Panduan Lengkap Solat Jenazah Niat Cara Doa Dan Hikmah Solat Jenazah


Solat jenazah lelaki atau perempuan adalah satu amalan penting dalam Islam yang menghormati individu yang telah meninggal dunia. Ia melibatkan doa-doa khusus untuk memohon ampun dan rahmat Allah ke atas arwah yang telah meninggal. Solat jenazah juga mengingatkan kita tentang keterbatasan hidup manusia dan perlunya persediaan untuk akhirat. Ia merupakan simbolik kasih sayang terakhir dan pengingatan akan kematian. Solat jenazah dilakukan dengan penuh hormat di masjid atau tempat pengebumian, memberikan peluang kepada saudara seagama untuk mengucapkan selamat jalan kepada yang telah pergi dan memohon kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Amalan ini mengajar kita untuk sentiasa bersedia menghadapi akhirat yang pasti kita akan hadapi suatu hari nanti.


Maksud Solat JenazahApakah maksud solat jenazah? Solat atau sembahyang jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang mati.
Tujuan solat ini adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah untuk si mati.


Beza Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan

Solat jenazah untuk lelaki dan perempuan sebenarnya hampir sama, tetapi ada beberapa perbezaan kecil yang berkaitan dengan kedudukan jenazah dan cara doa khusus dibaca.


1. Kedudukan Jenazah
Dalam solat jenazah lelaki, jenazah lelaki diletakkan di hadapan orang yang akan melaksanakan solat jenazah, manakala dalam solat jenazah perempuan, jenazah perempuan diletakkan di hadapan mereka yang akan melakukan solat.


2. Takbir Pertama
Dalam takbir pertama solat jenazah lelaki, selepas takbir, biasanya dibaca doa yang merujuk kepada lelaki. Sebaliknya, dalam solat jenazah perempuan, doa yang merujuk kepada perempuan dibaca selepas takbir pertama.


3. Takbir Kedua 
Takbir kedua dalam solat jenazah lelaki juga diikuti dengan doa yang merujuk kepada lelaki. Dalam solat jenazah perempuan, takbir kedua diikuti dengan doa yang merujuk kepada perempuan.
Dalam kesimpulannya, amalan solat jenazah bagi lelaki dan perempuan hampir sama dalam banyak aspek. Dalam kedua-dua kes, solat jenazah adalah satu cara untuk menghormati individu yang telah meninggal dunia dan melibatkan doa khusus untuk memohon ampun dan rahmat Allah ke atas arwah yang telah meninggal. Solat jenazah dilakukan dengan penuh penghormatan sebagai bentuk akhir penghormatan kepada individu yang telah pergi.


Kelebihan & Pahala Solat Jenazah




Hukum Solat JenazahSolat Jenazah adalah solat yang dilakukan ke atas si mati. Hukum menunaikannya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika di suatu kawasan tersebut ada yang melakukannya, maka orang lain terlepas kewajiban untuk melaksanakannya.


Baca juga: Doa Mustajab Depan Kaabah


Rukun Solat Jenazah Lelaki & PerempuanCara sembahyang jenazah adalah TIDAK sama seperti solat-solat yang lain

Perlu diingati bahawa solat ini TIADA rukuk dan sujud. Ia dilakukan secara berdiri sahaja dari awal sehingga akhir

Cara mengerjakan Solat Jenazah adalah seperti berikut:Ada 7 rukun di dalam solat jenazah, iaitu:

NiatBerdiri tegak. Perlu diingat, Solat Jenazah tidak ada rukuk mahupun sujud. Ianya dilakukan hanya dalam keadaan berdiri.Takbir sebanyak 4 kali.ianya termasuk takbir pertama (takbiratulihram)Baca Al-fatihah selepas takbir pertama.Ucap Selawat selepas takbir kedua (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad.)Doa kepada Jenazah selepas takbir ketihaSalam selepas takbir keempat.Niat Solat Jenazah Lelaki
Lafaz niat solat jenazah berbeza bagi jenazah lelaki atau perempuan.

