Panduan Dekorasi Ruang Tamu Kecil




RUANG tamu merupakan salah satu ruang utama di dalam rumah anda. Tidak kira ruang tamu anda kecil atau besar, ia tetap mempunyai pelbagai fungsi baik daripada menerima tetamu hinggalah menjadi ruang untuk keluarga bersantai.
Bagi mereka yang gemarkan dekorasi, pasti anda tercari-cari dekorasi yang ringkas tapi cantik. Bagaimanakah cara menghias ruang tamu yang sempit dan kecil? Dalam keluaran RINGGIT minggu ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.
Pemilihan warna yang sesuai
Bagi mendapatkan pelbagai gaya yang menarik di ruang tamu, warna memainkan peranan yang penting. Walaupun nampak seperti remeh, ia sebenarnya dapat mempengaruhi mood sesuatu ruang itu.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis warna walaupun ruang tamu anda kecil dan sempit tetapi pastikan warna tersebut terdiri daripada warna-warna cerah kerana ia akan membuatkan ruang tamu anda tampak lebih luas antaranya putih, kelabu dan perang muda.
Perabot yang sesuai
Pemilihan perabot yang sesuai juga mampu memberi kelainan kepada ruang tamu anda. Jadi, sebelum membuat pilihan perabot, anda perlu tetapkan gaya yang ingin ditonjolkan, fungsi ruang tamu, bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan dan sebagainya.
Sebagai contoh, salah satu hiasan ruang tamu Ikea yang boleh digunakan ialah sofa. Pilih sofa yang boleh ditukarkan menjadi katil mini. Ia bukan sahaja selesa bagi tetamu untuk bersantai ketika berkunjung, sofa ini juga boleh ditukarkan menjadi katil untuk anda beristirahat sambil menonton televisyen.
Salah satu kelebihan dan kepentingan utama perabot sebegini ialah, ia boleh menjalankan fungsi utamanya dan pada masa yang sama ia boleh menjimatkan ruang.
Rancang susun atur ruang tamu terlebih dahulu
Setelah mempunyai perabot yang sesuai, bagaimana pula cara meletakkan perabot ini agar susun aturnya sempurna? Susun atur yang baik bukan sahaja cantik di pandang, tetapi memudahkan pergerakan anda.
Tidak ada gunanya jika hanya menarik tetapi ia menyukarkan anda bergerak malah boleh menyebabkan kemalangan jika anda terlanggar perabot-perabot tersebut. Paling utama, mulakan dengan menyusun perabot yang paling besar dan pastikan ruang untuk pergerakan tidak terlalu kecil dan sempit.
Lampu dan pencahayaan
Seterusnya, jangan lupa tentang faktor lampu dan pencahayaan yang sesuai. Bagi ruang tamu, pencahayaan yang sesuai sangat penting dalam menghidupkan suasana yang ceria dan bersemangat.
Antara lampu yang sesuai untuk ruang tamu kecil adalah kipas siling berlampu. Rekaan kipas pada zaman moden ini juga didatangkan dengan set lampu yang dapat menerangi ruang tamu agar fungsinya bukan sahaja menyejukkan ruang, tetapi juga memberikan pencahayaan.
Selain itu, jika penggunaan ruang tamu anda lebih kepada ruang membaca, lampu berdiri dan lampu meja adalah pilihan yang terbaik.
Hiasan dinding yang menjimatkan ruang
Anda juga boleh menjimatkan ruang dengan menggunakan hiasan dinding. Caranya cukup mudah, gunakan bakul dan gantungkan sahaja di dinding. Bagi mewujudkan gaya yang unik, anda boleh menggunakan bakul rotan yang bukan sahaja nampak klasik, tetapi kukuh untuk menampung berat.
Bagaimana cara membuatkan hiasan dinding tidak nampak menyemakkan ruang tamu kecil anda? Jangan bimbang, gunakan rak yang digantungkan pada dinding untuk mempamerkan koleksi barangan kegemaran anda.
Gunakan cermin bagi ilusi ruang yang lebih luas
Cermin bukan asing lagi sebagai aksesori yang bukan sahaja memberi nilai estestika kepada rumah, tetapi membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas.
Cermin besar juga boleh membuatkan ruang tamu yang kecil nampak luas dan terang. Malah, sekiranya anda ingin mengubah gaya ruang tamu yang lain, cermin ini boleh digunakan di ruang itu juga kemudian. – UTUSAN




Source link
The post Panduan dekorasi ruang tamu kecil appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/panduan-dekorasi-ruang-tamu-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Smk Tewas Terlentang Di Ruang Tamu Rumahnya Ada Luka Lebam Di Wajah

Pelajar Smk Tewas Terlentang Di Ruang Tamu Rumahnya Ada Luka Lebam Di Wajah

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 139 hits
Jasad korban kali pertama diketahui oleh ibunya yang langsung histeris minta tolong
Jangan Buang Masa Tebuk Atap Adun Pn Mahu Anwar Diberi Ruang Habis Penggal

Jangan Buang Masa Tebuk Atap Adun Pn Mahu Anwar Diberi Ruang Habis Penggal

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 172 hits
Sebelum ini timbul spekulasi menjatuhkan kerajaan terbaru dakwaan pemimpin PAS Annuar Musa ada 11 Ahli Parlimen BN mungkin alih sokongan Seorang Adun Perikatan Nasional menggesa komponen itu menghentikan cakap cakap rancangan mahu menjatuhk...
Hadapi 24 Kasus Pertanahan Menkes Budi Gandeng Kementerian Agraria Dan Tata Ruang

Hadapi 24 Kasus Pertanahan Menkes Budi Gandeng Kementerian Agraria Dan Tata Ruang

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 190 hits
Menkes mengatakan kolaborasi tersebut adalah upaya Kemenkes untuk mempertahankan aset milik negara
Selain Ruangan Wali Kota Semarang Kpk Juga Geledah Ruang Sekda Dan Pengadaan Barang Jasa

Selain Ruangan Wali Kota Semarang Kpk Juga Geledah Ruang Sekda Dan Pengadaan Barang Jasa

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 165 hits
Penyidik KPK menggeledah ruang Wakil Wali Kota dan Sekretaris Daerah Kota Semarang yang berlokasi di sisi kompleks kantor pemerintahan itu
Kidzania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil

Kidzania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 687 hits
KidZania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil Selamat datang ke dunia KidZania tempat di mana kanak kanak boleh menjadi apa sahaja yang mereka impikan KidZania adalah sebuah taman tema interaktif yang unik di mana kanak ka...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Irresistible Beef Jerky Recipe With Prague Powder

Andaian Pru Parlimen Perlis

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya