Panduan Membeli Belah Di Platform Ecommerce Pg Mall


Pernah tak anda shopping di laman web atau melalui apps PG Mall? 
 
Kalau anda belum pernah ada pengalaman shopping online di platfrom ini, jemputlah baca perkongsian pengalaman saya shopping di PG Mall ini.

Bermula tahun ini, saya plan nak beli at least satu produk setiap bulan di PG Mall. Tak kiralah sama ada produk tu murah, ataupun mahal.
 
Kebiasaannya kalau nak beli barang secara online, saya memang akan beli sama ada dari Shopee ataupun dari Lazada. Tapi semenjak saya mula ceburkan diri dalam bidang pelaburan dan simpanan emas, dan mula jadi dealer untuk Public Gold, saya kira apa salahnya kalau saya mula berbelanja di PG Mall pula.
 
Mana-mana barang yang boleh beli di PG Mall, saya beli di situ. Bukan apa, semua ini saya buat atas dasar untuk menyokong perniagaan milik jenama tempatan. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group, iaitu sebuah syarikat dari China manakala Shopee itu pula dimiliki oleh SEA Group, iaitu syarikat yang berpengkalan di Singapura.
 
Kalau nak support local business, maka pilihlah PG Mall.
 
Dalam posting saya yang terdahulu, saya juga ada cerita tentang platform PG Mall ini yang ada membuka peluang untuk individu seperti kita jana pendapatan. Sama ada anda nak buat banyak income atau sikit melalui PG Mall, semua itu bergantung kepada setakat mana anda sanggup untuk berusaha.

Baca disini: Cara buat duit dengan PG Mall

Basically, untuk buat duit dengan PG Mall, anda hanya perlu daftar akaun sebagai ahli PG Mall. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk jadi ahli di PG Mall, dan seterusnya setelah anda mempunyai akaun keahlian, anda sudah boleh mempromosikan program ConsuMerchant yang diperkenalkan oleh PG Mall.
 
Program consumerchant PG Mall ni lebih kurang sama sahaja dengan lain-lain program affiliate yang ada diluar sana, cuma ia ada beberapa ciri-ciri yang agak menarik pada pemerhatian saya iaitu
i. Ahli yang berdaftar melalui link affiliate kita akan jadi pelanggan kita sepanjang hayat
ii. Pelanggan akan dapat cash back bagi setiap pembelian di PG Mall
iii. Kita boleh kumpul cash back dari pembelian peribadi dan juga dari pembelian yang dilakukan oleh pelanggan yang kita perkenalkan
iv. Cash back yang bakal diperolehi adalah sehingga tiga level kebawah
v. Jumlah cash back yang bakal kita perolehi adalah sekitar 0.5% – 2.5% bergantung kepada ranking kita di PG Mall.

Untuk bercerita tentang PG Mall, saya berpendapat ada baiknya untuk saya sentuh sedikit mengenai peluang-peluang untuk jana pendapatan yang turut ditawarkan oleh PG Mall.
 
Sebabnya saya percaya masih ramai yang belum tahu tentang keunikkan dan keistimewaan yang ada di PG Mall. Kalau kita tak cerita, nanti orang tak tahu. Bila orang tak tahu, dia akan ingat PG Mall ni sama je dengan lain-lain platform e-commerce yang ada diluar sana.
 
Apabila dia sudah anggap yang PG Mall ni sama sahaja dengan platform e-commerce lain, maka dia akan anggap tak ada apa yang istimewa dengan PG Mall, lalu dia akan buat keputusan membeli semata-mata berdasarkan kepada platform mana yang mampu tawarkan harga paling murah.
 
Mengenai aspek tawaran harga, memang tak dinafikan platform seperti Shopee dan Lazada mampu untuk berikan tawaran harga yang lebih rendah. Agaknya sebab apa?
 
Boleh jadi sebab disana sudah ada terlalu ramai penjual yang menjual produk yang sama. Maka persaingan disitu agak sengit dan ada penjual yang menggunakan strategi buang harga, bertujuan untuk dapatkan jualan.
 
Namun tak mustahil satu hari nanti apabila penjual disana sudah ramai yang mula membuka kedai di PG Mall, masa tu PG Mall juga mampu untuk tawarkan pelbagai produk dengan harga yang begitu kompetitif.
 
Cara-cara membuat pembelian di PG Mall Kalau anda masih belum ada akaun PG Mall, boleh buat pendaftaran dulu sebagai ahli disini. Jika anda menekan link tersebut melalui smartphone, anda akan terus dibawa ke apps store. Muat turun apps tersebut dan install.
 
Bagi yang sudah mempunyai apps tersebut, boleh terus lancarkan apps.

Dekat bahagian “search PG Mall” tu anda boleh taip sama ada nama produk, jenama atau apa-apa kata kunci yang berkaitan dengan produk yang anda nak beli.
 