Niat Solat Jenazah Perempuan

Cara Solat Jenazah Lelaki & Perempuan




Berdiri tegak dan membaca niat.Membaca surah al-fatihah.Angkat takbir kedua dan baca selawat (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad)Angkat takbir ketiga, diikuti doa buat si mati.Angkat takbir keempat, dan baca (Allahuakbar, Assalamualaikumwaramatullah), beri salam
Doa Solat Jenazah Lelaki & Perempuan



Baca juga: Selawat ke Atas Nabi SAWPerkara-perkara Sunat Dalam Solat JenazahTerdapat beberapa perkara sunat semasa melakukan Solat Jenazah antaranya adalah seperti:

Sunat mengangkat tangan ketika takbirMeletakkan tangan di atas pusat sebagaimana solat fardu yang lain.Membaca doa selepas takbir keempat:Hendaklah menbuat sekurang-kurangnya tiga saf.Imam hendaklah berdiri berdekatan dengan pinggang mayat sekiranya mayat tersebut jenazah perempuan, dan berdekatan dengan bahu sekiranya jenazah tersebut lelaki.Memandang sebelah kanan dan kiri semasa memberi salam.Sunat mendirikan sembahyang jenazah secara berjemaah, tetapi diharuskan melakukannya seorang diri.
Baca juga: Solat HajatKesimpulan

Setiap yang hidup pasti akan kembali kembali kepada penciptanya

Ambillah pengajaran daripada setiap kematian yang berlaku. Semoga dengan ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca

Selain itu, apabila berlakunya kematian kita dituntut untuk menguruskannya terutamnya apabila berlaku dari kalangan keluarga

Semoga panduan ini menjadi manfaat kepada kita semua


Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Jenazah Lelaki & Perempuan
Berikut adalah beberapa persoalan mengenai masalah yang berkaitan solat jenazah ini:
Apa Itu Solat Jenazah?Solat jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang mati

Apakah Hukum Solat Jenazah?Menurut ijmak ulama, solat jenazah ke atas jenazah yang bukan mati syahid adalah fardu kifayah, iaitu bagi orang yang masih hidup di kawasan tersebut

Sekiranya ada pihak yang telah melakukannya, walaupun seorang, maka terlepaslah kewajipan ke atas orang lain

Apa Tujuan Solat Jenazah?Tujuan solat jenazah adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah untuk si mati

Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan?Dalam keadaan begini, tunaikanlah hajat mereka dan niatkan dalam hati:“Sahaja aku solat ke atas jenazah yang disolatkan imam, 4 takbir fardu kifayah sebagai makmum kerana Allah Taala.“
Solat Jenazah Perlu Dilakukan Kepada Siapa?Jenazah yang wajib disolatkan adalah jenazah orang Islam. Ia termasuklah jenazah yang keislamannya hanya dilihat daripada ibu bapanya yang Islam atau salah seorang daripada mereka Islam. Boleh juga dilihat dari negeri tempat tinggalnya

Begitu juga wajib didirikan solat ke atas orang Islam yang melakukan dosa besar dan orang yang dihukum mati oleh pemerintah
Apakah Hikmah Solat Jenazah?Sembahyang jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk meringankan bebanannya

Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati

Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati

Inilah hikmah solat yang kita lakukan
Apakah Rukun Solat Jenazah?Solat jenazah terdiri daripada 7 rukun yang mana jika salah satu daripada 7 rukun ini ditinggalkan – maka tidak sah solat jenazah tersebut, bahkan tidak sempurna tuntutan fardu kifayah

Tujuh rukun solat jenazah tersebut adalah:
1. Niat2. Berdiri bagi orang yang mampu3. Takbir empat kali4. Membaca al-Fatihah5. Membaca selawat6. Mendoakan keampunan buat si mati7. Memberi salam
Hukum Menjadi Makmum Masbuk Dalam Sembahyang JenazahMakmum yang masuk lewat ketika imam sudah melakukan takbir sekali atau lebih daripada sekali takbir, makmum perlu bertakbir dan terus membaca al-Fatihah walaupun ketika itu imam bukan dalam takbir pertama

Apabila imam memulakan takbir berikutnya sedangkan makmum belum sempat membaca al-fatihah, maka makmum perlu mengikut imam mengangkat takbir dan tidak perlu membaca al-Fatihah

