Panduan Dan Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Rumi Dan Jawi
Panduan dan Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Jawi
Apabila berlalunya 30 ramadan, maka kedengaranlah lafaz takbir raya Aidilfitri yang dilaungkan di masjid-masjid sebagai tandanya akan memasuki bulan Syawal iaitu bulan raya puasa selepas sebulan berpuasa ramadan. Bacaan lafaz takbir raya Aidilfitri adalah ketetapan dalam agama islam sebagai rasa syukur dan puji-pujian kepada Allah meraikan kemenangan cukup berpuasa selama 30 hari.
Semasa tarikh hari raya menjelma, ramai yang mula mencari teks lafaz takbir raya Aidilfitri di dalam rumi dan jawi. Bacaan takbir raya perlulah lancar dan diikuti sama antara imam dan makmum semasa laungan takbir raya Aidlfitri berlansung. Untuk itu, kami di Sistem Guru Online hadir untuk menyediakan panduan dan teks takbir raya Aidilfitrri rumi dan jawi kepada anda.
Berkenaan Takbir Raya Aidilfitri
Apa Hukum Takbir Raya Aidilfitri?
Panduan dan Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Jawi 9
Hukum takbir raya Aidilfitri adalah dihukumkan sebagai Sunat. Takbir raya juga merupakan suruhan Allah sebagai lafaz untuk membesarkan Allah seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah 185 yang bermaksud :
Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.
Adakah Boleh Takbir Raya pada Hari Lain?
Takbir raya adalah dibolehkan kerana secara asasnya takbir adalah merupakan zikir dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bahkan berzikir juga merupakan ucapan yang disukai oleh Allah SWT berdasarkan hadis yang diriwayatkan sahabat Samurah bin Jundub RA, sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Empat ucapan yang sangat disukai oleh Allah SWT: Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (Lailahaillallah) dah Takbir (Allahu Akbar). Tidak menjadi sebarang masalah untuk kamu mulakan yang mana satu.
Riwayat Muslim (2137)
Panduan dan Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Jawi
Panduan Takbir Raya Aidilfitri
Berikut adalah merupakan panduan takbir raya Aidilfitri yang semua orang perlu tahu:
Boleh laung takbir raya Aidilfitri apabila masuknya waktu azan maghrib terakhir 30 Ramadan.
Kebiasaan Masjid akan laung takbir raya Aidilfitri sebelum solat sunat Aidilfitri dan selepas solat sunat Aidilfitri.
Kebiasaannya Masjid juga akan laung takbir raya setiap kali selepas solat 5 waktu selama 3 hari awal Syawal.
Umat islam perlu cermat dan berhemah semasa melaungkan takbir raya dan jangan sampai mengganggu orang lain yang sedang bersolat.
Teks Lafaz Takbir Raya AidilFitri
Berikut adalah merupakan lafaz takbir raya Aidilfitri dalam jawi dan rumi:
Lafaz Takbir Raya
اللَّهُ أَكْبَرُ 3x
Allah Maha Besar 3x
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allah Maha Besar dengan sebenar-benar kebesaranNya, Dan segala Puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah di waktu pagi & petang
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, Kami ikhlas kepadaNya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja, Yang Menepati JanjiNya, Yang Menolong HambaNya
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab
dengan sendiri (KekuasaanNya)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah
Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Rumi
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (3 kali)
Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .
Laa ilha illallah walaa na'budu illa iyyahu mukhlisina lahu deen, Walaw karihal kaafirun
Laa ilha illallahu wahdah, sodoqo wa'dah, wanasoro ab'dah
Wa'azzu jundahu wahazamal ahzaba wahdah
Laa ilha illallahu wallahu akbar, Allahu akbar Walihahil Hamd
Berdasarkan teks lafaz takbir raya Aidilfitri jawi dan rumi ini, anda boleh memilih yang mana memudahkan anda untuk melafazkan takbir raya. Semoga takbir raya kita penuh penghayatan dan menambahkan lagi rasa syukur kepada Allah SWT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/lafaz-takbir-raya-aidilfitri.html