Masa ini saya sebenarnya plan nak beli buku berkaitan dengan pelaburan emas. Ada dua buku yang saya beli, iaitu
i. Emas & Syariah – Ilmu Tersurat dan Tersirat [order disini]
ii. Kaya dengan Emas
 
Saya pilih buku yang saya nak dan selepas tu tekan pada butang check out.

Masa saya buat pembelian ni, kebetulan tengah ada promosi. Kalau anda perasan, harga asal dia yang dipotong memang lebih tinggi, berbanding harga promosi yang saya bayar.
 
Seterusnya masukkan alamat untuk penghantaran produk tersebut.

Dekat bahagian alamat ini sebenarnya kita boleh tukar alamat kepada sesiapa sahaja yang kita suka.
 
Kalau nak jadikan PG Mall ni sebagai pembekal untuk bisnes dropship yang anda buat, boleh masukkan nama dan alamat pelanggan anda disini.
 
Kita pergi ke step yang seterusnya.

Lihat dekat bahagian kotak yang berwarna merah.
 
Ada bahagian C-Wallet dan juga Coupon Code.
 
Saya akan terangkan satu per satu.
 
PG Mall mempunyai sistem e-wallet mereka sendiri, yang dikenali dengan nama C-Wallet. Duit dari c-wallet ini kita boleh gunakan untuk beli sebarang produk yang dijual di PG Mall.
 
Untuk makluman anda, kita boleh tambah nilai (top up) nilai duit yang ada di akaun c-wallet kita.
 
Selain dari itu, anda juga boleh sertai acara Shake The World yang dianjurkan dua kali setiap hari untuk kumpul duit di akaun c-wallet.

Ikut pada nasib, kadang-kadang akan dapat duit dan kadang-kadang anda akan dapat voucher. Kalau dapat duit pun, nilainya tak adalah begitu besar. Biasanya saya dapat 10 sen.

Kalau hari-hari buat, dari sekecil-kecil nilai ini, ia akan jadi semakin besar juga.
 
Bagi setiap pembelian yang kita buat di PG Mall, kita akan dapat cash back sebanyak 0.5%. Duit cash back ini juga akan dimasukkan dalam akaun c-wallet kita.
 
Namun, jika jumlah cash back yang kita layak perolehi melebihi RM100, maka pada waktu tu, cash back tersebut akan terus dimasukkan dalam akaun bank kita. Kalau nak dapat cash back hingga beratus-ratus ringgit, maka kenalah rajin mempromosikan platform e-commerce PG Mall ini.
 
Kita berbalik kepada penggunaan c-wallet. Jika anda mempunyai kredit dalam akaun c-wallet, sama ada sebab anda pernah topup, dapat free sebab join acara Shake The World atau pernah dapat insentif PG Mall sebelum ini, maka anda boleh gunakan kredit tersebut semasa buat pembelian.
 
Lihat contoh dibawah.

Apabila saya tekan butang apply c-wallet, secara automatik jumlah yang saya perlu bayar kepada PG Mall berkurang mengikut berapa baki yang saya ada di akaun c-wallet. Menarik, bukan?
 
Jadi anda pun kenalah daftar akaun PG Mall hari ini dan selepas ini kena rajinkan diri kumpul duit melalui c-wallet.
 
Seterusnya kita lihat pula pada bahagian Claimed Coupon. Klik pada butang tersebut untuk melihat apakah kupon yang relevan dengan transaksi yang bakal kita jalankan.

Dalam banyak-banyak kupon yang tersenarai ini, saya layak untuk gunakan kupon diskaun Free Shipping sebabnya saya telahpun menjadi dealer untuk Public Gold.
 
Apabila membeli belah di PG Mall, saya dapat diskaun untuk kos penghantaran, dengan syarat pembelian itu nanti mestilah bernilai RM30 dan keatas.
 
Lihat buktinya dibawah.

Kos penghantaran adalah RM4, namun disebabkan saya menggunakan kod free shipping untuk dealer, saya dapat lagi pengurangan harga sebanyak RM4.
 
Jumlah yang saya perlu bayar sebenarnya adalah sebanyak RM46.
Bila dah ditolak dengan diskaun, kini jumlah yang perlu dibayar ialah RM42 sahaja.
 
Untuk kaedah pembayaran di PG Mall, ada banyak pilihan tersedia untuk kita. Lihat dibawah ini.

Kita boleh buat bayaran guna online banking, kad kredit/debit, dan lain-lain e-wallet seperti Grab Pay, Touch N Go dan sebagainya.
 
Saya pilih untuk buat bayaran guna kad debit, sebab pada saya ianya lebih mudah. Hanya perlu masukkan nombor kad, dan nombor keselamatan untuk buat pembayaran.
 
Tunggu pembayaran kita diproses.

Apabila semuanya dah selesai, kita akan dapat pengesahan melalui emel seperti dibawah.