Apabila imam selesai dan memberi salam, makmum masbuk tadi perlu menambah bilangan takbir dan bacaan-bacaannya

Bilakah Waktu Mengerjakan Solat Jenazah?Diharuskan solat jenazah pada semua waktu kerana solat ini adalah solat yang mempunyai sebab

Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Waktu Subuh Dan AsarPara fuqaha al-Syafi’eyyah menyebutkan bahawa solat jenazah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dari sudut ia tidak terhad kepada waktu-waktu yang tertentu

Oleh itu, hukum mengerjakan sembahyang jenazah selepas subuh ataupun asar adalah dibolehkan

Bolehkah Solat Jenazah Dilakukan Seorang Diri?Ia sunat dilakukan secara berjemaah, namun sah apabila dibuat seorang diri

Hukum Wanita Mendirikan Solat JenazahHukumnya harus untuk wanita mendirikan solat jenazah. Tetapi tidak memadai (tidak tergugur kefarduan) apabila hanya orang perempuan yang melakukannya sedangkan terdapat orang lelaki ketika itu

Hukum Solat Jenazah Selepas Mayat DikebumikanApabila jenazah sudah dikebumikan sedangkan jenazah belum disolatkan lagi, maka harus disolatkannya di atas kubur

Akan tetapi apabila jenazah yang belum disolatkan itu sudah dimasukkan ke dalam kubur tetapi belum ditimbus lagi, maka perlu dikeluarkan jenazah dan disolatkan

Bagaimanakah Cara Solat Jenazah Ghaib?Solat Jenazah Ghaib ialah solat ke atas jenazah yang tidak ditemui atau jauh tempatnya serta sukar untuk pergi ke sana. Solat Jenazah Ghaib dilakukan sama seperti sembahyang jenazah biasa

Menurut ulama mazhab asy-syafi’e seperti Imam an-Nawawi, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya melakukan solat ghaib untuk mayat tersebut

Tetapi adalah makruh jika dilakukan solat ghaib itu di atas kubur, melainkan jika kubur itu adalah kubur para nabi dan orang yang mati syahid dalam peperangan

Ibnu Qudamah (ulama mazhab Hanbali) mengatakan hukumnya adalah harus melakukan solat ghaib di atas kubur mayat tersebut

Adakah Solat Jenazah Mempunyai Rukuk Dan Sujud?Solat jenazah adalah solat yang tidak mempunyai rukuk, sujud dan tasyahud

Rukun utama sembahyang jenazah adalah empat takbir termasuk takbiratul ihram. Empat takbir boleh dianggap sebagai rakaat bagi solat jenazah kerana setiap takbir memisahkan bacaan-bacaan yang tertentu

Mengapa Tiada Rukuk dan Sujud Dalam Solat Jenazah?Solat jenazah adalah satu-satunya solat yang tiada rukuk dan sujud

Hikmah tidak disyariatkan rukuk dan sujud padanya adalah supaya orang yang jahil tidak menyangka rukuk dan sujud itu untuk jenazah disebabkan kedudukan jenazah berada di hadapan orang yang solat

Siapakah Orang Yang Afdal Menjadi Imam Solat Jenazah?Menurut mazhab Syafi’e, wali kepada jenazah lebih aula (utama) mensolatkan jenazah, kerana sembahyang jenazah adalah doa untuk si mati

Doa kaum kerabat dan waris adalah lebih mudah dimakbulkan Allah Taala

Susunannya seperti berikut:1. Bapa2. Datuk dan ke atas3. Anak lelaki4. Cucu dan ke bawah5. Saudara lelaki seibu sebapa6. Saudara lelaki sebapa7. Anak lelaki saudara seibu sebapa8. Anak lelaki saudara seibu
9. Seterusnya mengikut tertib ‘asobah dalam ilmu faraid

Bagaimanakah Kedudukan Jenazah Dalam Solat Jenazah?Kedudukan jenazah dalam solat jenazah adalah seperti di bawah:
Jenazah perlu diletakkan melintang di hadapan Imam. Manakala imam dan makmum menghadap kiblat

Kedudukan kepala jenazah adalah seperti berikut:— Sebelah kanan bagi jenazah perempuan
— Jika jenazah lelaki, kepalanya diletakkan disebelah kiri imam

Sekiranya jenazah itu lelaki, imam perlu berdiri setentang dengan kepalanya dan sekiranya jenazah itu perempuan, imam perlu berdiri  sententang dengan pinggangnya

Bagaimana Kedudukan Saf Solat Jenazah Mengikut Bilangan Makmum
Berikut pula adalah kedudukan saf sembahyang jenazah mengikut bilangan makmum yang hadir:




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/09/solat-jenazah-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Witir Panduan Lengkap Niat Cara Dan Doa Dengan Solat Witir Dari Awal Sampai Habis

Solat Witir Panduan Lengkap Niat Cara Dan Doa Dengan Solat Witir Dari Awal Sampai Habis

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 211 hits
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam Solat Witir biasanya dilakukan selepas menunaikan solat Isyak tetapi juga boleh dilakukan pada waktu waktu lain seperti setelah solat Tarawih atau pada waktu waktu sun...
Panduan Solat Istikharah Tata Cara Doa Dan Waktu Terbaik

Panduan Solat Istikharah Tata Cara Doa Dan Waktu Terbaik

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 151 hits
Salat sunah untuk meminta kemantapan hati ketika memilih suatu hal
Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola Online

Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola Online

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 134 hits
Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola Online Panduan lengkap ini akan memberikan Anda pengetahuan mendalam tentang cara bermain judi bola online Judi bola online telah menjadi tren yang populer di kalangan pecinta olahraga terutama sepak b...
Panduan Lengkap Mengenai Data Togel Macau Dan Cara Menganalisanya

Panduan Lengkap Mengenai Data Togel Macau Dan Cara Menganalisanya

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 121 hits
Pernahkah Anda mendengar tentang togel Macau Jika ya Anda mungkin ingin tahu lebih banyak tentang data togel Macau dan bagaimana cara menganalisanya Jangan khawatir panduan ini akan memberikan informasi lengkap mengenai topik tersebut Togel...
Niat Cara Tawaf Sunat

Niat Cara Tawaf Sunat

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 256 hits
Bagaimana niat dan cara melakukan Tawaf Sunat Panduan ini akan membantu ada melakukan Tawaf Sunat dengan lengkap dan secara langkah demi langkah Apa yang menarik Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa doa yang ma thur untuk dibaca...
Situs Judi Bola Terbesar Di Asia Panduan Lengkap Untuk Para Pemain

Situs Judi Bola Terbesar Di Asia Panduan Lengkap Untuk Para Pemain

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 139 hits
Situs Judi Bola Terbesar di Asia Panduan Lengkap untuk Para Pemain Halo para pecinta sepak bola di seluruh Asia Apakah Anda mencari situs judi bola terbesar di Asia Jika iya Anda telah datang ke tempat yang tepat Dalam artikel ini kami akan...
Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips Dan Strategi Terbaik

Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips Dan Strategi Terbaik

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 112 hits
Panduan Lengkap Bermain Judi Bola Slot Tips dan Strategi Terbaik Saat ini judi bola slot semakin populer di kalangan pecinta permainan kasino online Banyak orang tertarik bermain judi bola slot karena keseruan dan peluang besar untuk memena...
Mengenal Keluaran Semua Togel Hari Ini Panduan Lengkap Untuk Pemain Togel

Mengenal Keluaran Semua Togel Hari Ini Panduan Lengkap Untuk Pemain Togel

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 225 hits
Mengenal Keluaran Semua Togel Hari Ini Panduan Lengkap untuk Pemain Togel Halo para pemain togel Apakah Anda ingin tahu tentang keluaran semua togel hari ini Jika iya maka Anda telah datang ke tempat yang tepat Pada artikel ini kami akan me...
Doa Setelah Sholat Tahajud Dan Witir Plus Artinya Lengkap

Doa Setelah Sholat Tahajud Dan Witir Plus Artinya Lengkap

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 205 hits
Kamu yang sedang banyak hajat doa ini bisa kamu panjatkan saat sholat tahajud
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins