Panduan Daftar Bantuan Ibu B40 Rm200 Kiss Selangor 2020 2021
Last updated Oct 31, 2020
Berita baik untuk penduduk negeri Selangor,Kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) akan diteruskan dengan penambahan 5,000 lagi penerima.Bantuan akan diberikan kepada ibu B40 di Selangor.
Kepada yang berminat,boleh rujuk perkongsian cara mendaftar bantuan ibu B40 RM200 KISS Selangor 2020/2021 dibawah.
Pengenalan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor)
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di Selangor yang bertujuan untuk mengurangkan beban ibu tunggal dengan memberi bantuan kewangan bagi membeli barangan keperluan khas.
Sasaran adalah membantu ibu yang tidak berkemampuan dan tergolong dalam kumpulan B40.
Kelayakan untuk daftar
Kelayakan utama:
Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
Kelayakan yang lain:
Warganegara Malaysia
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan
Cara untuk mendaftar bantuan ibu B40 RM200 KISS Selangor
i) Secara Manual
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :
Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
Pusat Wanita Berdaya
Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
ii) Secara Online
Permohonan secara online boleh dibuat mengikut pautan berikut Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor dimana permohonan secara online akan dibuka dalam masa terdekat
Baca lagi:
Kelebihan Kad KISS Selangor
Jika terpilih dan anda layak,anda akan mendapat Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.
Kad KISS yang berfungsi seperti kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan di pasaraya berdaftar.
Senarai barangan asas yang boleh dibeli melalui kad ini ialah
Beras
Mi dan bihun
Roti
Biskut
Telur
Gula dan garam
Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
Tepung
Minyak masak
Sayuran dan buah-buahan
Daging, ayam, ikan
Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
Produk tenusu
Barangan persekolahan
Panduan cara guna kad tersebut boleh di rujuk melalui gambar dibawah:
Maklumat dan Pertanyaan Lanjut
Anda boleh hubungi Pihak Pengurusan KISS Selangor:
Talian hotline: 1800-22-6600
Talian telefon: 03-5525 6900
Anda juga boleh meghantar meseje ke laman web rasmi mereka DISINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaterjah.com/2020/11/panduan-daftar-bantuan-ibu-b40-rm200-kiss-selangor-2020-2021/