Langkah seterusnya?
 
Kita tunggu sahaja produk yang ditempah ni sampai dirumah kita.
 
Pada hari ini, mungkin platform PG Mall ni masih belum betul-betul meriah macam platform e-commerce milik pesaing. Tapi tak mustahil, dengan adanya individu seperti kita, yang berbelanja di PG Mall, walaupun hanya beli satu dua barang, tak mustahil satu masa nanti platform ini akan turut berkembang.
 
Jadi for the time being, bolehlah kita daftar akaun keahlian, dan buat sedikit sebanyak usaha pemasaran untuk perkenalkan lagi platform PG Mall ini. Sebagai ahli PG Mall, kita juga sebenarnya dianggap sebagai Public Gold Business Owner atau ringkasan dia PGBO.
 
Itu sebabnya kita akan terus diberikan ganjaran dalam bentuk cash back, untuk setiap pelanggan yang kita perkenalkan dan bawa masuk dalam platform ini.
 
Adakah usaha ini akan memberi pulangan yang berbaloi? Wallahua’lam.
 
Kita usaha sahaja, dan selebihnya kita serahkan pada yang memberi rezeki ya.
 
 
The post Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/panduan-shopping-di-pg-mall/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudah Membeli Belah Di Pgmall Daftar Sekarang Nikmati Diskaun Menarik

Mudah Membeli Belah Di Pgmall Daftar Sekarang Nikmati Diskaun Menarik

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 132 hits
Hai korang Salam semua Tengah buat apa tu Hujung hujung bulan ni mesti poket penuhkan For sure ada yang tengah window shopping atau tengah rancak membeli belah Ha kami pun sama juga Tengah buka website shopping online ni Walaupun gaji tak m...
Cara Jual Bitcoin Di Localbitcoins Sebuah Platform P2p

Cara Jual Bitcoin Di Localbitcoins Sebuah Platform P2p

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 246 hits
Diketika ini mata wang kripto mula popular dikalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu alternatif simpanan dan pelaburan Permintaan dalam urusan transaksi jual beli mata wang tersebut kian meningkat dari hari ke hari Apabila milikan mata ...
Hiburan Selebriti Lama Didakwa Tawar Perkhidmatan Urut Di Platform Cari Pasangan

Hiburan Selebriti Lama Didakwa Tawar Perkhidmatan Urut Di Platform Cari Pasangan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 399 hits
Tiada angin tiada ribut tiba tiba seorang pembaca BeautifulNara mengirimkan satu berita yang mendakwa bahawa seorang selebriti lama menawarkan perkhidmatan urut di beberapa platform termasuk aplikasi mencari pasangan Menurut individu ini di...
Lepas Ni Aku Nak Minta Rm300 Suhaimi Saad Perjelaskan Sebab Minta Caj Ekstra Urut Di Platform Cari Pasangan

Lepas Ni Aku Nak Minta Rm300 Suhaimi Saad Perjelaskan Sebab Minta Caj Ekstra Urut Di Platform Cari Pasangan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 372 hits
Ramai yang nyata terkejut apabila didedahkan bahawa bekas anggota kumpulan nasyid iaitu Suhaimi Saad menawarkan perkhidmatan urut menerusi platform cari pasangan sejenis BACA 8220 Dalam Grind Memang Aku 8221 8211 Suhaimi Saad Akui Tawar Per...
Annuar Kitar Skrip Sama Untuk Pecah Belah Umno Kata Puad Zarkashi

Annuar Kitar Skrip Sama Untuk Pecah Belah Umno Kata Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 201 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meyifatkan Annuar Musa sebagai pelaksana rancangan musuh untuk menjatuhkan Umno namun menegaskan matlamat itu tidak akan berjaya Beliau berkata Annuar mengitarkan skrip sama menge...
Bos Besar Mydin Tidak Percaya Kepada E Dagang Beli Belah Dalam Talian

Bos Besar Mydin Tidak Percaya Kepada E Dagang Beli Belah Dalam Talian

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 213 hits
Tuan Ameer Ali Bydin dalam satu berita mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada platform e dagang di negara ini sebagai satu jawapan untuk menjadi satu cara perniagaan yang patut dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanaka...
Datuk Ugut Belah Kepala

Datuk Ugut Belah Kepala

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 166 hits
KOTA BHARU Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengugut mahu membelah kepala dan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya pada 16 Jan lalu Tertuduh Razali Daud 64 membuat ...
7 Platform Pelaburan Emas Patuh Shariah

7 Platform Pelaburan Emas Patuh Shariah

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 272 hits
Emas adalah antara komoditi yang sentiasa naik untuk jangka masa panjang dan kenaikannya biasanya cukup untuk menampung inflasi yang semakin meningkat Emas juga adalah salah satu instrument pelaburan yang paling selamat untuk disertai Dalam...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time