Panduan Dari Li Ka Shing Untuk Anak Muda Yang Mahu Berjaya Jika Pendapatan Anda Hanya Rm2 000




Sekarang, dah ramai warga Malaysia yang masih muda dah mula berniaga. Ramai yang dah pandai berusaha cari duit sendiri untuk sara gaya hidup yang mereka mahu.
Kalau tak berniaga secara sepenuh masapun, ramai yang buat duit tambahan melalui peluang ekonomi GIG macam food panda atau grab. Banyak juga duit yang mereka mampu jana dari situ.
Baguslah!, Teruskan usaha baik itu.
Dalam umur yang masih muda, anda mampu buat banyak kesilapan. Banyak yang dapat dipelajari dari situ.
Kalau anda mahu berusaha dengan lebih tersusun lagi, menempuh perjalanan dunia keusahawanan tu, elok dengar apa yang orang paling kaya di Asia ni nasihatkan.
Orang itu ialah Li Ka-Shing.
Pernah dengar tak?
Kalau Google pun boleh dapat semua maklumat berkenaan dirinya. Walau bagaimanapun saya kongsikan sedikit di bawah ni.
Li Ka Shing dah bersaraUntuk makluman pembaca, Li Ka Shing dahpun bersara. Dia umumkan persaraannya pada bulan March 2018. Umurnya ketika itu dah masuk 89 tahun.
Dia bersara setelah bekerja berpuluh tahun membina empayar perniagaannya tanpa kenal erti penat.
Dia hanya bergaya sedikit pada zaman-zaman akhirnya sebelum bersara.Sebelum itu dia sentiasa bersikap merendah diri dan bersahaja dalam perwatakan dan penampilannya.
Untuk anda yang nak tahu maklumat menarik baru pasal Li Ka Shing ni, boleh pergi baca di pautan kat sini. 
Ceritanya sangat memberikan inspirasi.
Bermula dari menjual sabun ketul dia naik ke atas sampai ke bisnes membina bangunan pencakar langit.
Anda boleh pergi baca pautan yang saya berikan tadi untuk ketahui 5 perkara yang anda mungkin tak tahu pasal Li Ka Shing.
Nasihat lelaki terkaya asiaSetakat yang saya semak tadi kedudukan Li Ka Shing dalam senarai orang terkaya dunia, dia orang ke-43 paling kaya. Jumlah kekayaan dianggarkan dalam USD32.5 Billion.
Li Ka Shing memiliki sebanyak 8.6% saham Zoom. Saham itu dibelinya pada tahun 2013, dua tahun selepas Zoom dilancarkan
Kesan positif dari pandemik Covid-19 membantu nilai saham zoom naik sehingga 399%.
Dengan peningkatan itu, pegangan Li Ka Shing meningkat kepada USD11 Billion sekelip mata. Sama dengan 1/3 dari jumlah kekayaannya sekarang.
Li Ka-Shing ni, sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.
Pengaruh Li Ka-ShingSaya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Terbukti pengaruh itu banyak membantu untuk terus berniaga.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya pakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula berniaga dulu. Tak main pakai jam ratusan ribu sekalipun dia mampu sangat.
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang bantu majikannya karang satu surat penting.
Peluang itu datang bila kerani majikannya tak hadir. Tak ada orang yang boleh tulis surat untuk majikannya.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada taukeh. Diapun tulis.
Bila dah siap, majikannya kagum dengan keupayaannya mengarang. Dia ditawarkan kerja kerani.
Tapi sikap keusahawanan yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran itu. 
Sebaliknya dia minta untuk jadi jurujual.
Taukehnya setuju.
Li Ka Shing buktikan yang dia memang pandai menjual. 
Hasil jualannya seorang diri saja, jauh mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual lain yang ada.
Diringkaskan cerita, sampai satu masa dia beritahu bossnya nak berhenti kerja sebab nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik. Sebab sangat yakin pada keupayaan Li Ka Shing, taukehnya itu jual semua bisnes yang dia ada ketika itu.
Duit yang dapat digunakan untuk menjayakan projek bisnes dengan Li Ka Shing. Dia jadi rakan kongsi Li Ka Shing.
Macam yang pembaca dah tahu sekarangLi Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat.
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau anda anak muda muda yang mahu berjaya dalam hidup.
Petua Li Ka-Shing untuk anak mudaKatakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada dah berniaga atau anda masih makan gaji.
Li Ka Shing berikan petua begini untuk cuba diamalkan.
Bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian seperti berikut di bawah.
#1. Belanja untuk sara hidupPastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah maksima sebanyak RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat.
Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air suam segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dengan tambahan sedikit buah.
Makan malam pula pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
Nota: Saya rasa petua di atas masih relevan dan mampu dilaksanakan sekalipun anda tinggal di bandar kongsi sewa tempat tinggal berkumpulan. Kalau tinggal dengan keluarga lagi bagus.
#2. Belanja bina rangkaian kawanPeruntukkan juga pendapatan anda untuk belanja bina network.
Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 atau kurang lagi sebulan untuk bil telefon anda. Sekarang bil telefon dah murah dengan berbagai pakej yang menjimatkan
Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini.
Nota: Saya rasa bajet RM100 seorang untuk belanja makan sudah cukup tinggi. Anda boleh jimatkan lagi jika pandai pilih tempat yang berpatutan dan sesuai.
Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah terdiri dari mereka yang seperti berikut.
Lebih berilmu daripada anda – Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiriLebih kaya daripada anda – Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan – Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.#3. Belanja aktiviti menuntut ilmuJangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu.
Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk perkara berikut.
Beli buku pengetahuan – Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.Ikuti seminar atau kursus keilmuan – Sertai seminar yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda juga.#4. Belanja melancong ke luar negaraPeruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang.
Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400.
Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong.
Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Nota: Sekarang aktiviti melancong tak digalakkan kecuali perlu sebab masalah Covid-19 masih belum reda. Ada mungkin boleh simpan dahulu duit peruntukan melancong itu tunggu sehingga semuanya kembali aman atau buat lawatan secara domestik saja lawat industri perniagaan di daerah lain di yang maju Malaysia.
#5. Peruntukan untuk simpananBaki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan.
Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik.
Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Nota: Sekarang cara paling mudah adalah buat dropship. Modal sikit dan platform sangat banyak. Jika anda minat buat offline, mungkin boleh jadi jujual secara part-time.
“Jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat”
Nasihat Li Ka Shing untuk anak mudaLi Ka-Shing nasihatkan pada anak muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan Habiskan duit dengan beli pakaian dan kasut mewah.
Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan perjalanan masih jauh.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk anak muda adalah, jika miskin atau susah, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat.
Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Kenapa dia kata begitu saya tak pasti. Kalau anda nak baca lebih lanjut lagi, sila ke sini.
Amalkan nasihat Li Ka ShingDemikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk anak muda yang membaca blog ini.
Selamat berusaha dan semoga berjaya! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/10/panduan-dari-li-ka-shing-untuk-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inspirasi Seorang Pemuda Simpan Wang Rm28 000 Hanya Ambil Masa 3 Tahun

Inspirasi Seorang Pemuda Simpan Wang Rm28 000 Hanya Ambil Masa 3 Tahun

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 263 hits
Inspirasi Seorang pemuda simpan wang RM28 000 hanya ambil masa 3 tahun Tular baru baru ini tentang seorang pemuda yang menyimpan wang berjumlah RM28 510 dengan hanya dalam masa 3 tahun Kisah ini betul betul menginspirasikan kita untuk kita ...
Agenda Awani Pru15 Tiga Penjuru Bn Pn Ph Anak Muda Pilih Mana

Agenda Awani Pru15 Tiga Penjuru Bn Pn Ph Anak Muda Pilih Mana

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 224 hits
Menjelang PRU15 pertembungan tiga penjuru BN PN PH anak muda pilih mana Ikuti temu bual ketua ketua sayap muda parti politik negara drasyrafwajdi wanfayhsal AdamAdli dalam AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani com SUBSCR...
Video Guru P4nik Lihat Anak Murid Berg4duh Rupanya Hanya Satu Pr4nk

Video Guru P4nik Lihat Anak Murid Berg4duh Rupanya Hanya Satu Pr4nk

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 173 hits
Mungkin ada yang pernah tonton video yang tular di Tiktok baru baru ini tentang anak murid yang buat pr4nk pada guru mereka Ramai netizen yang berasa seb4k apabila melihat kesungguhan anak anak murid ini untuk menyambut hari jadi guru kesay...
Mas Adi Anak Muda Adalah Pemimpin Hari Ini Dan Masa Depan

Mas Adi Anak Muda Adalah Pemimpin Hari Ini Dan Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 176 hits
Menurut Mas Adi peran anak anak muda saat ini sangat dibutuhkan seiring dengan perkembangan zaman yang semakin maju Membangun kebersamaan dan menyatukan persepsi perlu dilakukan untuk menghadapi tantangan yang semakin kompleks
Samsung Rilis Galaxy A04 Cocok Buat Anak Muda Pegiat Konten

Samsung Rilis Galaxy A04 Cocok Buat Anak Muda Pegiat Konten

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 150 hits
Samsung Indonesia merilis ponsel harga sejutaan Galaxy A04 Dengan spek kamera resolusi 50MP hingga kapasitas baterai 5 000mAh ponsel ini disebut memadai kreasi konten anak muda di media sosial
Pru15 Ramai Anak Muda Tidak Peduli Lokasi Mengundi

Pru15 Ramai Anak Muda Tidak Peduli Lokasi Mengundi

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 204 hits
Anak muda terutamanya pengundi pertama kali akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti perlu bersedia dengan melakukan semakan lokasi pusat mengundi lebih awal Tinjauan Astro AWANI di Pasir Gudang mendapati masyarakat ...
Tak Mahu Bn Menang Keluarlah Undi Pemimpin Bersatu Gesa Anak Muda

Tak Mahu Bn Menang Keluarlah Undi Pemimpin Bersatu Gesa Anak Muda

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 170 hits
freemalaysiatoday com October 19 2022 7 00 AMJika peratusan keluar mengundi rendah BN mungkin menempa kejayaan pada PRU15 seperti di Johor dan Melaka kata penyandang kerusi Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof PETALING JAYA Orang muda wal...
Curi Gelang Emas Ibu Bernilai Rm9 000 Anak Menangis Teresak Esak Selepas Dihadapkan Ke Mahkamah

Curi Gelang Emas Ibu Bernilai Rm9 000 Anak Menangis Teresak Esak Selepas Dihadapkan Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 223 hits
Padah mencuri gelang emas seorang wanita berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini Tertuduh Insyirah Afikah Norazri mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di depan Majistret Azureen Shahira Saufee Afandi Mengik...
Bapa Tergamak Sepak Anak Sulungnya Depan Orang Ramai Hanya Sebab Tolak Adik

Bapa Tergamak Sepak Anak Sulungnya Depan Orang Ramai Hanya Sebab Tolak Adik

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 139 hits
Sebut sahaja tentang kanak kanak pastinya kita sedia tahu akan perangai mereka yang sememangnya terlalu aktif dan sukar untuk dikawal Namun itu bukanlah alasan bagi kita sebagai ibu bapa menaik tangan kepada mereka lebih lebih lagi apabila ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game