Panduan Lengkap Solat Sunat Istikarah
Jika kita sukar untuk membuat apa-apa pilihan, membuat keputusan atau jalan buntu, sebagai seorang beragama Islam kita dianjurkan untuk mengadakan solat sunat istikarah. Ianya adalah sunnah dan ianya adalah satu anugerah kepada kita jika menghadapi masalah di atas.
Terdapat hadis daripada Rasullulah sendiri berkaitan dengan solat sunat istikarah ini
Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Sunat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat sunat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
Waktu atau Masa Solat Sunat Istikarahla boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya
InsyaAllah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul
Insya-Allah Allah akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Perlu diingat, kadangkala petunjuk yang diberikan oleh Allah bukanlah tersurat yang menampakkan apakah pilihan yang terbaik, tetapi ianya lebih kepada gerak hati kita sendiri atau rasa pilihan yang akan dipilih adalah pilihan yang terbaik (rasa lebih cenderung & kuat)
Niat Solat Sunat IstikarahNiat dalam bahasa melayu adalah:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat Bahasa Arab:
Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala
Bacaan Solat Sunat Istikarah
Ada pilihan untuk membacakan surah selepas membaca Al-Fatihah iaitu pilihan ayat di bawah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
Bacaan Tasbih Sujud TerakhirSemasa selasai membacakan ayat pada sujud terakhir, dianjurkan untuk membacakan tasbih ini sebanyak 40 kali :
Subhanaka laa i’lma lana illa ma a’lamtana, innaka anta a’limul hakim (40x)
yang bermaksud:
Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Selepas selesai memberi salam, wirid serta memohon ampunan daripada Allah
Bacaan Doa Selepas Solat Sunat Istikarah
Doa dalam ejaan rumi:
Allahumma inni astakhiruka bi ilmika, wa asta’diruka bi qudratika wa as aluka min fadlikal a’zim, fainnaka takdiru wala akdiru wa ta’lamu wala a’lamu, wa anta a’llamamul rhuyub, Allahumma in kunta ta’lamu anna haza amra hairun li fi zi ni wa ma a’shi wa a’kibati amri faqdirhu li wa yassirhu li, summa barikli fih, wa inkunta ta’lamu anna haza syarru li fi ziini wa ma a’shi wa a’kibati amri fasrifhu anni fasrifni anhu waqdirlal haira haishu kana summar dhinii bih.
Doa Istikharah Bahasa Melayu:
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Rekod Imam al-Bukhari)
Selesai berdoa, mintalah apa-apa yang baik dilaksanakan menurut tujuan kita melaksanakan solat sunat istikharah ini. Sebarang keputusan yang kuat mendatangi hati kita, itulah keputusan yang kita akan pilih walaupun kita tidak suka dengan apa yang bakal dipilih kerana kita tidak tahu mungkin apa yang tidak kita suka itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://myinfosolat.blogspot.com/2020/04/panduan-lengkap-solat-sunat-istikarah.html