Farisha Iris Dilabel Andartu Orang Lain Anak Dah 3

Hiburan Sambung Belajar Sampai Master Farisha Iris Dilabel Andartu Orang Lain Anak Dah 3

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 205 hits
Penyanyi akui dia tidak kisah untuk menghabiskan masa usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tinggi Farisha atau nama sebenarnya Farisha binti Asmadi mendedahkan perkara itu selepas ada segelintir pihak yang mempersoalkan k...
Hafal Melalui Lagu Buat Anak Kenal Separuh Jalan Ini Cara Tepat Ajar Anak Abc Baru Betul

Hafal Melalui Lagu Buat Anak Kenal Separuh Jalan Ini Cara Tepat Ajar Anak Abc Baru Betul

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 200 hits
Muzik sememangnya elemen paling mudah untuk anak anak belajar Namun bukan semua alunan muzik boleh memberi kesan yang baik pada anak anak kita Pembelajaran melalui muzik buat anak lebih cepat belajar namun elakkan anak menghafal melaluinya ...
Hari Hari Cikgu Suruh Mewarna Bukan Aktiviti Remeh Banyak Anak Belajar Dari Aktitivi Mewarna

Hari Hari Cikgu Suruh Mewarna Bukan Aktiviti Remeh Banyak Anak Belajar Dari Aktitivi Mewarna

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 361 hits
Aktiviti mewarna sering dipandang enteng mungkin aktiviti yang dirasakan saja saja tanpa tujuan Hakikatnya aktiviti remeh ini antara aktiviti terawal paling menyeronokkan buat kanak kanak Malah aktiviti sebegitu mampu membuatkan anak anak b...
Cara Kita Bagi Arahan Pada Anak Mungkin Tak Betul Sebab Itu Anak Tak Dengar Kata

Cara Kita Bagi Arahan Pada Anak Mungkin Tak Betul Sebab Itu Anak Tak Dengar Kata

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 164 hits
Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu Ada yang sampai melabelkan anak degil Sebelum nak marah anak cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan Mung...
Biar Berhimpit Biar Sampai Beriba Tak Perlu Mewahkan Anak Belajar Hidup Susah Dulu

Biar Berhimpit Biar Sampai Beriba Tak Perlu Mewahkan Anak Belajar Hidup Susah Dulu

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 176 hits
Anak anak kita kini berbeza dengan kita di waktu kecil dahulu Hidup mereka kini dilimpahkan dengan kemewahan Dek kerana itulah anak anak kita zaman ini tidak terbiasa hidup berdikari Anak anak kecil seharusnya didedahkan dengan erti berdika...
Dulu Sedih Kawan Ejek Kini Gaya Marilyn Monroe Muslimah Anak Kecil Ni Dapat Pujian Cantik Sungguh

Dulu Sedih Kawan Ejek Kini Gaya Marilyn Monroe Muslimah Anak Kecil Ni Dapat Pujian Cantik Sungguh

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 181 hits
Sama seperti kita anak anak kecil juga punya perasaan Rasa rendah diri terkecil hati atau sensitif dalam banyak perkara Namun kesedihan hati anak kecil kita ini yang diejek rakan rakan terubat bila mana tampil cukup cantik di hadapan rakan ...
Potret Paspampres Siapkan Pengamanan Vvip Jelang Pernikahan Kaesang Anak Jokowi

Potret Paspampres Siapkan Pengamanan Vvip Jelang Pernikahan Kaesang Anak Jokowi

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 226 hits
Putra bungsu Presiden Joko Widodo Kaesang Pangarep akan menikahi Erina Sofia Gudono pada 10 Desember 2022 Sejumlah persiapan pun telah dilakukan sejak jauh jauh hari Tidak terkecuali persiapan Paspampres dalam pengamanan VVIP Melansir dari ...
Kanak Kanak Umur 2 Tahun Jadi Perhatian Warganet Wajah Comel Persis Anak Patung

Kanak Kanak Umur 2 Tahun Jadi Perhatian Warganet Wajah Comel Persis Anak Patung

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 230 hits
Setiap anak mempunyai kecomelan mereka tersendiri Ada yang ikut muka ibu ada juga yang persis wajah si ayah Gabungan rupa ibu dan ayah juga boleh membuatkan feature muka anak menjadi unik dan bertambah comel Sudah menjadi kebiasaan iu ayah ...
Raikan Anak Anak Dengan Doorgift Comel Tanda Ingatan Biar Pilih Yang Boleh Diguna Semula Jimat

Raikan Anak Anak Dengan Doorgift Comel Tanda Ingatan Biar Pilih Yang Boleh Diguna Semula Jimat

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 195 hits
Bila berkunjung ke mana mana majlis pemberian cenderahati dari tuan rumah membuatkan hati kita bertambah senang Selain dapat menikmati hidangan yang enak ada pula cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang kenangan Memilih cenderahati u...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza